3 Jan 2010

Raja Petra Kata Dia Sedang Berseronok di Poland - Cubaan Mengelirukan Pihak Polis Kedudukan Lokasi Sebenar Beliau???


"While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I better check if Malaysia has an extradition treaty with Poland. Ah, never mind, Europe is a big place anyway". tulis Raja Petra dalam Malaysia Today pada 1 Januari 2010.





Raja Petra tetap diburu walau di mana
Oleh UMAVATHI
RAMAYAHuma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan pihaknya tetap memburu Raja Petra Kamaruddin meskipun pengendali laman web Malaysia Today itu kini dilaporkan berada di Poland.


Lokasi terkini Raja Petra itu dimuatkan dalam pos terbaru laman web tersebut bertarikh semalam. Musa berkata, Raja Petra boleh berada di mana-mana negara termasuk Poland kerana lelaki itu berstatus pelarian. “Dia membawa status sebagai pelarian, kita akan tetap memburu Raja Petra (walau di mana dia berada),” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Pengendali laman web Malaysia Today itu dalam nada menyindir berkata:
“Ketika Ketua Polis Negara dan Peguam Negara buntu untuk mendapatkan saya. Saya pula menyambut tahun baru bersama wanita-wanita Poland. “Oops.. lebih baik saya periksa sama ada Malaysia ada memohon ekstradisi dengan kerajaan Poland atau sebaliknya. Ah, tak apa Eropah luas.” Turut dimuatkan gambar Raja Petra dengan dua wanita Eropah (gambar atas)

.
Raja Petra sebelum ini dikatakan berada di di pangsapuri mewah Gloucester Terrace, Bayswater, London. Musa sebelum ini mendedahkan pihaknya telah memohon ekstradisi terhadap Raja Petra di London, bagi membolehkan inkues terhadapnya dijalankan di sana sebelum dihantar pulang ke Malaysia. Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008. Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu. Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Komen Isac;

Seronok ye ???? Lepak dengan awek-awek muda Poland menyambut tahunbaru.....Marina tak cemburu ke? Marina kat sini hari-hari bakar lilin....Makan hati berulam jantung...

Pada pendangan penulis RPK ni sengaja nak mengelirukan pihak polis tentang kedudukan beliau yang sebenar. Beliau juga mungkin sedang cuba untuk "melindungi" pihak yang sedang menyembunyikannya.

3 comments:

  1. dia main pelacur polan/chez/rusia mmg murah...compare dgn UK..

    balik umah kena potong kotenya..

    ReplyDelete
  2. Apa yang pasti RPK sudah hampir pasti masuk ke dalam perangkap kerana perangkap tidak pernah lupakan pelanduk apatah lagi dengan perangai pelanduk yang suka memburukkan negara melalui negara lain. Kasihan pelanduk kerana ego tidak bertempat dan pelanduk tidak patut berfikir ianya secerdik si kancil.


    http://airmata-darah-keringat.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam Isac, inilah manusia yang paling takbur, riak yang pernah ditemui....... apakah manusia macam ini yang menjadi idola sebahagian uamt Melayu Islam dalam negara ini ?...... kalau Nik Aziz mengatakan 'tak po' pada syaitan ini entahlah......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.