17 May 2010

PRK Sibu, Post Mortem Kekalahan BN - Kaum Cina Menolak BN Atau Kaum Iban/Melanau Merajuk???

 Rumah Panjang Tradisional



Rumah Panjang Moden di Sungai Rejang





Komen Isac;

Undi Cina sebahagian besarnya telah  kembali kepada DAP. Mungkin juga ada dari golongan kaum Iban/Malanau yang telah beralih arah. Manakan tidak, berbelas-belas juta peruntukan diumumkan untuk sekolah-sekolah Cina tetapi buat penduduk peribumi mereka seolah-olah diabaikan dan dilupakan.

Yang baiknya, masih ada sebahagin masyarakat Cina yang masih tetap mengundi BN. Walau bagaimanapun BN perlu sedar kesilapan mereka, BN perlu berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mungkin ada benarnya seperti tuduhan DAP, di dalam usaha untuk memenangi hati pengundi-pengundi Cina, BN dilihat seolah-olah mengenepikan penduduk peribumi Sarawak...

Saranan penulis perbaikilah keadaan ini dan BN perlu lebih perhatin terhadap penyokong-penyokongnya, "jangan kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Ambil iktibar daripada kekalahan ini dan jadikan ia pelajaran berguna sebagai persediaan untuk menempuh pilihanraya Dewan Undangan Negeri yang bakal menjelang.

Jangan dibiarkan "Gagasan 1 Malaysia" , memberikan persepsi bahawa  rakyaat peribumi bakal "dianak-tirikan".

Narawi Haron juga telah berjaya memainkan peranannya! Ini adalah kerana jika beliau tidak bertanding, berkemungkinan undi yang beliau perolehi dan dicampur dengan undi rosak (undi Melayu dan mungkin Undi protes) pastinya akan beralih ke calon BN dan BN masih boleh memenangi PRK ini.

Seperti PRU 12, PKR juga menurunkan calon mereka....Kali ini strategi mereka berjaya!!!

Walau bagaimanapun kalah tetap kalah, dan kita kena bersedia menghadapi hari-hari yang mendatang.... 

1 comment:

  1. dah tiba masanya jawatan CM Sarawak diberi pada kaum majoriti IBAN...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.