4 Jan 2010

Penggunaan Perkataan Allah Oleh Kristian - Masa Untuk Bersatu!!!!


Ada hikmat/hikmah disebalik keputusan mahkamah tinggi membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat kristian.
Samada masyarakat Islam di Malaysia mahu mengambil kesempatan ini sebagai waktu yang paling sesuai untuk bersatu-padu di dalam menunjukkan kesepakatan mereka dan memberikan isyarat yang jelas agar jangan sekali Islam diperkotak-katikkan, setidak-tidaknya di bumi Malaysia. Persoalan ini perlu dijawab oleh semua umat Melayu/Islam di bumi bertuah ini.
Ini bukan masanya untuk berpolitik, apatah lagi di dalam keadaan maruah kita sedang dicabar. Kita bukan mahu mengambil hak orang lain, yang kita pertikaikan mengapa hak kita pula hendak dirampas. Dalam hal-hal sebegini terutamanya yang bakal "mempertaruhkan" keislaman jenerasi kita yang akan datang, kita perlu bertegas. Kita kena seirama/senada di dalam mezahirkan pendirian kita.
Apalah gunanya Islam sebagai agama resmi dan perlembagaan negara menghalang apa juga bentuk dakyah (dakwah) agama lain terhadap umat Islam di negara ini, sekiranya dakyah secara "halus" tetapi amat bahaya sebegini tidak mahu dihalang. Kuasa dan perlembagaan menyebelahi kita mengapa kita tidak kuat-kuasakannya? Apakah masih ada di kalangan kita yang buta mata hati?
Jika orang yang bukan berpendidikan agama seperti Khalid Samat dan Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin kita boleh maafkan, kerana mereka sememangnya jahil..., Tetapi bila tokoh-tokoh agama seperti TG Nik Aziz dan Dr Asri juga "merelakan" pengunaan perkataan Allah dalam dakyah oleh agama-agama lain, itu amat sukar untuk kita terima.
Ini adalah masanya untuk kita bersatu, kita cuma mahu mempertahankan akidah anak-cucu kita, jestru itu tinggalkanlah politik yang sempit dan apa juga bentuk kepentingan keduniaan. Jangan sampai nasib umat Islam di Malaysia mengalami nasib yang sama seperti "Melayu" Singapura maupun nasib rakyaat Palestin!!!!!

2 comments:

  1. Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

    Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.

    Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya.

    Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri.

    Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.

    ReplyDelete
  2. saya juga bersependapat dgn kenyataan bumiyang bahawa sememangnya teramat besar hikmahnya dgn keputusan mahkamah yg membenarkan kalimah Allah di pergunakan oleh masyarakat kristien....Tuhan telah memberi ruang kpd rakyat malaysia dan khusus kpd bangsa melayu yg beragama islam melihat serta menilai siapakah yg benar2 memperjuangkan islam dan siapakah yg hanya mempergunakan islam demi kepentinga diri sendiri...sebagai salam persaudaraan sesama islam marilah kita bersama2 bulatkan tekat, buangkan segala percanggahan pendapat serta berjabat tangan mengimarahkan tali salitulrahim demi memperkukuhkan perpadua menentang segala kejahiln dan sama sama kita kembali ke jalan Allah!!!...."ALLAH" adalah TUHAN kepada seluruh penganut agama islam yang mutlak serta kekal abadi,tidak boleh dikongsikan dgn agama2 lain...utk penganut agama kristien "GOD" adalah Tuhan bagi mereka...jadi jgn lah kita terkeliru dgn apa yg telah termaktub sejak dari azali lagi...ummi merdeka said

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.