18 May 2010

Sekadar Bertanya Apa Beza Lesen Judi Bolasepak Dengan Lesen Kedai Arak di Kelantan?

Judi Bola: Awang Adek calar imej Serambi Mekah

Mohd Nor Yahya

TUMPAT, 15 Mei: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang berasal dari Kelantan dilihat mencemar imej Serambi Mekah negeri ini apabila terlibat meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia Jun depan.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ahmad Yakub berkata, lebih memalukan apabila Awang Adek juga seorang Melayu yang beragama Islam.

"Kita di negeri ini amat malu kerana ada orang Kelantan terlibat sama dalam urusan kelulusan lesen ini dan ia tidak menghormati langsung maruah negeri Kelantan yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah dan begitu kuat menentang unsur judi dalam pelbagai bentuk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis penyerahan rumah kepada warga miskin di kampung Bukit Wakaf Bharu hari ini.

Tindakan tersebut juga jelasnya seolah-olah telah menghina agama Islam dan negara ini juga menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Beliau juga berkata Dewan Ulamak PAS Pusat akan menghantar satu memorandum bantahan kepada pihak berkenaan terhadap sikap kerajaan dalam hal ini.

" Kalaulah dengan memberi lesen judi dapat membendung perjudian itu adalah satu tanggapan yang salah dan sanggupkan kita pula member lesen kepada mereka yang ingin melakukan pencurian agar dapat mengurangkan berlakunya kecurian di negara ini" katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya perkembangan Tabung Serambi Mekah setakat ini, beliau yang juga Pengerusi Tabung tersebut berkata sehingga kini hampir RM5 juta dapat dikumpul.



Komen Isac;

Sekadar bertanya apa hukumnya kerajaan mengambil cukai lesen minuman keras dan cukai judi?

Terutamanya jika kedua-duanya dikhaskan untuk orang yang bukan beragama Islam?  Setahu penulis kebanyakkan ulamak mengatakan harus, tetapi sumber kewangan daripada cukai-cukai tersebut  perlulah dikhususkan untuk perbelanjaan bagi kegunaan awam yang tidak menjadi akan darah-daging seperti membina jalanraya, jambatan, sistem saliran, perparitan dan lain-lain.

Apa pula perbezaan di antara lesen minuman keras di Kelantan dengan lesen judi bola piala dunia?
 
Nota: Jangan terus percaya cakap saya, rujuklah kepada ustaz-ustaz dan tok-tok guru anda...

4 comments:

  1. Itu lah celakanya orang yg tafsir agama atau buat hukum ikut sedap hati, bila kena tang orang haram, bila kena tang sendiri halal.

    ReplyDelete
  2. Judi dan meminum arak adalah haram disisi agama Islam atas apa alasan sekalipun. Tiada bezanya lesen kedai arak dengan lesen kedai judi. Walaupun ada didepan mata,orang yang beriman pasti akan manjauhinya. Biarlah ia untuk kegunaan orang bukan Islam. Jika "diharamkan operasinya" pasti mereka ahan melakukanya di pasaran gelap yang mengundang lebih banyak masalah. Walabagaimanapun judi dan arak adalah haram disisi agama Islam. tak perlulah dipolitikan kerana tersalah cakap boleh membawa dosa besar terutamanya bila kita "menghalalkan" apa yang kita lakukan walaupun ianya haram dan menuh orang lain melakukan perkara yang haram.

    ReplyDelete
  3. salam,

    memang macam tu la pemikiran juak puak pas nie, cuba tanya nik aziz, liwat tu halal or haram, cifut babi punai punya pasal, kompem dibenarkan kalau suka sama suka....

    apa nak jadi la dengan orang melayu sekarang nie

    ReplyDelete
  4. Apa punya stupid la.. Judi lain, mencuri lain. Mencuri memang sah dah jenayah. Judi dikatakan jenayah kalau dibuat secara haram. Judi yg berlesen akan dipantau.. kalau yg haram, bila2 masa wang taruhan tu blh di bawa lari.

    Perbezaan antara pendapatan judi yg di luluskan oleh kerajaan dan arak lulusan kerajaan kelantan ialah;

    1. Hasil judi Piala dunia banyak.. masuk kantung kerajaan pusat.

    2 Pendapatan hasil jualan arak di kelantan masuk kantung kerajaan negeri kelantan. Hasilnya sikit.

    Cuma kerajaan kena pastikan dan muktamadkan yang judi bola tu tidak boleh (haramkan terus) dari orang Islam utk bertaruh.

    Kedai Arak di kelantan pun orang Islam (bengong) masuk minum jugak..walaupun ada ditulis di signboard (Orang Islam Dilarang Masuk). Sebab tu pemantauan penting. Biar orang yg benar2 'layak' boleh minum atau bertaruh bagi judi.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.