28 Mar 2010

Titah Sultan Kedah & Amanat Tun M Membawa maksud Yang Sama....



Sultan: Pilih pemimpin yang tidak dicucuk hidung
Mac 27, 10 3:37pm
http://www.malaysiakini.com/news/127676

Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.

Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan. "Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri.

"Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hari ini.

Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan.

"Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat. Rata-rata dalam kalangan kita mahukan kebebasan, tidak mahu dikongkong dan berupaya membuat keputusan sendiri,” titah baginda.









Generasi Muda Waspada Taktik Halus Pihak Asing - Tun M



http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/28/mstar_berita/20100327220702&sec=mstar_berita



GENTING HIGHLANDS: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara supaya lebih berwaspada dengan taktik halus pihak asing yang cuba melakukan penjajahan bentuk baru ke atas rakyat dan negara ini.





Komen Isac;


Siapakah pemimpin yang "ditaja" oleh "pihak asing"? Daripada maklumat yang penulis perolehi daripada media alternatif, DSAI & PKR banyak mendapat bantuan kewangan samada daripada Organisasi Antarabangsa Milik Yahudi, Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.... Apakah motif organisasi-organisi ini menyokong usaha DSAI untuk menumbangkan kerajaan yang sediada? Lu fikilah sendiri.......


2 comments:

  1. Tidak rela bumi bertuah ini jatuh ketangan manusia2 rakus yang gila kuasa.
    Datuk nenek kita dahulu berjuang untuk menghalau penjajah sedangkan manusia yang seorang ini menadah tangan mengharap kedatangan penjajah alaf baru.
    JIJIK BILA MEMIKIR PERMAINAN MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM

    ReplyDelete
  2. banyaklah membaca bahan-bahan ilmiah dari semua aspek supaya kita dapat menilai dan membuat kajian bagi satu-satu isu itu,jangan dengar ceramah sudah terpesona dan jadilah seperti lembu dicucuk hidung.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.