8 May 2010

PRK Sibu - Ayam Hidup Siap Dibungkus! Amanat Buat Orang Sibu...

CALON Barisan Nasional, Robert Lau (tengah) bersama isterinya Lucinda Lau Lin (dua dari kanan) dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh (kiri) memilih ayam (RM12) dan itik (RM14) sambil bertanya harga dengan Ling Lah Lang, 46, ketika membeli-belah di Sentral Market, Sibu, hari ini. - Foto Ghazali Bujang (Berita Harian)


Komen Isac;

Ini fenomena biasa di Pasar Besar Sibu, semasa penulis ke Sibu pada bulan Disember yang lalu, penulis pun ada mengambil beberapa fotograf ayam-ayam dan itik-itik hidup yang siap dibungkus. Satu pemandangan yang asing buat orang Semenanjung.

Di pasar ini ada dijual madu lebah dengan harga serendah RM 10 sebotol. Ikan Terubuk masin juga ada dijual  berdekatan dengan penjual nenas. Penjualnya biasanya orang Melayu ataupu Malanau.

Mee Kolok antara hidangan kegemaran di Sarawak. Kebanyakkan kedai di sini akan memberikan sup kosong apabila kita memasan makanan. Kalau di Semenanjung, sup kosongpun kena bayar.

Di Sibu pengangkutan sungai masih merupakan pengangkutan yang popular terutamanya jika mahu ke Sarikei, Kanowit, Song, Kapit, Belaga dan lain-lain kawasan pendalaman.

Penduduk di sini baik dan peramah. Walaupun penduduk majoritinya kaum Cina, tetapi mereka telah lama mengadaptasi budaya penduduk tempatan. Hidup saling bantu-membantu, harmoni dan aman. Sepanjang tinggal hampir seminggu di sana tak pernah penulis kena "pau" semasa menaiki teksi.

Jestru itu saranan penulis kepada penduduk di Sibu, kekalkan kerajaan yang ada. Pakatan dan DAP hanya akan membawa budaya samseng mereka dari Semenanjung. Mereka sukakan budaya benci-membenci, mengadu-domba, ganas, bergaduh, berdemonstrasi, menimbulkan ketegangan dan lain-lain sifat buruk.

Di Semenanjung, siapa sahaja yang tidak sebulu dengan mereka, mereka musuhi termasuklah agensi-agensi penguatkuasaan seperti polis, tentera, SPRM, SPR, Pendakwaan, Mahkamah dan lain-lain.

Jestru itu demi mengekalkan masyarakat dapat hidup dengan aman, harmoni, kehidupan yang tenang dan keselamatan semua penduduk Sibu, kekallah dengan pilihan anda sekarang. Berubahlah demi kebaikkan dan bukan sebaliknya.

Mudah-mudahan Parti DAP dan Pakatan dibungkus seperti ayam dan itik di pasar Sibu dalam PRK nanti....

3 comments:

  1. "Pakatan dan DAP hanya akan membawa budaya samseng mereka dari Semenanjung. Mereka sukakan budaya benci-membenci, mengadu-domba, ganas, bergaduh, berdemonstrasi, menimbulkan ketegangan dan lain-lain sifat buruk".

    statement ni....kalau bawa kat mahkamah...agak-agak boleh menang tak?

    ReplyDelete
  2. Mcm mana nak menang PR di Mahkamah, Kehakiman mereka punya.

    ReplyDelete
  3. Agak-agak kalu LKS,DSAI & Hadi dibungkus cam ayam tu berapa harga sekor ye!!..tentu murah skit dari harga itik..he he!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.