21 Aug 2014

Gempar!!! Portal MYMASSA Beri Maklumat Palsu Berkaitan Status Wan Azizah dan Azmin???


Maklumat di atas diambil daripada portal MyMassa. Ianya bukanlah kesilapan besar atau maklumat palsu. Pada pendapat penulis, orang yang membuat grafik awal telah melakukan kesilapan. "Typo error". Itu sahaja..... Satu kesilapan tanpa niat untuk menipu atau pun apa..... 

Saja penulis nak buat gempak.....

No kad pengenalan Wan Azizah betul tetapi no kad pengenalan Azmin sepatutnya bermula dengan 64 bukannya 54. X kan Azmin cuma muda 2 tahun berbanding Wan Azizah. Tarikh lahir kedua2 mereka boleh dirujuk di sini dan sini.

Sumber klik sini.

Apabila penulis membuat pembetulan dan melakukan carian dalam laman sesawang SPR.....di sini, maka keputusan yang diperolehi adalah seperti dibawah;

  



Terbukti keduanya dilahirkan diluar negara dan menggunakan koda "71" untuk negeri tempat kelahiran.

Sama-samalah kita tunggu samada "71" boleh jadi MB Selangor atau tidak..... Berkaitan status "Penduduk Tetap" tu rasanya juga X tepat.....

Pastinya setelah mendapat kad pengenalan....seseorang itu akan memegang taraf kewargenegaraan.

Malaysia X membenarkan seorang warga negara mempunyai dua kewargenegaraan tetapi "taraf penduduk tetap" di negara lain biasanya tidak menjadi masalah. 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.