16 Nov 2013

Penarikkan Balik Saman Fitnah NFC RM 100 Juta Kak Ijat, Rafizi dan Berpakat???

Bekas pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan motif penarikan balik saman RM100 juta antara Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkaitan dengan kenyataan fitnah berhubung projek National Feedlot Corporation (NFC). 

Yuktes Vijay pelik apabila kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menarik kembali saman tanpa kos pada 11 November lalu.

“Ini memang pelik…lebih-lebih lagi bila peguam Rafizi dan Zuraida tidak mendesak untuk bayaran kos….memang lumrah untuk tuntut kos jika jumlah wang yang dituntut adalah besar sepert idalam kes ini (100juta)…kos tersebut dikenakan kerana membazirkan masa mahkamah…ini sememangnya prosedur dan kaedah mahkamah yang biasa….

Sebagai contoh, kes saman Anwar terhadap Tun M…jumlah tuntutan sama..tetapi kos sebanyak RM 120 000 dikenakan kepada Anwar apabila kes itu ditendang mahkamah atas kesilapan teknikal…bila kedua-dua situasi ini dibandingkan, memang ganjil tiada kos dikenakan…..mungkin ada udang di sebalik batu,” katanya dalam laman sosial yuktes.vijay 


Komen Isac;

Pelik jugak...X kanlah  peguam yang mewakili Rafizi dan Zuraida tak mahukan bayaran???

Rezeki dah didepan mata tu...

Tak kan lah Rafizi dan Zuraida pulak yang hendak  keluarkan RM 120 ribu tu???

Ye lah mereka kan wakil rakyaat yang amanah, mana pula nak cari duit sebanyak tu untuk bayar peguam2 mereka???

Apa pulak muslihat mereka agaknya ya???


posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Salam Bro, aku tak pandai undang undang. Tapi aku salahkan Shahrizat sebab bila dia tarik saman orang kata dia saman untuk pemilihan parti. Yang rosaknya UMNO. Dia pulak bila dah tarik buat diam. Bukak ruang kepada pembangkang main isu ini.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.