31 Mar 2010

YB Wee Berjumpa Dengan "Napoleon" PKR ?


APA CERITA…? Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sesuatu pada Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju,Wee Choo Keong di lobi Parlimen Selasa. Pada hari Isnin Choo Keong membangkitkan perihal "Little Napoleons" dalam PKR. Tak pasti apa yang diperbualkan antara mereka. - Agenda Daily




Komen Isac;



Setelah puas berucap pasal "Little Napoleon" di dalam Dewan Rakyaat pada hari Isnin, YB We kelihatan berbincang dengan "Napoleon" PKR. Kalau "Little Napoleon" dah "nakal" "Napoleon" macam mana punya nakal lah agaknya ye? "Napoleon" pun mahu mensabotaj imej negara juga kah???

Standard Pembangkang Malaysia Yang Hanya Tahu Buat Kecoh & Membangkang....









DUN Perak…kecoh…kecoh…kecoh
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a





Memang pun dah jangka panas tak mungkin sampai ke petang.Kalau sepanjang hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri Perak Selasa dimana Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah hadir merasmikannya boleh kata berlangsung aman…pagi Rabu lain ceritanya.Sidang terus jadi ‘pasar borong’ tidak lama selepas bermula jam 10 pagi.Semua Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang bertindak keluar dari sidang pada jam 11 pagi selepas buat kecoh pertikai itu ini hingga keadaan jadi riuh.Ia bermula bila kesemua 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas mengundi menyokong R Ganesan sebagai Speaker yang sah.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-31/3/2010

MIC - Mengapa BN Menang Di Ketiga2 DUN Hulu Selangor Tetapi Palani Gagal Parlimen?


AKU (Asal kan UMNO)...pandangan dari pengundi dan ahli UMNO Hulu Selangor
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Pilihanraya kecil Hulu Selangor akan berlaku sedikit masa lagi apabila kerusi parlimen di istiharkan kosong oleh SPR kerana kematian Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad.
Bagi Barisan Nasional, isu pertama yang harus ditangani adalah sama ada calon dari MIC iaitu Dato G. Palanivel dikekalkan sebagai calon BN.
Dari segi persefahaman yang telah sedia terjalin dalam BN, kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan kuota yang telah diperuntukan kepada MIC.Dato’ G Palanivel merupakan calon yang tewas dalam PRU yang lalu kepada Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad.
Tanda-tanda di PRU yang lalu jelas memperlihatkan bahawa pengundi-pengundi yang menyokong BN di Hulu Selangor telah menolak Dato G. Palanivel.
Masakan tidak, tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon BN tetapi majoriti di peringkat DUN telah berubah menjadi minoriti di peringkat parlimen pula. Perlu dinyatakan, Dato G Palanivel telah bertanding di Hulu Selangor dan menang beberapa kali sejak tahun 1990. Ini bermakna Dato G Palanivel telah diberikan peluang hampir 20 tahun untuk berbuat sesuatu di HS tapi telah gagal mengekalkan penerimaan pengundi terutama dari kaum India sendiri mahupun dari pengundi Melayu.
Komen Isac;
Bukan mahu bersifat perkauman, tetapi rungutan daripada pengundi-pengundi Melayu, MP atau ADUN berketurunan India selalunya "tidak pandai" mengambil hati pengundi-pengundi Melayu. Perlu dinyatakan di sini bahawa, sememangnya secara agihan penduduk, tiada satupun kawasan di Malaysia ini yang majoriti pengundi-pengundinya berketurunan India. Jestru itu pemimpin-pemimpin India yang diberi tiket untuk bertanding di kawasan majoriti orang Melayu perlulah menjaga sensitiviti orang-orang Melayu di kawasannya.
Kebanyakkan rungutan daripada pengundi-pengundi ini terhadap "Tok-tok wakil" mereka yang berketuruna India ialah mereka ini jarang turun padang, tidak mesra rakyaat, tidak memperdulikan pembangunan kawasan mereka dan lain-lain lagi.
Masyarakat Melayu selalunya mahukan "Tok Wakil" yang pandai bergaul, pandai mengambil hati mereka, selalu turun padang, dijemput kenduri mereka datang juga jangan membelakangkan pembangunan kawasan mereka.
Bahkan penulis percaya jika Dr. Subramaniam sendiri tidak mahu merubah pendekatannya terhadap pengundi-pengundi Melayu di kawasannya (Segamat), "kerusi selamat" nya juga bakal "dirampas" Pakatan Pembangkang di dalam PRU 13 yang akan datang.

30 Mar 2010

Nak Cari Bapa Mertua Orang Umno Pulau Pinang???


Exco Umno Bukit Bendera letak jawatan
Low Chia Ming & Susan Lone
Mac 29, 10
2:45pm
http://www.malaysiakini.com/news/127785


Umno bahagian Bukit Bendera hari ini mengumumkan peletakan jawatan 36 anggota exconya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula. Peletakan jawatan beramai-ramai itu bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan.

Semua 36 anggota exco itu menandatangani surat peletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada mesyuarat perhubungan negeri Umno Pulau Pinang yang diajdualkan pada penghujung bulan April. Menurut ketua bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin semua mereka menuntut mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membolehkan Ahmad memimpin semula bahagian itu.


Komen Isac;



Exco Bkt Bendera - Bubar Atas Semangat Setiakawan.



Begitu taat dia orang ni semua dengan Datuk Ahmad, rela melepaskan jawatan demi mahu memberikan peluang untuk beliau bertanding semula. inilah semangat setiakawan. Penulis ingatkan budaya begini telah ditelan dek zaman...Rupa-rupanya ia masih diamalkan oleh Umno Pulau Pinang. Boleh dibuat "bapa/emak" mertua mereka ni.... :)

YB Wee Choo Keong MP Wangsa Maju Satu2nya MP Pakatan Yang Bukan Pengkhianat Negara???


http://www.papagomo.com/2010/03/gempar-little-napoleons-dalam-pkr-kata.html
Petikan Yb Wee Choo Keong tadi semasa di dalam Parlimen:

Datuk Yang di-Pertua,
FITNAH MENFITNAH


Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit".



Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin.


Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan kerja ini pun di putar belitkan fakta untuk mencapai matlamat agenda poltitik orang dan kumpulan tertentu.


Fakta di forum CSIS adalah wartawan Malaysiakini dari San Francisco sahaja yang berada di forum CSIS pada hari tersebut tetapi laporan dengan putar belit fakta dengan serangan peribadi yang tidak berasas tidak diterbitkan di Malaysiakini tetapi di portal lain. Selepas sehari dua barulah terbitkan di dalam Malaysiakini lebih kurang sama dengan apa yang di laporkan di dalam portal tersebut tetapi tanpa serangan pribadi.



Lawatan kerja kami untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk memulihkan perhubungan antara USA dengan Malaysia dari segi diplomatik dan trade supaya Malaysia boleh memulakan better diplomatic and trading relationship dengan izin. YB Padang Regas tidak menfitnah sesiapapun dan semasa beliau menjawab soalan dengan fakta bila satu soalan ditimbulkan oleh representative Amesty International mengenai kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh. YB Padang Regas menyatakan dengan terus terang bahawa YB Permatang Pauh adalah sahabat baik beliau dan conscience beliau tidak membenarkan beliau menfitnah sahabatnya dan kes ini adalah antara majikan dan perkerja, dan laporan polis telah dibuat oleh pekerja. Jikalau tiada tindakan diambil, maka pihak pekerja akan menuduh kerajaan tidak adil.


Dalam fakta ini, saya amat kesal dengan tindakan yang tidak bertangungjawab dan untuk menjejaskan kepentingan negara dengan laporan tertentu. Kemungkinan matlamat pihak tertentu mahu menjahanamkan negara. Saya minta maaf bahawa saya tidak boleh memainkan peranan senyap lagi dalam keadaan yang amat jelas dimana fakta-fakta diputar belitkan oleh spin doctor dengan izin dan membenarkan mereka mencemarkan imej negara dengan agenda sempit yang didorong oleh motif memengtingkan diri semata-mata.



Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk mempertahankan kepentigan rakyat dan act as a check and balance against the government of the day in the interest of the people, dengan izin, dan bukan untuk memutar belit fakta untuk menjejaskan imej dan kepentingan negara tanpa mengambilkira samada peranaan YB Padang Regas adalah benar atau tidak. Sebagai Ahli Parlimen saya mesti memihak kepada fakta dan bukan personaliti.



Dato Yang DiPertua


The Little Napoleons


Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP. Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.


Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.


September 16


Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons. Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”. You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons. Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.



Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin.


Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.


Terima kasih
YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)





Komen Isac;



Politik menghalalkan cara.....Fitnah pun boleh, yang dahsyatnya dibuat atas nama agama Islam, dihalalkan oleh Tok-tok Lebai dan Tok-to Guru. Adakah dunia dah nak terbalik???
Tergamak "mensabotaj" imej dan maruah negara demi cita-cita mahu "merampas" jawatan Perdana Menteri.

"Pengkhianat" Rakyaat Kelantan, Adalah "Pejuang" Sebenar!!!



Kelantan perlu RM7 bilion dalam RMK-10
Mac 29, 10 10:39am
http://www.malaysiakini.com/news/127763

Kelantan memerlukan peruntukan tidak kurang RM7 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan terutama untuk program pembasmian kemiskinan dan penyediaan kemudahan asas di luar bandar sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, DatukMustapa Mohamed, berkata menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan lebih RM7 bilion kepada negeri itu.

"Kita berharap di bawah RMK-10 kerajaan pusat meluluskan peruntukan lebih besar atau tidak kurang RM7 bilion bagi memesatkan pembangunan di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat Peringkat Parlimen Pasir Puteh di Kampung Air Tawar, Tok Bali di Pasir Putih, semalam.

Lebih 1,000 penduduk di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising menyertai program itu.

Pada majlis itu juga seramai 63 orang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), petani, peladang, peniaga kecil dan penduduk miskin menerima bantuan lebih RM1 juta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan.

- Bernama




Komen Isac;


Apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan RM 24 juta wang Ehsan yang begitu "heboh" dituntut dan digembar-gemburkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan serta Tengku Razaleigh.

Tok Pa dan Awang Adek telah digambarkan sebagai "pengkhianat" kepada rakyaat Kelantan, walaupun realitinya berbilion-bilion ringgit telah disalurkan ke negeri Kelantan oleh Kerajaan Pusat pada setiap tahun di dalam usaha untuk memakmurkan penduduk dan ekonomi negeri Kelantan.

Jasa Tok Pa dan Awang Adek yang merupakan watak-waktak utama yang bertanggung - jawab di dalam menyakinkan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan peruntukkan yang bukan sedikit kepada negeri Kelantan seperti langsung tidak dihargai...

Dalam dunia yang semakin maju dan perkembangan IT yang semakin hebat, masih ramai rakyaat negara ini yang terlalu mempercayai "propaganda politik" berbanding cuba untuk mengenali siapakah pemimpin yang benar-benar membantu mereka dan pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyaat dan negara.

Adakah anda masih menganggap Tok Pa & Awang Adek sebagai pengkhianat kepada rakyaat dan negeri Kelantan?

29 Mar 2010

Nak Tanya Ku Li - Kenapa Memandai?????


Tengku Razaleigh kecewa jasanya tidak dikenang

PASIR PUTEH, 18 Mac — Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau kecewa kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh (gambar) berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.

Menurutnya hasil penubuhan itu Petronas menyumbangkan RM75 bilion setahun kepada kerajaan pusat iaitu 42 peratus daripada pendapatan punca hasil negara. — Bernama




Komen Isac;



Cuma nak tanya Ku Li, jika Allahyarham Tun Razak tidak pernah suruh menghadkan jarak kawasan minyak daripada garisan pantai sesuatu negeri untuk melayakkan mereka mendapat "royalti minyak", siapa pula yang memandai masukkan had lingkungan 3batu nautika di dalam Akta Minyak dan Gas 1974?

Yang pasti "orang" tersebutlah yang sebenarnya telah "merampas" hak "royalti minyak" daripada kerajaan negeri Kelantan.....Adakah "orang" itu ialah Ku Li???

YB Zul Dengan Siapa Tu??? - Pihak Ketiga???



YB Zul kata dia pernah diarahkan oleh pihak ketiga untuk memfitnah DS Najib dan DS Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altanyuya.... Fotodi atas (dipetik dari Agenda Daily) YB Azmin "kelihatan" seperti sedang "menenangkan" beliau yang baru sahaja lepas membuat "pendedahan" di dewan rakyaat....


Disebalik pendedahan YB Zul, bukankah beliau juga pernah sama-sama pernah "menipu" rakyaat Malaysia di dalam siri ceramah pembangkang bahawa DSAI telah diracun dengan racun arsenik oleh kerajaan BN ketika berada di dalam tahanan?


Adakah YB Zul tidak perlu meminta maaf kepada Tun Mahathir? Adakah YB Zul tidak perlu memohon maaf kepada rakyaat Malaysia??? Bolehkah orang sebegini dipercayai lagi? Setidak-tidaknya Adakah ia juga salah "pihak ketiga" yang menipu beliau??? Beliau tidak tahu apa-apa....Sebaliknya hanya ditipu berkali-kali??? YB Zul sepatutnya berasa malu dengan kupiah yang dipakainya....

28 Mar 2010

Dato' Seri Chua Soi Lek Dipilih Sebagai Presiden MCA Yang Baru...



Mac 28, 10 5:36PM
Awani - Bernama TV


Empat naib presiden yang dipilih hari ini ialah Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung. Datuk Liong Tong Lay pula sebagai Timbalan Presiden.


Dato' Seri Chua Soi Lek Presiden MCA yang baru.

Calon Presiden Dr. Chua Soi Lek Sedang Mendahului....


Kelihatan para petugas memproses kertas undi setelah proses pengundian tamat pada pemilihan pemimpin MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini. Seramai 2,318 atau 97.5 peratus daripada 2,377 perwakilan layak mengundi mendaftar bagi pemilihan itu. Keputusan pemilihan dijangka diketahui seawal 7 malam ini. -Foto BERNAMA

Komen Isac;



Menurut "News @ Bernama" pukul 6:00pm, calon Presiden Dato' Dr. Chua Soi Lek buat masa ini sedang mendahului.....


Untuk calon Majlis Tertinggi pula, bagi calon yang ke 25/26 undi mereka seri...Pengiraan semula sedang dibuat....


Keputusan resmi dijangkan akan diketahui dalam masa sejam dari sekarang....

Titah Sultan Kedah & Amanat Tun M Membawa maksud Yang Sama....



Sultan: Pilih pemimpin yang tidak dicucuk hidung
Mac 27, 10 3:37pm
http://www.malaysiakini.com/news/127676

Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.

Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan. "Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri.

"Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hari ini.

Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan.

"Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat. Rata-rata dalam kalangan kita mahukan kebebasan, tidak mahu dikongkong dan berupaya membuat keputusan sendiri,” titah baginda.









Generasi Muda Waspada Taktik Halus Pihak Asing - Tun M



http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/28/mstar_berita/20100327220702&sec=mstar_berita



GENTING HIGHLANDS: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara supaya lebih berwaspada dengan taktik halus pihak asing yang cuba melakukan penjajahan bentuk baru ke atas rakyat dan negara ini.





Komen Isac;


Siapakah pemimpin yang "ditaja" oleh "pihak asing"? Daripada maklumat yang penulis perolehi daripada media alternatif, DSAI & PKR banyak mendapat bantuan kewangan samada daripada Organisasi Antarabangsa Milik Yahudi, Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.... Apakah motif organisasi-organisi ini menyokong usaha DSAI untuk menumbangkan kerajaan yang sediada? Lu fikilah sendiri.......


Ibrahim Sanggup Bersumpah Dengan Nama Allah, Saifudin dan "Sivaji The Boss" Bagaimana???


Saya sedia junjung Al-Quran bila-bila masa...
Dato Ibrahim Ali marah betul.
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8e1356df-7f000010-1d956ad0-f9e7c3f7

Pagi ini Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Perkasa itu hantar kenyataan menerusi SMS yang antaranya bersumpah dan kata sedia junjung Al-Quran bila-bila masa untuk buktikan beliau tidak ada langsung saham dalam syarikat judi Ascort Sports milik tokoh korprat Tan Sri Vincent Tan.

Ini ekoran dakwaan mengenainya yang dibuat oleh Ahli Parlimen Machang yang juga Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat Selasa yang disiarkan dalam laman Malaysiakini.com.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya.

Ibrahim menegaskan beliau terperanjat dan anggap biadap serta tidak berakhlak langsung Saifuddin membuat dakwaan itu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah dan sedia junjung Al-Quran bila-bila masa untuk buktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham langsung atau tidak langsung (mengguna proxy) dalam syarikat judi Vincent Tan sebagai mana dakwaan,” tegasnya.

Menurut beliau sesiapa saja boleh menyemak mengenainya dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti sama ada benar atau tidak.

Ibrahim menilai ini semua sebahagian daripada usaha untuk memburukkan namanya kerana lantang mendedahkan pelbagai pekong pihak tertentu dan memperjuangkan agenda Melayu.

Katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang keatas hal ini dan sudah menyerahkan kepada peguamnya.-24/2/2010



Komen Isac;


Pada pandangan penulis Saifudin silap "tembak".... Tuduhan beliau hanya, "ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri...


Sila layari blog GAP untuk mendapatkan jawapan...., "http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/saifudin-tuduh-ibrahim-ali-ada-syer.html

27 Mar 2010

MIC Perlu Ukur Baju Di Badan Sendiri.....





KUALA LUMPUR: MIC sudah bersedia untuk bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, daripada Parti Keadilan Rakyat malam tadi dan berharap dapat menurunkan semula Datuk G Palanivel bagi menawan semula kerusi yang pernah diwakilinya itu selama tiga penggal sebelum ini.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata parti itu akan mencadangkan nama Palanivel kepada Barisan Nasional dan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN untuk membuat keputusan.






"Datuk Palanivel mempunyai peluang baik untuk menang kerana beliau telah berkhidmat dengan baik di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, kalah kepada Zainal Abidin dalam pilihan raya umum lalu dengan hanya 198 undi setelah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1990.

Samy Vellu berkata, walaupun kalah, Palanivel masih membantu menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai kaum di Hulu Selangor yang juga antara beberapa kubu kuat BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

"Matlamat kita sekarang ialah untuk menang, dan jika boleh, menang dengan selesa," katanya.








Komen Isac;




Nasihat penulis kepada MIC, "ukur baju di badan sendiri". Jangan tamakkan kerusi, kerana apalah gunanya MIC bertanding jika hasilnya BN akan terus kehilangan kerusi "Hulu Selangor" tersebut. Banyak rungutan dari "akar-umbi" YB dari MIC tidak menjaga kebajikan pengundi-pengundi kawasan mereka, malah nak tunjuk muka pun susah.... Apa komen Dato' Seri Samy????

Pasangan Diraja Perak Mencemar Duli Bermesra Bersama Rakyaat...


KEBERANGKATAN TIBA Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, ditemani Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nam Hua, Tanjung Piandang, sempena program lawatan sehari ke daerah Kerian hari ini disambut meriah penduduk. - Foto Muhaizan Yahya
Mar 26, 2010 8:11 pm

Lawatan sehari Raja Muda, Raja Puan Besar Perak ke Kerian


PARIT BUNTAR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara hari ini berkenan melakukan lawatan sehari ke Kerian bagi mendekati dan melihat sendiri kehidupan masyarakat daerah itu.

Raja Dr Nazrin Shah berangkat memulakan lawatan dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ke majlis taklimat pembangunan Kerian yang disampaikan Pegawai Daerah, Ismail Hassan, di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian di sini.
Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Kerian di sini dengan diiringi pemimpin negeri dan masyarakat tempatan. Sementara itu, Tuanku Zara yang mempunyai jadual berasingan pula berangkat ke Hospital Parit Buntar dan berkenan menyampaikan sumbangan kepada pesakit sebelum menghadiri majlis ramah mesra Puspanita serta masyarakat Kerian di Dewan Merdeka di sini.

Baginda turut menyampaikan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia dan pertandingan mewarna dan aspek wanita.

Pada sebelah petang pula, Raja Dr Nazrin dan Tuanku Zara bersama-sama berangkat ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Nam Hua di Tanjung Piandang dekat ini untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.

Raja Dr Nazrin turut menyampaikan replika cek bernilai RM550,000 kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kerian, Law Hee Hock untuk elaun sara hidup nelayan daerah itu daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Sementara itu, Dr Zambry turut mengumumkan peruntukan kerajaan negeri kepada SRJKC Nam Hua RM100,000 bagi penambahan bangunan sekolah berkenaan.

Pasangan Diraja itu mengakhiri program lawatan dengan meninjau ternakan ikan kerapu, jenahak dan siakap dalam sangkar di kawasan laut dalam di Kuala Kurau bagi pasaran luar negara dan tempatan. - Bernama




Lagi Kes buang Bayi.......

Mayat bayi putus tangan ditemui di timbunan sampah



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mayatbayiputustanganditemuiditimbunansampah/Article
23:54:33 PM


KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini.


Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 5 petang tadi oleh penduduk dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.

26 Mar 2010

Dah Confirm Boleh Menyelam - Apa Komen Pembangkang???


KD Tuanku Abdul Rahman sedia untuk ujian menyelam
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/2972.asp

SINGAPURA - Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, yang mengalami kerosakan pada sistem saluran air bertekanan tinggi, Januari lepas, kini sudah bersedia untuk menjalani ujian menyelam.

Syarikat DCNS, hari ini berkata, kapal selam itu telah menamatkan ujian perairan tropika pertamanya di perairan Malaysia selepas jadual penyelenggaran dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kenyataan di sini, syarikat pereka dan pembuat kapal selam itu, berkata ujian mengesahkan siapsiaga kapal itu untuk perkhidmatan operasi.

Menurutnya selepas penyelenggaran, KD Tunku Abdul Rahman dibawa ke limbungan dan bersedia menyambung semula jadual latihan termasuk ujian menyelam oleh krew Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan negara.

"Ujian ini menunjukkan TLDM berjaya menubuhkan pasukan kapal selam pertama negara," kata Ketua Bahagian Kapal Selam DCNS, Pierre Quinchon.-Bernama

Umno Jangan Terlalu Yakin....Dan Komponen BN Jangan Tamak...


http://www.malaysiakini.com/news/127537
Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
Abdul Rahim Sabri
11:24am Mac 26, 10

BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang. Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari. SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Komen Isac;

Umno dan BN kena berfikir secara bijak di dalaam menentukan calon mereka. Strategi dan calon kena tepat. Berdasarkan kepada majoriti 198 dalam PRU 12 lalu dan peratusan pengundi mengikut kaum, secara lojiknya BN ada peluang untuk merampas kerusi tersebut sekiranya meletakkan calon yang betul dan diterima rakyaat.

Dalam percaturan mudah, calon dari Umno pastinya akan mempunyai lebih peluang untuk memenangi kerusi tersebut kerana majoriti pengundi adalah berketurunan Melayu, tetapi perlu dipastikan bahawa calon tersebut semolek-moleknya adalah anak tempatan dan selama ini telah berkhidmat dan diterima oleh pengundi-pengundi di kawasan terbabit.

Pengalaman daripada PRU 12 yang lalu, jangan sesekali meletakkan calon "payung terjun" yang tidak dikenali dan disenangi oleh pengundi-pengundi kawasan terlibat. Cari calon yang dekat dengan pengundi-pengundi dan bukannya calon yang hanya muncul ketika pilihanraya berlangsung.....Semoga berjaya!!!

Basikal - Peroleh Perak di Kejohanan Dunia...


AZIZULHASNI Awang (kiri), meraih pingat perak di samping johan acara Keirin, Chris Hoy, dari Britain dan tempat ketiga, Maximilian Levy, dari Jerman (kanan), dalam Kejohanan Berbasikal Dunia yang diadakan di Bellerup, Copenhagen, awal pagi ini. - Foto AFP
Mar 26, 2010 10:04 am

John Major Puji DSN Terajui Ekonomi - Apa Pula Kata DSAI???


3 Mac, 2010 23:49 PM

Bekas PM Britain Puji Najib Kemudi Ekonomi Malaysia


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=484815From Mikhail Raj Abdullah



HONG KONG, 23 Mac (Bernama) -- Bekas perdana menteri Britain Sir John Major memuji Datuk Seri Najib Tun Razak di atas keterbukaan dan sikap berterus terang beliau dengan pengurus dana asing di sini dalam menghuraikan tentang keadaan ekonomi Malaysia dan mendengar kebimbangan mereka.

"Malaysia sesungguhnya berada di bawah kepimpinan yang baik, berdasarkan kepada apa yang Perdana Menteri Malaysia Malaysia sampaikan kepada pengurus dana asing di persidangan Credit Suisse Asian Investment di sini pada Selasa, dan komitmen beliau untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi maju," katanya yang kemudiannya mendapat tepukan daripada para audien di International Financial Centre di sini.

Major, penasihat khas Credit Suisse, berucap di majlis makan malam yang dianjurkan oleh CIMB dan kumpulan perkhidmatan kewangan di mana Najib menjadi tetamu kehormat selepas persidangan peringkat tinggi itu yang mengumpulkan kira-kira 100 pengurus dana terkemuka serantau.

Komen Isac;

Sudah pastinya komen DSAI nanti adalah begitu negatif dan penuh dengan sifat cemburu..... Bila agaknya ahli-ahli politik kita mahu berfikiran "dewasa"???

25 Mar 2010

Al Fatihah Untuk Arwah & Takziah Kepada Keluarga Dr. Zainal Abidin Ahmad.


MP Hulu Selangor meninggal dunia
Mac 25, 10 9:52PM
dikemaskini 10:45pm

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut

peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Maaf....Siapa Yang Tak Tahu, Itu Maksudnya "Mereka Tidak Penting" Buat DSAI.....



Hanya yang rapat dengan Anwar tahu.....
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
ROSLAN BIAN

Memang ramai ahli parlimen PKR,DAP dan PAS tidak tahu menahu pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim babitkan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera dalam Pelan 16 September untuk menawan Putrajaya menerusi pintu belakang.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata hanya pemimpin-pemimpin parti itu yang rapat dengan Ketua Pembangkang itu yang tahu mengenainya.Kalangan pemimpin PAS yang mungkin tahu ialah mereka dalam kumpulan Erdogan yang pro Anwar.Pengakuan Zahrain yang sebelum ini diketahui amat rapat dengan Anwar itu sekaligus mengesahkan laporan Agendadaily bahawa tidak semua ahli parlimen pakatan pembangkang termasuk dari PAS yang tahu mengenai tindak tanduknya guna nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima ATM untuk meyakinan bahawa usahanya untuk menawan Putrajaya menerusi tindakan lompat parti Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berjaya.Bekas Ahli Parlimen PKR itu yang ditemui di lobi Parlimen Isnin berkata selepas pendedahan beliau di Dewan Rakyat minggu lalu, ada kalangan ahli parlimen pembangkang bertanya padanya kebenaran disebalik cerita 16 September 2008 itu.

Komen Isac;

Kadang-kadang kita ingat kita rapat dengan seseorang....Tetapi rupa=rupanya kita cuma kawan biasa....Kadang-kadang juga kita ingat kita ni amat penting....rupanya orang yang kita sangka sahabat cuma manganggap kehadiran kita. "ibarat melukut di tepi gantang".


Bicara Kes Liwat Tangguh Lagi....-DSAI Tidak Berhasrat Untuk Melambat-lambatkan Perbicaraan Kes???




Dipetik dari Agenda daily.
Karpal sibuk…kes liwat Anwar tunda ke Mei

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung balik untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Khamis.Namun kenalah tunggu untuk dengar cerita selanjutnya kes yang mencuri perhatian ramai.Ini kerana mahkamah putuskan kes itu hanya akan disambung balik pada 10 ke 14 Mei ini,kemudiannya 31 Mei ke 4 Jun seterusnya 14-23 Julai dan 2 ke 30 Ogos.Sebabnya ketua peguam bela Anwar yakni Karpal Singh sibuk ada kes lain hendak dikendalikan serta sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang.-25/3/2010

Komen Isac;

Selalu "Ponteng" Sidang Parlimen untuk pergi ke luar negara boleh...."Ponteng" mintak simpati dengan Parlimen Britain....boleh!!! Tapi nak menghadiri perbicaraan "Kes Liwat" tak boleh sibuk pasal kononnya nak menghadiri sidang Parlimen.....Mahkamah dilihat seperti "dipermainkan/diperbodohkan" oleh "mereka".... Macam nipun masih ramai yang percaya.........Nasib kaulah Labu.......

Siapakah "Orang Ketiga" Yang Dimaksudkan Oleh YB Zull????

Mac 24, 10 3:22PM
dikemaskini 4:45pm Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkfli Nordin mendakwa pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam pembunuhan Altantuya.
"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

"Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.




Komen Isac;



Adakah YB Zul "cukup berani" untuk mendedahkan siapakah "orang ketiga" yang mengarahkan beliau untuk berbuat demikian?



Secara lojiknya kalau sampai berupaya untuk "meminta" YB Zul melakukan pembohongan dan fitnah yang sebegitu dahsyat, tentulah "orang tersebut" adalah orang yang berkuasa ke atas YB Zul dan orang atau kumpulan yang mempunyai kepentingan atas tuduhan tersebut pastinya mempunyai "hati yang maha busuk".



Untuk kepentingan semua dan maruah YB Zul sendiri, YB Zul perlulah mendedah identiti "orang ketiga" ini kepada rakyaat Malaysia. Bukti juga perlu disertakan, jangan sampai nanti YB Zul pula yang dilabel sebagai pembuat fitnah.

24 Mar 2010

Tahniah Ku Li.....Kerana Catat Sejarah???


Rabu Mac 24, 2010
Isu Royalti: Kelantan Lantik Tengku Razaleigh Wakil Perunding http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_berita/20100324161357&sec=mstar_berita

KOTA BHARU:
Kerajaan Pas Kelantan memutuskan untuk melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai wakil kerajaan negeri dalam rundingan tuntutan royalti minyak dengan Kerajaan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.


Beliau berkata, mesyuarat itu juga memutuskan supaya Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, menyelesaikan isu tuntutan dalam tempoh empat bulan berkuatkuasa hari ini.


"Mesyuarat Exco hari ini mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil kerajaan ini untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan kerajaan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.



Komen Isac;



Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan dan malahan Ku li sendiri, pastinya mempunyai sebab, tujuan dan kepentingan masing-masing dalam isu ini. Walau bagaimanapun pastinya Ku Li akan menempa sejarah kerana menjadi ahli Umno yang mewakili pihak pembangkang (Kerajaan Negeri Kelantan) sekiranya beliau menerima tawaran Kerajaan Negeri Kelantan ini.



Seingat penulis Ku Li pernah berkata bahawa beliau bersetuju untuk menjadi "orang tengah" dalam perundingan isu "royalti minyak vs wang ikhsan" dan bukannya untuk menjadi wakil kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Apapun sama-samalah kita tunggu samada Ku Li akan menerima lamaran tersebut...


Lega.....Tiada PRK di Titi Tinggi!!!

BERES…ADUN Titi Tinggi Perlis tak akan letak jawatan – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beritahu para wartawan di Hong Kong bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn, tidak akan meletakkan jawatan.Katanya beliau telah dimaklumkan mengenainya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.- 24/3/2010
(Agenda Daily).

Pilihanraya kecil di Perlis …jika usaha pujuk ADUN MCA Titi Tinggi gagal

Satu lagi pilihanraya kecil mungkin perlu diadakan dalam masa terdekat. Ini berikutan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi di Perlis, Yip Sun Onn menghantar surat untuk meletakkan jawatan serta-merta.Beliau menyerahkan surat itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Yazit Mat jam 3 petang Isnin.Sun Onn yang merupakan wakil tunggal MCA dalam barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri memberikan alasan tidak berpuas hati dengan MCA pusat. Beliau dikatakan kecewa kerana digugurkan dari jawatan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 19 Mac lalu.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-23/3/2010

YB Zul Dedah di Dewan Rakyaat Bahawa Beliau "Diarah" Memfitnah PM & Isteri Terbabit Dalam Pembunuhan Altantuya...



Terbaru dan Tergempar Dari Parlimen Malaysia, bukan Parlimen Australia, AS maupun Britain!!!!! YB Zul memdedahkan ada pihak "ketiga" yang mahu merasuah beliau dengan syarat mengaitkan DSN dan Isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.



Nilai rasuah yang besar hingga hampir "menggugat" Iman agar beliau membuat "kenyataan bersumpah" secara sengaja mengaitkan DSN dan isteri dalam kes tersebut.....Jestru itu beliau tidak terperanjat sekiranya Bala yang tidak menceritakan apa-apa tentang adanya penglibatan DSN dan isteri ketika menjadi saksi di mahkamah dan tiada apa-apa keterangan yang sama, dibuat kepada pihak polis mengenai isu ini, tiba-tiba membuat "kenyataan bersumpah" dan menuduh bahawa adanya penglibatan DSN dan isteri dalam kes tersebut.



Satu lagi "sesumpah" yang boleh dijual-beli kini dikenal-pasti?????

PANAS…Zul Nordin dedah dapat tawaran goyah iman buat akuan sumpah babitkan PM–Rosmah kes Altantuya
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Setelah Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrian hashim membuat pendedahan panas di Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai Pelan 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim,pagi Rabu ini tiba giliran Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin pula.Belum lagi bekas ahli PKR itu dapat mulakan ucapan bahas usul junjung titah yang Dipertuan Agong sudah timbul kekecohan bila kalangan Ahli Parlimen Pembangkang membantah.Mereka bising kerana anggap sudah cukup dua orang Ahli Parlimen Bebas berucap sebelum ini yakni Zahrain dan Datuk Ibrahim Ali,Pasir Mas.Bila Speaker membenarkan maka ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan.Zulkifli terus memanaskan suasana dewan bila mendedahkan beliau pernah diminta membuat akuan bersumpah kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya

Maklumat Ketenteraan - Rahsia Negara!!!




Tiada kompromi jika bocor maklumat ketenteraan
Mac 17, 10 7:16pm


http://www.malaysiakini.com/news/126827

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan sistem pertahanan negara termasuk menggunakan Dewan Rakyat untuk membocorkan maklumat ketenteraan demi kepentingan masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan amaran itu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung keselamatan perairan negara, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bung Mokhtar mahu tahu adakah keselamatan negara terjamin daripada ancaman musuh luar tanpa kapal selam negara beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan. Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan negara termasuk di perairan pada ketika ini berada di tahap selamat dan ia disebabkan beberapa faktor.


"Pertama, kerana kita ada perjanjian dengan negara-negara jiran dan juga negara sahabat untuk tidak ada permasalahan dari segi pertahanan."Kedua ialah aset-aset kita dalam bidang ketenteraan terutamanya aset-aset strategik adalah digunakan untuk tujuan pengawasan, bukan tujuan provokasi," jelasnya.

Justeru, katanya, pembocoran maklumat ketenteraan untuk kepentingan organisasi mahupun individu hanya akan menjejaskan lagi sistem pertahanan negara. Di samping itu, beliau juga berkata, negara akan mendapat kapal selam kedua dalam tempoh terdekat sebagai aset strategik tambahan di samping kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Terdahulu, ketika menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) tentang masalah KD Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh menyelam, Ahmad Zahid berkata, bukan semua isu ketenteraan dan aset-aset strategik boleh dipolemik.

"Ia boleh mendedahkan kekuatan dan kelemahan negara kepada pihak luar dan juga musuh. Segala masalah akan ditangani sebaiknya oleh kerajaan tanpa mengakibatkan maklumat penting jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

- Bernama


Komen Isac;


Janganlan kerana terlalu mahukan publisiti, populariti dan undi, sesetengah dari kita sehingga sanggup memperjudikan keselamatan negara dan kemerdekaan rakyaat negara ini....


Para pemimpin samada kerajaan mahupun pembangkang perlulah menyedari akan batas-batas tindakkan mereka. Ahli politik juga perlu sedar bukan semua perkara boleh dipolitikkan, walaupun ianya memberikan kelebihan kepada survival mereka, tetapi dalam masa yang sama kepentingan rakyaat dan negara perlulah didahulukan....

Jangan sampai nanti, "seperti Pak Kaduk, ayamnya menang... tapi kampungnya tergadai".

23 Mar 2010

PRK Lagi?????


Adun Titi Tinggi letak jawatan
Mac 23, 10 2:36pm
http://www.malaysiakini.com/news/127256

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn hari ini mengumumkan perletakan jawatannya.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan menerima surat berkenaan.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.


Komen Isac;

Agaknya pemimpin-pemimpin kita ni tak penat agaknya....Berpolitik macam tak payah buat kerja lain.....

Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia - Al Fatihah...


Mac 23, 10 10:55am

Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur. Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.


Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman. Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu
, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

- Bernama

Undi "Pengganas" dan "Pelaku Jenjenayah" Juga Ditagih Pembangkang.....



Komen Isac;



Apabila undi dan publisiti yang lebih diutamakan.....Keselamatan rakyaat dan negara yang menjadi taruhannya.....
Mengapa ini berlaku? Mangapa nasib dan nyawa penjenayah begitu dibela sementara pihak berwajib pula yang ditekan? Banyak kejadian di mana pihak berkuasa dipersalahkan dan Umno pula dikambing-hitamkan kerana kononnya mempunyai kepentingan....Suspek kes curi kereta mewah meninggal dunia di dalam tahanan polis, polis dituduh "membunuh".......Suspek penyelewengan "wang peruntukkan wakil rakyaat" dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh SPRM, SPRM dituduh sebagai pembunuh.
Terbaru "suspek pengganas luar negara" dihantar pulang selepas ditahan dibawah akta "ISA" kerajaan dituduh sebagai kejam.....Polis sampai ke lokasi mendiang Siva (ada kaitan dengan Kelap Penyokong Pas) hanya dalam masa lima minit, polis pula yang disyaki sebagai "terlibat"....klik sini http://yanggambi.blogspot.com/2010/03/hishammuddin-tun-hussein-perlu.html
Sememangnya masih ada ruang untuk pihak berkuasa memperbaiki kelemahan di pihak mereka, tetapi janganlah pula ada sesetengah pihak yang sengaja, "menangguk di air yang keruh". Jangan sampai pihak berkuasa kehilangan intergriti dan penghormatan daripada pihak awam kerana bencana yang lebih besar pasti akan menanti. Apabila wujudnya anasir-nasir dari dalam dan luar negara yang sentiasa mahu menggangu-gugat keselamatan rakyaat dan kestabilan negara, penulis sangat-sangat berharap agar Akta ISA dikekalkan malah dapat dipertingkatkan kerana apa yang penting, keselamatan rakyaat dan negara ini akan sentiasa didahulukan.

22 Mar 2010

Chelsea Sekadar Seri 1: 1, Dengan Blackburn


PEMAIN tengah Blackburn Rovers, El Hadji Diouf (kiri) melompat tinggi melepasi kawalan pertahanan Chelsea ketika menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Blackburn, awal pagi tadi yang berkesudahan seri 1-1. - Foto AFP
Dengan itu United kembali terajui takhta EPL .
2010/03/22
JI-Sung (kiri) menanduk gol kemenangan Manchester United dalam saingan EPL bertemu Liverpool di Old Trafford, semalam. United menang 2-1.

JI-Sung (kiri) menanduk gol kemenangan Manchester United dalam saingan EPL bertemu Liverpool di Old Trafford, semalam. United menang 2-1. Chelsea malang sekadar seri dengan Blackburn. MANCHESTER: Tandukan Park Ji-sung memastikan Manchester United kembali merampas persada Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Liverpool 2-1 di Old Trafford, semalam, manakala Chelsea sekadar seri 1-1 bertemu Blackburn.

Gol minit ke-60 oleh Ji-sung, membolehkan United mengumpul 69 mata, lebih dua mata ke atas Arsenal, dan empat mata melebihi Chelsea yang bermain kurang satu perlawanan.

Fernando Torres terlebih dulu membuka jaringan untuk Liverpool dengan menanduk masuk bola melepasi jangkauan Edwin van der Sar, lima minit selepas permainan bermula. United bagaimanapun pantas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diambil Wayne Rooney pada minit ke-12, selepas pengadil, Howard Webb menyalahkan Javier Mascherano kerana menjatuhkan Antonio Valencia, walaupun ia berlaku di luar kotak penalti.

Sepakan awal Rooney berjaya ditampan Pepe Reina tetapi penyerang utama England itu sempat menampan semula bola yang melantun ke arahnya, ke gawang yang kosong. United terus menguasai permainan dan Ji-sung memastikan kemenangan pertama United ke atas The Reds sejak Mac 2008 dengan menanduk masuk hantaran lintang Darren Fletcher. – AFP