24 Mar 2010

Maklumat Ketenteraan - Rahsia Negara!!!




Tiada kompromi jika bocor maklumat ketenteraan
Mac 17, 10 7:16pm


http://www.malaysiakini.com/news/126827

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan sistem pertahanan negara termasuk menggunakan Dewan Rakyat untuk membocorkan maklumat ketenteraan demi kepentingan masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan amaran itu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung keselamatan perairan negara, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bung Mokhtar mahu tahu adakah keselamatan negara terjamin daripada ancaman musuh luar tanpa kapal selam negara beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan. Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan negara termasuk di perairan pada ketika ini berada di tahap selamat dan ia disebabkan beberapa faktor.


"Pertama, kerana kita ada perjanjian dengan negara-negara jiran dan juga negara sahabat untuk tidak ada permasalahan dari segi pertahanan."Kedua ialah aset-aset kita dalam bidang ketenteraan terutamanya aset-aset strategik adalah digunakan untuk tujuan pengawasan, bukan tujuan provokasi," jelasnya.

Justeru, katanya, pembocoran maklumat ketenteraan untuk kepentingan organisasi mahupun individu hanya akan menjejaskan lagi sistem pertahanan negara. Di samping itu, beliau juga berkata, negara akan mendapat kapal selam kedua dalam tempoh terdekat sebagai aset strategik tambahan di samping kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Terdahulu, ketika menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) tentang masalah KD Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh menyelam, Ahmad Zahid berkata, bukan semua isu ketenteraan dan aset-aset strategik boleh dipolemik.

"Ia boleh mendedahkan kekuatan dan kelemahan negara kepada pihak luar dan juga musuh. Segala masalah akan ditangani sebaiknya oleh kerajaan tanpa mengakibatkan maklumat penting jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

- Bernama


Komen Isac;


Janganlan kerana terlalu mahukan publisiti, populariti dan undi, sesetengah dari kita sehingga sanggup memperjudikan keselamatan negara dan kemerdekaan rakyaat negara ini....


Para pemimpin samada kerajaan mahupun pembangkang perlulah menyedari akan batas-batas tindakkan mereka. Ahli politik juga perlu sedar bukan semua perkara boleh dipolitikkan, walaupun ianya memberikan kelebihan kepada survival mereka, tetapi dalam masa yang sama kepentingan rakyaat dan negara perlulah didahulukan....

Jangan sampai nanti, "seperti Pak Kaduk, ayamnya menang... tapi kampungnya tergadai".

2 comments:

  1. Menteri Pertahanan (malu nak sebutnama)kena resign, abis cerita...langsung takde etika!!!

    ReplyDelete
  2. Pertahanan Negara bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan atau diperdebatkan sesuka hati. Undang-undang mesti diperketatkan kepada sesiapa yang cuba mendedahkan dan memperlekehkan Pertahanan Negara. ISA atau hukuman paling ketat mesti digunakan!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.