3 Aug 2010

Bekas Adun S'gor & Pembantu Ditembak Mati - Ada Kaitan Dengan Pakatan Rakyaat???

Bekas Adun S'gor ditembak mati

Ogos 3, 10 2:43pm
http://www.malaysiakini.com/news/139042


Bekas Adun Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan, lapor The Star.

Polis menemui sepujuk pistol .38 yang penuh berisi peluru dalam keretanya.


Komen Isac;

Mungkin itulah tajuk-tajuk di dada-dada akhbar dan website pro/milik Pakatan Rakyaat sekiranya ada diantara "ahli parti" mereka yang terbunuh., dibunuh ataupun membunuh diri.

Kerjanya cuma tahu nak "menyalahkan" orang lain dan mempolitikkan apa jua isu yang boleh menaikkan sokongan dan simpati orang ramai terhadap mereka.

Kes ini masih di dalam siasatan pihak polis, semoga yang bersalah ditangkap. Kepada keluarga korban terbabit, tabahkan hati dan banyakkan bersabar. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

2 comments:

  1. salam isac...
    memang mereka sentiasa mencari modal untuk mendapatkan sokongan...apa yang saya pelik lah ada juga puak puak ni boleh percaya isu isu yang dibangkitkan utk kepentingan politik mereka.....
    saya rasa otak mereka duk dalam ketayap....atau dalam pokek...menyampah bila tengok depa duk sembang2 pasal benda benda ni sambil2 lepak buang masa.tolong bini kat umah lagi besar pahalanya.

    ReplyDelete
  2. xde kene mengena pun dengan PR, dah diorg nak bunuh diri, biarlah.. kita yg hidup ni jgnlah sia2 kan nikmat hidup sementara yang Tuhan beri, tapi kan, kalau xde angin masakan pokok bergoyang, mesti ade asbab yang tersendiri mereka bertindak sedemikian. Jgn babitkan Parti2 politik. hanya Allah yang maha mengetahui

    Aduka Taruna

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.