1 Sept 2014

Mat Sabu Mengaku Berfahaman Komunis Juga Arahkan 2 YB PAS Sokong Wan Azizah???


Menurut Albangi, Mat Sabu merupakan pimpinan PAS yang telah mengarahkan YB Saari Sungip dan YB Hasnol untuk menandatangani akuan sumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan pendedahan ini....Apalah agaknya tindakan yang bakal diambil oleh kepimpinan PAS nanti ya???

Sumber klik sini.

2 comments:

  1. Siapa penyokong Abg Mat hinggakan PAS mendapat undi dan mandat besar pada PRU12? Tak lain dan tak bukan golongan muda dan pengundi atas pagar yang melihat perubahan PAS sebagai sebuah parti universal atau sebuah parti liberal. Bayangkanlah sekiranya golongan UG dalam PAS mahu mengusir Abg Mat dari singahsana Tim Presiden PAS......Apa akan jadi kepada golongan yang mula cenderung dan lembut hati kepada PAS? Adakah PAS berpolitik tidak mahukan kepada sokongan dan kuasa? Melihat kepada Dewan Ulama PAS Selangor dan sebahagian ahli Majlis Syura Ulama di dalam PAS yang memberi kenyataan yang agak kasar dan tidak langsung mencerminkan keperibadian Islam, maka adakah lagi rakyat yang berani mengharapkan golongan dan parti ini untuk melaksanakan agenda "Hudud"..? Tentu ramai yang dihukumnya bersalah tanpa usul periksa dan tentu ramai yang dilepaskan dengan hujah ayat Al-Furqan dan Hadis Nabi menyokong tindakan mereka apabila berlaku kesalahan oleh Pemimpin PAS dan kaum keluarga mereka yang di dalam majlis dan dewan tersebut (lebih kurang UMNO juga yang melepas dan meluputkan kes rasuah terhadapa para pemimpin dan kroni mereka). Politik adalah persepsi dan perebutan kuasa.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,kenapa komen mengenai PAS tetiba dikaitkan dengan UMNO ?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.