3 Aug 2010

Antara Tee Boon Hock, Mendiang Teoh Beng Hock, Ronnie Liu dan SPRM...

Sememangnya dari segi  namapun Teoh Beng Hock dan Tee Boon Hock mempunyai banyak persamaan... Bagi orang berketurunan Cina, biasanya mereka akan dipanggil dengan nama yang dibelakang sekali...Ia menjadikannya Ah Hock. Singkatan nama kedua-duanya juga sama iaitu  TBH. Kedua-duanya juga berkhidmat untuk  kerajaan negeri Selangor dan sama-sama dari parti DAP.

Malang buat Beng Hock, kerana beliau meninggal dalam usia yang muda, selain SPRM yang dipersalahkan dalam kematian "mengejut" nya itu, Ronnie Liu dilihat  sebagai antara individu yang banyak dikaitkan dengan beliau walaupun mendiang sebenarnya adalah setiausaha sulit kepada Y.B. EAN YONG HIAN WAH.

Kini Tee Boon Hock juga dikaitkan dengan Y.B. RONNIE LIU TIAN KHIEW. Beliau mendakwa telah "dikambing hitamkan" dalam isu "pecah amanah" yang melibatkan parti DAP bari-baru ini.

Samada Ronnie Liu benar-benar terlibat dalam kedua-dua kes ini, hanya sisatan polis dan masa yang akan menentukan ...Bagi Tee Boon Hock setidak-tidaknya beliau bernasib baik kerana masih sihat dan bernafas sehingga ke hari ini... Mungkin di antara kelebihannya ialah dia lebih matang dan berpengalaman dalam sepak terajang politik.

Mungkin beliau perlu untuk mendapatkan perlindungan daripada beberapa orang "body guard" untuk menjaga keselamatan diri dan keluarganya sebagai langkah berjaga-jaga.

Soalan penulis, jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atasnya adakah pihak SPRM juga bakal dipersalahkan? Ataupun adakah kali ini giliran Ronnie pula yang akan dipersalahkan??? 

Apapun pihak SPRM wajar mengambil iktibar dan mempertingkatkan keselamatan dan pengawasan pejabat mereka, suspek, saksi dan pelawat, jika tidak, tidak mustahil peristiwa yang berlaku ke atas mendiang Teoh akan berulang!!! 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.