3 Aug 2010

Kes Ronnie Liu Vs Tee Boon Hock - Polis Pula Bakal "Dikambing Hitamkan"???

Salahguna kepala surat: Exco minta polis siasat

S Pathmawathy
Ogos 2, 10
3:20pm
http://www.malaysiakini.com/news/138944


Kemelut kepimpinan DAP Selangor bertambah kusut apabila exco kerajaan negeri, Ronnie Liu hari ini, tampil membuat laporan polis bahawa kepala surat dan cop rasminya telah disalahgunakan.

Liu yang juga ADUN Pandamaran berkata beliau telah dinasihatkan oleh jawatankuasa disiplin supaya membuat laporan polis hari ini berhubung salahguna kepala suratnya, didakwa oleh ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock.

"Cop rasmi dan kepala surat saya telah disalahgunakan. Saya tidak pasti jumlah surat yang dikeluarkan menggunakan kepala surat dan cop rasmi itu...Saya mahu polis segera siasat. Saya mempunyai tiga surat seumpama itu dengan saya sekarang,” kata Liu di ibu pejabat polis di Shah Alam.

Liu juga menafikan bahawa surat yang terdapat di surat-surat berkenaan ditandatanganinya.

“Ia bukan kepunyaan saya dan saya tidak tahu siapa yang menandatangani surat berkenaan,” katanya.

Kepala surat dan cop rasmi berkenaan sebelum ini dilapor digunakan oleh Tee untuk mengeluarkan surat sokongan kepada 15 syarikat bagi mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1.04 juta.

Tee sejak itu telah dipecat oleh DAP apabila didapati satu daripada syarikat berkenaan ada kaitan dengan anak lelakinya.

Menurut Liu, beliau memutuskan untuk membuat laporan polis hari ini kerana Tee mendakwa beliau diarah mengeluarkan surat tersebut bagi pihak dirinya (Liu).

Liu enggan menyatakan penerima surat-surat tersebut dan hanya memberi jaminan bahawa beliau akan mendedah kandungannya jika polis membenarkannya.

Exco Selangor itu menjelaskan bahawa beliau dipanggil oleh jawatankuasa disiplin berikutan tuduhan Tee tersebut.

"Bagaimanapun, saya berhasrat untuk memberi kerjasama sepenuhnya," katanya.

Liu kini berada di jabatan siasatan jenayah komersial di Shah Alam untuk memberi kenyataan berhubung surat berkenaan.


Komen Isac;

Selalunya PR cuma tahu mencari salah dan mencemuh pihak polis... Ini terbalik pulak... Mintak polis siasat.

Pihak polis perlu berhati-hati, kerana jika sesuatu terjadi ke atas Tee Boon Hock mahupun Ronnie Liu ketika siasatan dijalankan, pastinya pihak polis yang bakal dipersalahkan dan orang ramai akan "terlupa" siapa yang sebenarnya sedang disiasat dalam kes ini... Sejarah hitam SPRM dalam kes Teoh Beng Hock sewajarnya dijadikan iktibar!!!


Ini pula gesaan oleh Ronnie agar SPRM melakukan siasatan;

Selasa Ogos 3, 2010

Kepala Surat: Ronnie Liu Gesa SPRM Segera Siasat
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Klik sini untuk berita lanjut.

Nampaknya silap-silap haribulan SPRM akan "dikambing hitamkan" lagi??? Memang muka tak malu...Masa kes Teoh Beng Hock, SPRM di maki diseranah macam pegawai-pegawai SPRM tu tak ada maruah...Sekarang ni kononnya nak suruh SPRM siasat...Mesti ada udang sebalik batu ni....






2 comments:

  1. permintaan dari rakyat malaysia yang sayang pada polis..
    hati2 lagh dengan dapIG ni semua..jangan tinggalkan si liu dan sesiapa saja dari FUCKATAN ni bersaorangan masa dalam pejabat atau dalam kawasan balai polis.
    jangan kes yg lepas berulang.
    kominis kan benci sangat dengan polis...macam2 mereka akan buat supaya polis jadi sasaran kemarahan ahli2 FUCKATAN sial ni

    ReplyDelete
  2. Bukannya susah sangat nak baca situasi sebenar apa yang berlaku..keadaan dah tak terkawal sebenarnya dan ronnie liu dah kantoi yang selama ini dia kerjanya dapatkan tender untuk kroni terdiri dari geng geng DAP..bila dah meletup kena la cari kambing hitam..tee boon hock mulanya kena..tapi tak sangka pulak tee tu bijak dan ada penyokong..siap keluar TV3 buat penafian dengan kroni dia..makin panas la ronnie liu..terpaksa la pulak buat laporan polis dan SPRM nak bersihkan nama..nanti kalau polis tak jumpa jwpn polis pulak yg kena tak buat keja..kalau SPRM panggil tee boon hock buat siasatan kena la berjaga-jaga takut pisang berbuah 2 kali..tee boon hock tak jauh beza dengan Toeh Bean Hock!!!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.