17 May 2010

Disebalik PRK Sibu - Gara-gara Menghalang Pegawai SPR Membawa Keluar Peti Undi Pos, Beberapa Agen DAP "Ditembak" Polis!!!

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/17/mstar_berita/20100517114433&sec=mstar_berita
SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di sini malam tadi.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata agen parti itu sebenarnya yang telah menghalang pegawai-pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi.

Ekoran itu, penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti tersebut, katanya kepada Bernama serta Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

"Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai-pegawai kerap diganggu agen parti," katanya.

Ekoran itu, keputusan pilihanraya kecil tersebut hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng kira-kira pukul 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada pukul 9 malam.



Komen Isac;

Inilah budaya "samseng" yang dibawa oleh Pakatan Rakyaat ke Sarawak!!! Percayalah sekiranya SPRM dan pihak berkuasa tidak bertindak tegas, lama-kelamaan orang Sarawak juga akan terilut-ikut budaya "samseng" Pakatan Rakyaat.

Bayangkan jika disebabkan agen-agen Pakatan Rakyaat mengganggu dan menghalang peti undi pos daripada dibawa keluar untuk tujuan pengiraan dan disebabkan oleh kedegilan mereka itu menjadikan  keadaan semakin tidak terkawal maka pihak polispun terpaksa melepaskan tembakan, sehingga ada yang tercedera, maka siapakah yang patut disalahkan? Pihak polis atau "samseng-samseng politik" ini?

Nasib baik perkara ini tidak berlaku, jika tidak maka pasukan polis pula pasti akan dipersalahkan..... Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni? Mereka semakin ganas!!!

Bagaimana jika UTK Polis dikerah mengawasi peti-peti undi?

7 comments:

  1. Kalau Dah Kalah Jangan Salahkan Pakatan, Salahkan Lah Diri Sendiri, Termasuk C Bumiyang ini.

    ReplyDelete
  2. tu belum lagi memerintah...lagi parah

    ReplyDelete
  3. Jangan jadi bodoh lah! Undi pos sepatutnya datang lebih awal kerana mereka mengundi 4 hari sebelum undi orang awam so kenapa peti undi harus datang lewat ke pusat kiraan undi? Kalau nak buat lawak pun biarlah logik sikit.

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..BUDAYA SAMSENG DH SEMAKIN MENJADI2 DLM GROMBOLAN PAKATAN. SEBAB TU MEREKA AKAN CUBA MEMBURUKKAN KREDIBILITI PIHAK BERKUASA HABIS2AN SUPAYA MEREKA SUKAR NAK AMIK TINDAKAN TERHADAP MEREKA

    ReplyDelete
  5. Salam Isac, inilah budaya yg diajar oleh PAS-DAP-PKR, keganasan, kekerasan menjadi pegangan mereka untuk mencapai cita-cita politik... inilah juga corak pemerintahan mereka jika berkuasa, lihat sahajalah bagaimana tindakan ganas mereka terhadap Manikavasagam apabila cuba membongkar kepincangan kerajaan mereka...

    ReplyDelete
  6. Menceritakan apa yang berlaku supaya rakyaat faham Kunak,

    Kalau tak mengaku kalah tu macam Dato' Seri Zahid tu siap buat petisyen, tak mengaku kalah...

    ReplyDelete
  7. Ya Hashim, taburkan fitnah macam korang lagi baik...Biarlah tergadas semua janji dapat kuasa...ye tak?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.