23 Jun 2010

Lelaki Malaysia "Hidung Belang" ?????

Sentral: GRO asing tak serikOleh Samadi Ahmadhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_GROasingtakserik/Article



SEBAHAGIAN GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Cheras.
Sembunyi dalam tandas elak dicekup

PUTRAJAYA: Seramai 16 pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing yang memakai pakaian mencolok mata dan baju tanpa coli ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Daripada jumlah itu, seorang wanita dipercayai warga China yang didapati memiliki kad pelajar sebuah institusi pengajian tinggi antarabangsa di ibu kota, manakala seorang rakyat Filipina mendakwa bekas pelajar sebuah kolej di Johor Bahru.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa, berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun, masing-masing 15 dari Filipina dan seorang dari China itu ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tamat tempoh tinggal di negara ini.

“Ada antara mereka yang tamat tempoh tinggal antara empat hingga enam bulan selain menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di negara ini,” katanya kepada Sentral.

Operasi itu adalah antara siri penguatkuasaan imigresen untuk membanteras pendatang asing di negara ini sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, operasi bermula jam 9 malam dan berakhir 10.30 malam itu disertai 20 anggota penguat kuasa imigresen berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dijalankan selama seminggu.
“Ketika serbuan, semua warga asing terbabit sedang leka melayan pelanggan dengan mengambil minuman keras di pusat hiburan itu.

“Wanita warga China itu pula cuba bersembunyi dalam tandas pusat hiburan itu ketika serbuan dilakukan untuk mengelakkan ditahan,” katanya.

Azmi berkata, pihaknya akan menghubungi dua pusat pengajian tinggi terbabit bagi mengesahkan sama ada wanita warga China dan Filipina itu adalah pelajar mereka atau memiliki kad pelajar palsu.

“Semua warga asing terbabit dibawa ke ibu pejabat imigresen di sini untuk diambil keterangan sebelum dikenakan tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) akta sama manakala warga asing terbabit ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibicarakan.

Beliau turut memberi amaran bahawa imigresen akan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang masih berdegil melakukan perbuatan tidak bermoral serta meningkatkan usaha membanteras kebanjiran mereka.

Selain itu, katanya, tindakan tegas juga akan dikenakan terhadap pemilik premis perniagaan yang didapati melindungi pendatang asing atau yang tidak memiliki pas kerja sah.

Pada Ahad lalu, imigresen menahan 16 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun dari China, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Laos dalam serbuan di tiga premis urut di sekitar Kuala Lumpur kerana terbabit dalam kegiatan urut, pelacuran dan urutan ‘badan ke badan’.




Komen Isac;

Jika tiada "pelangan" masakan kegiatan ini boleh bertahan..... Kesimpulannya ramai "Lelaki Malaysia" "hidung belang"??? Sehingga ke Kelantan pun tidak terkecuali!!!

2 comments:

  1. ada yang tak kena la tu...

    Malaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO! Baca sini:
    http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/malaysiakini-batu-api-melagakan-dr-mohd.html

    ReplyDelete
  2. sebenarnya elok juga ditangkap sihidung belang tu sekali.dan diberikan kaunseling .mereka adalah bapa dan suami.mereka ini adalah penjaga warisan.kalau sihidung belang hidupnya berbelang warisanya mungkin becolereng dengan arang...
    salam isac

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.