18 May 2010

Kerajaan Negeri Kedah Bakal Tumbang??? - Selepas Itu Selangor Pula???

Lompat: PAS panggil ADUN PKR, DAP beri penjelasan
Abdul Rahim Sabri
Mei 14, 10
11:29am

PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat 22 Mei depan.

Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam.

Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka.

"Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan, bersongkok) dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut.

"Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Muhamad memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan di mana ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, akan berulang dalam waktu terdekat.

Kini, empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Pakatan Rakyat di Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di mana PAS memperolehi 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi.

Manakala BN pula mempunyai 13 kerusi dan terdapat dua wakil rakyat Bebas. Manakala mahkamah mengiystiharkan kerusi Kota Siputih dan kini BN dalam proses membuat rayuan.

Diminta mengulas lanjut berhubung mengenai desas desus isu lompat di kalangan ADUN PAS termasuk exco PKR itu, Muhamad Yusof berkata tidak timbul wakil rakyat PAS untuk berbuat demikian.

Ini kerana, katanya yang juga seorang senator menjelaskan mereka masih setia dan berjanji dengan perjuangan parti.

"Cerita lompat-melompat ini kita dengar sejak tahun 2008 sampai sekarang... PAS bukan nak berlagak, kita rasa (exco PKR) yang ada sekarang ini, kita percaya. Sebab mereka semua exco negeri," katanya.

Me
nurutnya, PAS negeri juga tidak mahu kerajaan Pakatan di Kedah mengalami nasib berulang seperti di Perak.

"Biar kalah dalam pilihan raya (baru), dan kita terima keputusan. Biar mati dihujung pedang, mati kerana bertanding, berlawan (dalam pilihan raya) daripada kalah kerana (ADUN) lompat kerana diberi umpan," katanya.

Susulan itu, PAS Kedah telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak peristiwa itu berlaku, tambahnya.



Komen Isac;

Selepas PRU 12 yang lalu, cerita ADUN melompat parti ini sebenarnya telah lebih dahulu diwarwarkan oleh Pakatan Rakyaat. Daripada propaganda "16hb September 2008" di mana DSAI mendakwa MP BN akan melompat parti, "we have the numbers", DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong sudah bersetuju dan menunggu di Istana untuk perlantikkan DSAI sebagai PM yang baru, Ketua Turus Angkatan Tentera juga "menyokong" mereka dan penerimaan ADUN Bota, Perak yang melompat ke parti PKR. 

Tetapi apabila perkara tersebut sebaliknya melanda Pakatan Rakyaat di mana ADUN-ADUN dan MP-MP mereka yang meninggalkan Pakatan Rakyaat, mereka sudah berpendirian sebaliknya dan "memomokkan" kepada rakyaat Malaysia, bahawa tindakan sebegitu tidak "gentlemen". "Cakap berpusing-pusing.....".

1 comment:

  1. PRU12 Allah nak uji kepimpinan BN yang sudah rasa diri takabur,apa yang diusahakan oleh yang dahulu hendak dicantas dan kalau boleh hendak memberi malu.macam kacang lupakan kulit.kemenangan tampa diduga hanya sementara saja,sebab mereka ini caca marba.kurang pengalaman sebagai nakoda jangan susah terumbu karang menanti.sedia life jacket.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.