9 May 2010

Lagi Remaja Ditembak Polis - Selain Pihak Polis, Keluarga Juga Perlu Bertanggung-jawab...

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/8/mstar_berita/20100508172734&sec=mstar_berita




BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar, anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan). Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi. - Foto BERNAMA



Published: Sabtu Mei 8, 2010 MYT 5:29:00 PM
Updated: Sabtu Mei 8, 2010 MYT 5:48:04 PM

Polis Digantung Kerana Tembak Remaja Dalam Kejadian Kejar-Mengejar

Oleh SARBAN SINGH

GEMENCHEH: Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak polis kerana enggan memberhentikan motosikal walaupun diarah berulang-kali untuk berbuat demikian.

Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal menunjukkan anggota polis terbabit sedang membuat rondaan bersama rakan setugas tidak mengikut standard operasi untuk melepaskan tembakan.

“Kami telah menggantungnya kerana menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.“Dia tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana polis-polis terbabit tidak berada dalam keadaan berbahaya,” katanya kepada pemberita pada perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, dekat sini.

Anggota polis yang digantung itu berpangkat konstabel dan telah berkhidmat di Balai Polis Rahang selama satu setengah tahun. Osman turut memohon maaf kepada ibu-bapa mangsa di atas kejadian itu. Difahamkan Mohd Azizi sedang melepak bersama rakan-rakan di pusat beli-belah Centre Point apabila kereta peronda menghampiri mereka.

Mereka melarikan diri ke arah berbeza apabila kereta peronda semakin hampir. Dua polis di dalam kereta itu mengejar dan memberi amaran berulang kali kepada Mohd Azizi supaya memberhentikan motosikal Honda EX5 yang ditungganginya.

Bagaimanapun, dia dikatakan tidak mempedulikan arahan itu, malah memecut laju ke arah Jalan Jelebu sejauh 2km. Osman berkata, Mohd Azizi yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dilihat seolah mencabar pihak polis untuk mengejarnya.

“Namun, salah seorang anggota polis melepaskan tembakan apabila mangsa gagal untuk berhenti selepas beberapa kali diarahkan untuk berbuat demikian,” katanya. Beliau berkata, Mohd Azzi yang bekerja di pasar malam di sini memberhentikan motosikalnya apabila menghampiri 1km dengan Kg Ujung Pasir dan cuba melarikan diri, namun dia ditahan.

Menurutnya, ketika itu barulah anggota polis tahu yang Mohd Azizi telah ditembak. “Mangsa tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.” tambahnya. Berdasarkan siasatan awal, Osman menjelaskan, anggota polis terbabit tidak berniat untuk menembak mangsa.

“Dia mengeluarkan pistol dari tingkap kiri kereta peronda bagi memberi amaran tembakan, namun terkena mangsa. Bagaimanapun, kami akan mengesahkan perkara ini. “Mangsa kini pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof yang turut hadir pada majlis perasmian berkata, pihak polis menyerahkan undang-undang untuk mengenakan tindakan sekiranya polis berkenaan didapati cuai.

Abu Seman dan Osman kemudian melawat mangsa di hospital.


Komen Isac;

Polis perlu berbuat sesuatu, bukan semua situasi "membolehkan" mereka untuk menembak mereka yang melarikan diri.  Bagi penulis dalam kes di atas, adalah lebih selamat untuk semua pihak jika pihak polis memberhentikan pengejaran mereka terhadap mangsa kerana proses kejar-mengejar akan lebih merbahayakan nyawa orang-ramai, yang dikejar malah nyawa anggota polis yang terlibat.

Ibubapa juga perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak cuba melarikan diri daripada pihak polis jika mereka diarahkan untuk berhenti untuk pemeriksaan dan jangan jadi "kutu embun". Biasanya orang jahat sahaja yang keluar waktu malam hingga awal pagi kecuali mereka yang terpaksa bekerja shif malam ataupun mereka yang mahu bersolat tahajud di masjid.

2 comments:

  1. SALAM.

    APAKAH KAUM MELAYU SEMEMANGNYA MENGAJAR UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREK BAIK DENGAN MENYURUH ANAK2 KECIL MEREKA BERMAHARAJA LELA DIJALANAN TANPA MENGIRA WAKTU.

    KEBANYAKKAN MAK BAPAK KAUM MELAYU AKAN MERAUNG JIKA ANAKNYA DITANGKAP ATAU TERCEDERA AKIBAT MEREMPIT.

    MAK BAPAK MELAYU YANG BAIK AKAN BANGGA JIKA ANAK DIDIKAN BAIKNYA MENJADI PELESIT JALANAN .

    ReplyDelete
  2. jangan bagi sanjata api kat polis. Selamat....itu saja jalan keluar....alasan lain tak akan selesai masalah. Jangan fikir bab penjenayah. Pandai-pandailah Polis cari jalan nak jadi mangsa penjenayah bersenjata api...penjenayah tak akan tembak polis yang tak ada senjata api....Kerajaan UMNO kena fikir dan ambil tindakn segera, jangan benar semua anggota/pegawai polis bawa senjata ap semasa bertugas......rujuk pada Suhakam...pada PAS, PKR dan DAP

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.