24 Mar 2010

Tahniah Ku Li.....Kerana Catat Sejarah???


Rabu Mac 24, 2010
Isu Royalti: Kelantan Lantik Tengku Razaleigh Wakil Perunding http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_berita/20100324161357&sec=mstar_berita

KOTA BHARU:
Kerajaan Pas Kelantan memutuskan untuk melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai wakil kerajaan negeri dalam rundingan tuntutan royalti minyak dengan Kerajaan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.


Beliau berkata, mesyuarat itu juga memutuskan supaya Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, menyelesaikan isu tuntutan dalam tempoh empat bulan berkuatkuasa hari ini.


"Mesyuarat Exco hari ini mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil kerajaan ini untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan kerajaan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.



Komen Isac;



Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan dan malahan Ku li sendiri, pastinya mempunyai sebab, tujuan dan kepentingan masing-masing dalam isu ini. Walau bagaimanapun pastinya Ku Li akan menempa sejarah kerana menjadi ahli Umno yang mewakili pihak pembangkang (Kerajaan Negeri Kelantan) sekiranya beliau menerima tawaran Kerajaan Negeri Kelantan ini.



Seingat penulis Ku Li pernah berkata bahawa beliau bersetuju untuk menjadi "orang tengah" dalam perundingan isu "royalti minyak vs wang ikhsan" dan bukannya untuk menjadi wakil kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Apapun sama-samalah kita tunggu samada Ku Li akan menerima lamaran tersebut...


1 comment:

  1. Salam Isac, apa yg sebenarnya tersirat dalam hati Ku Li....... mulut menyatakan sayangkan UMNO, adakah ikhlas ? Kalau dilihat dari segi sejarah Ku Li, bagaimana ssayangnya beliau kepada UMNO sehinggakan UMNO diharamkan....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.