16 Nov 2013

Gempar!!! Umno Kelantan Sokong Jika Kerajaan Negeri Laksanakan Hudud di Kelantan???

Sewajarnya begitulah...

Melayu/Islam perlulah bersatu...

Paling tak pun dalam bab agama dan kepentingan agama dan bangsa.

Seperti di Brunei Hudud di Kelantan juga hanya untuk penduduk2 yang beragama Islam... Bakal tertaluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, jestru teguran TS Anuar Musa terhadap DAP ini ada benarnya, apa pasal pula DAP nak sibuk2 ???

Walaupun di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Khurasyidin r.a., Hudud dilaksanakan terhadap semua masyarakat, samada Islam maupun sebaliknya, tetapi pada pandangan penulis walau apapun perkara kita perlu memulakan bengan langkah pertama.

Tidak menjadi kesalahan jika kita jadikan perlaksanaan Hudud DI Kelantan khas untuk masyarakat Islam sebagai model.

Penambahbaikan boleh dilakukan setapak demi setapak...

Apapun kelemahan seperti perlaksanaannya hanya untuk masyarakat Islam perlulah diperhalusi dan dikaji dengan mendalam. Maklumlah dalam dunia Liberalisasi dan kononnya mempertahankan hak asasi manusia, pihak luar pasti akan campur tangan sekiranya ada di antara pesalah yang sengaja murtad kerana mahu lari daripada hukuman. Jestru kita perlu bersedia dengan apapun halangan, rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi.

Artikel "bumiyang" yang terdahulu berkaitan Hudud Kelantan klik sini.

Cuma harapan penulis, janganlah isu Hudud ini hanya keluar secara bermusim iaitu setiap dekat nak Muktamar Pas dan mahu diadakan Pilihanraya....

Bukan menuduh, tetapi jika itulah caranya ia akan dilihat sebagai alat kempen untuk menagih sokongan orang Melayu/Islam...

4 comments:

  1. UMNO tak tolak hukum HUDUD cuma tak mampu hendak laksanakannya sekarang tanpa sokongan kuat dari seluruh umat Islam. Kelantan mempunyai 90% orang melayu adalah negeri yang diberi kutamaan untuk melaksanakannya. Laksanakanlah.

    ReplyDelete
  2. Berikan sokongan kepada Pas utk melaksanakan Hudud di Kelantan,jangan kacau apa tah lagi halang.Mana tahu mereka berjaya dan bolehlah Umno belajar dari mereka.Kalau Umno halang nanti Umno pula yg di persalahkan,Kita ikhlas,biarkan dan doakan kejayaan mereka ,kalau boleh kita berikan bantuan setakat yg mampu.

    ReplyDelete
  3. laksanakanlah hudud seperti yg sering dilaungkan,jangan berdolak dalik lagi,rakyat pun nak tau keberkesananya.

    ReplyDelete
  4. Ada orang dalam Pakatan ketaq lutut kalau Kelantan mula laksanakan Hudud.

    Mula sekali bagi salam kepada. Abang Mat Sabu kemudian Abang Non lepas tu Abang Min Jambu last sekali Cik Gu Stopa spender landoq.

    Akhir kalam Pok Nik baca doa selamat.

    Selamaaat...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.