8 May 2010

Ceramah Ezam di Segamat - Apabila Pihak Penguasa Tempatan Lebih Taat Kepada Pakatan...

Foto 1; Banner Pemberitahuan Ceramah Oleh Ezam Pada 9/5/10 Pukul 8:45mlm. Lokasi: Kampung Tengah.



Foto 2: Hanya Tinggal Bekas Kayu Penggantung Banner - Telah Dilucutkan Oleh Petugas Majlis Daerah Segamat (MDS).


Foto 3: Hanya Tinggal Bendera Umno Yang Tinggi-tingi Yang Tak Tercapai Oleh Petugas MDS. Lokasi Persimpangan Jalan Pemuda/Jalan Ke Kg. Tengah.


Foto 4: Saki-baki Bendera Umno Yang Tingal Sepanjang Jalan Ke Kg. Tengah.




Komen Isac;


Penulis memohon maaf kepada Pemuda Umno kawasan Sekijang di atas salah-faham penulis terhadap mereka, di dalam posting semalam. Terimakasih di atas maklumat yang diberikan oleh pengunjung;


burhannudin, May 8, 2010 10:21 AM

apa pun tahniah la pemuda sekijang dpt anjurkn ceramah drpd ezam, biarlah org kata lepas batuk ditangga ke, lepas muntah di dapur ke, at least korang dah wau keje. Soal komen dan ckp semua org boleh buat. Teguran tu biasa. Yg wat keje tau dah masalah mcm2 nak wat prog ni. Xpe bro pemuda sekijang, wa support u all, tahniah la k


Pemuda Sekijang, May 8, 2010 12:30 PM

dah gantung bendera banyak bro, tp kena turun dgn org majlis, yang tinggal tu pun psl pemuda sekijang letak tinggi sikit..diaorg rampas bendera kita siap patahkan lg kayu bendera.Tu tak kira gambor ezam yg ko candid kat atas tu kena turun beb.. sebelum ni kat jambatan pertama banner tu kitaorg letak...alasan DO..dia dpt sms ' tekanan' drpd org PKR....tp sekijang kira ok lah buat..UMNO Bahagian korang tak buat apa pun...cakap jer lebih..aku setuju dgn burhanuddin..idup sekijang


Daripada maklumat yang penulis perolehi daripada seorang penduduk di Kg. Tengah, memang benar seperti apa yang dikatakan oleh wakil Pemuda Sekijang itu, petugas-petugas MDS telah mengoyakkan dan membuang banner-banner dan poster-poster yang mereka telah pasang.

Malangnya menjadi ahli kepada parti pemerintah, di negeri kubu kuat pulak tu, pihak penguasa tempatan lebih "taat" dan "takut" kepada PKR daripada parti pemerintah. Mengapa semasa DSAI datang 2-3 bulan lalu,  habis semua tiang-ting lampu dipasang bendera-bendera Pakatan dan banner mereka? Pihak Majlis X buat apapun? Tunggu orang komplen baru nak bertindak? Pakailah akal sikit wahai Majlis Daerah Segamat....Bendera pasti akan ditanggalkan semula sebab nak digunakan pada masa lain.

Ceramah pulak ada permit, banner pun ada permit MDS, kalau tak adapun cuma banner yang kecil-kecil aje...Takkanlah PKR boleh, Umno tak boleh? Tak apa....Tak apa...Lain kali kalau PKR datang lagi, kita komplen ramai-ramai...Masukkan dalam blog supaya MDS kena jawab dengan pihak atasan!!! Kami bukan mengugut, kami cuma mahukan Keadilan untuk semua!!! Bukannya Parti Keadilan!!! Jika PKR boleh mengapa Umno tidak...?

Mana dia keadilan? Adakah Majlis Daerah Segamat dikuasai Pakatan?

Kepada Pemuda Sekijang Tahniah dan Syabas penulis ucapkan, komen penulis bukan mahu menjatuhkan Pemuda Sekijang tetapi sekadar berharap agar aktiviti yang tuan-tuan anjurkan ini akan mendapat sambutan yang semaksimum mungkin dan mencapai objektifnya...

Setidak-tidaknya satu Malaya dah tahu aktiviti yang sedang dijalankan oleh Pemuda Sekijang... :) Tiba-tiba Segamat jadi perhatian negara...

Kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan daerah Segamat, bagi pihak Pemuda Kawasan Sekijang, silalah datang beramai-ramai menyaksikan ceramah YB Senator Ezam Mohd. Nor. Hidup UMNO!!! Hidup BN!!!

8 comments:

  1. Salam Isac, syabas dan tahniah kepada Pemuda UMNO Bahagian Sekijang....

    Nampaknya ini belum lagi PKR benar-benar berkuasa, kalaulah mereka berkuasa, tak tahulah kawan macam mana tindakan mereka kepada penyokong-penyokong UMNO..... patut humban saja YDP Majlis dan penguatkuasa Daerah tersebut........UMNO Bahagaian Sekijang perlu mengambil tindakan drastik terhadap puak-puak haprak ini.......

    ReplyDelete
  2. Siapa DO Segamat?..Penyokong PAS ke?

    ReplyDelete
  3. AntiPENJILAT ANWAR8 May 2010 at 22:42

    Tolong siarkan nama DO tu tuan blog, nak kenal juga tukang PENTAKSUB peliwat Anwar dan Wali Terompah nie..

    ReplyDelete
  4. salam....saya ada lalu di simpang trafik light tu...dan nampak ada bendera umno...satu benner di simpang pemanis...kalau betul bagai dikata...mari kita sama2 bertindak...hantar laporan lengkap pada semua pihak..dari MB ke PM...Tahniah buat pemuda sekijang...up Sdr Anuar Manap...

    May 8, 2010 11:26 PM

    ReplyDelete
  5. Kurang ajar. Pengaruh pembangkang dah menyerap dalam pentadbiran kerajaan negeri. Umno Johor buat apa. Tanda kelemahan mula menular.

    ReplyDelete
  6. cilaka betul. woii aku org segamat oii. bapak aku org tebing tinggi, pantang org johor derhaka pada pemerintah. buang DO segamat tu.

    Allah selamatkan negeri johor.

    anak johor di KL.

    ReplyDelete
  7. Pemerintah dan jadi kecut. Semua tindakan kepada pehak pembangkang terpaksa di fikir 10, 20 kali. Dari PM sampailah ke DO. Ambil tindakkan kepada orang sendiri senang. Orang sendiri akan terima walau dengan hati berbelah bagi. Pemerintah nak tunjuk adil kepada semua orang.

    UMNO Taman Yayasan akan bersama-sama dimajlis ceramah tersebut.

    agbr47: Sejarah membuktikan, pemerintah yang lemah dan bersikap tidak apa menyebabkan politik jadi huru hara.

    ReplyDelete
  8. Tak perlu disiarkan nama YDP maupun DO,

    Cuma lain kali jika ada PKR, PAS maupun DAP adakan ceramah di tempat anda, pastikan anda komplen, jika ceramah dibuat tanpa permit, pasang bendera parti dan pasang banner tanpa permit...

    Bertindak mengikut undang...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.