17 May 2010

Curi Pasir di Selangor - Manikavasagam Hilang Kepercayaan Terhadap Khalid.

Manikavasagam hilang kepercayaan terhadap MB
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2010/05/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ManikavasagamhilangkepercayaanterhadapMB/Article

Ahli Parlimen Kapar dakwa dokumen sulit terlepas ke pihak lain

KLANG: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berkata, dia hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Selangor apabila dokumen sulit yang diserahkan kepada pemimpin itu terlepas ke tangan pihak lain, termasuk Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang dikaitkan dalam aktiviti melombong pasir secara haram.


“Saya tidak percayakan dia (Menteri Besar) lagi, saya rasa dikhianati. Namun, saya juga bijak kerana saya hanya menyerahkan sebahagian dokumen yang menjadi bukti penyelewengan itu kepadanya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang diterimanya, di Balai Polis Meru, di sini, semalam.

Beliau mendakwa dokumen yang diserahkan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut diperoleh beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri serta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sedangkan dokumen itu adalah rahsia dan untuk Menteri Besar saja.

Manikavasagam juga kecewa apabila Abdul Khalid yang juga Pengerusi Menteri Besar Incorporated (MBI), yang menaungi syarikat KSSB, tidak menyedari kepincangan yang berlaku dalam syarikat itu dari awal.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila Menteri Besar itu seolah-olah cuba mempertahankan pengarah syarikat dalam KSSB dengan mengatakan mereka adalah orang baik-baik dan rakan rapatnya ketika berkhidmat di Sime Darby.

Berikutan itu, beliau bertegas tidak akan memohon maaf daripada KSSB atau menarik balik dakwaannya bahawa ada tiga pegawai kanan syarikat itu yang menyeleweng wang lebih RM10 juta melalui aktiviti melombong pasir secara haram.

Katanya, beliau bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang selain mencabar Pengarah Eksekutif KSSB, Ramli Abd Majid untuk berbuat demikian.

“Tiada alasan untuk saya berbuat demikian. Saya cuma mahu satu siasatan dibuat berdasarkan surat akuan bersumpah yang saya terima daripada sumber dalam kes ini. Saya tidak menuduh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui.

Semalam, akhbar melaporkan, Ramli dalam satu kenyataan media, berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap Manikavasagam jika wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak memohon maaf dan menarik balik dakwaannya dalam tempoh 48 jam.



Komen Isac;

Jika benar seperti apa yang didakwa beliau, nampaknya Pakatan Rakyaat adalah parti yang tidak boleh dipercayai! Baru 2 tahun memerintah, sumber kekayaan negeri habis mahu 'dirompak".

Adakah wang tersebut masuk ke "kantung peribadi" sesetengah individdu/pemimpin? Ataupun "mereka" juga gunakan untuk menyumbangkan kepada para blogger di dalam membiyai propaganda mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN seperti yang diakui oleh blogger Kickdefella?

2 comments:

  1. Kalau betullah kata S. Manikavasam tu, habis... Harapkan pagar , pagar makan padi. Kenapa dia tak buat repot ke SPRM? Bolih SPRM siasat.Tak payah pening kepala.

    ReplyDelete
  2. PKR memang tidak berguna. Sebagai contoh AP Kuantan (PKR) langsung tidak membuat kerja pun. Kami pengundi di Kuantan, bosan dengan sikap beliau..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.