23 Jun 2010

Armada Laut AS - Tindakan Ketenteraan Terhadap Iran Atau Sokongan Sekatan Terhadap Rejim Zionis Terhadap Gaza???

Ketegangan meningkat
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7851106.asp


 

CAIRO - Sebuah kapal perang Israel dan 11 kapal perang Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berlayar ke Terusan Suez semasa kapal bantuan kemanusiaan Iran mendekati Gaza, semalam.

Menurut akhbar Britain, kerajaan Mesir memberi kebenaran kepada kapal-kapal perang yang membawa ribuan tentera itu untuk menggunakan Terusan Suez yang berada di perairan Mesir.

Sehari sebelum itu, stesen radio Israel melaporkan kerajaan Mesir menolak tuntutan Tel Aviv supaya tidak membenarkan kapal bantuan Iran menggunakan Terusan Suez untuk menghantar bantuan ke Gaza.

Menurut perjanjian antarabangsa, Mesir dikehendaki membuka terusan itu kepada mana-mana kapal, termasuk kapal perang.

Angkatan laut AS-Israel yang diketuai kapal USS Truman dan membawa lebih 5,000 anggota tentera itu merupakan angkatan terbesar yang menyeberangi terusan itu sejak beberapa tahun lalu.

Terusan Suez merupakan laluan strategik yang menghubungkan Laut Merah dan Laut Mediterranean.

Kapal bantuan kemanusiaan dari Iran dijangkan menggunakan terusan itu dalam usaha terbaru untuk memecahkan sekatan rejim Zionis ke atas Gaza.

Tindakan itu dianggap sebagai tanda amaran kepada Iran kemungkinan tindakan ketenteraan dikenakan terhadap kapal Persatuan Bulan Sabit Merah Iran yang sedang menuju ke Gaza.
Bagaimanapun, agensi berita Iran melaporkan, angkatan kapal perang itu mungkin dihantar bagi memeriksa kapal-kapal yang menuju ke Iran sebagai sebahagian daripada sekatan AS ke atas Iran berhubung program nuklear Teheran.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.