29 Aug 2014

Tuduhan Kerajaan Anak-tirikan Perwira2 Lahat Datu Yang Gugur Berniat Jahat???



PUTRAJAYA: Perdana Menteri hari ini menyifatkan tuduhan bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama kepada yang terkorban dalam peristiwa serangan Lahad Datu seperti mana layanan yang diberikan kepada mangsa MH17 adalah bertujuan untuk memecah-belahkan rakyat.


Datuk Seri Najib Razak bertegas sumbangan pasukan Polis dan Tentera dalam mempertahankan kedaulatan wilayah negara sentiasa dihargai dan disanjung.

Malah jelasnya, bantuan kepada pihak yang terkesan akibat peristiwa berkenaan sudah diberikan lebih daripada biasa.

“Walhal dalam hal ini, sama ada dalam peristiwa Lahad Datu, orang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tetapi apabila berlaku kejadian MH17, kita beri penghormatan teristimewa, dia kata pulak kenapa pulak tak bagi yang sama pada anggota kita.

“Walhal awal lagi dia dah kata ini peristiwa sandiwara kita,” kata Najib.

Sumber klik sini. 


Komen Isac;

Walaupun tanpa hari berkabung untuk perwira2 Lahat Datu yang gugur secara khusus..... Tetapi itu bukan bermaksud kerajaan pimpinan BN tidak menghargai pengorbanan mereka. Negara sudahpun meraikan ulangtahun hari pahlawan pada setiap tahun.....

Jika setiap petempuran mahu diadakan hari peringatan yang khusus....percayalah pihak pembangkang pun akan tetap mengkritik kerajaan.

Apapun tuduhan bahawa pihak kerajaan pilih kasih adalah tidak tepat kerana selain penghormatan, pingat, kenaikan pangkat, insuran dan pampasan....PM sendiri sentiasa memberikan penghormatan setiap kali ada jenazah perwira2 yang gugur dihantar pulang ke kg halaman mereka....

Malah kutipan tabung untuk keluarga mereka juga telah turut dijalankan.

Artikel berkaitan Perwira Lahat Datu Yang Gugur klik sini, sini dan sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.