3 Jan 2010

Dengar Cerita DSAI Nak Anjur Demostrasi Lagi!!!!


Cut & Paste dari Blog "Taipingmali"
Anwar telah gagal dalam rancangan jahatnya untuk mengadakan PRK di Hulu Selangor. Beliau hilang kepercayaan kepada Prof Dr Zainal yang juga bekas Adun BN satu ketika dahulu. Dr Zainal banyak mendiamkan diri dalam isu-isu Anwar dan ini menyebabkan ia perlu disingkirkan. Terbaru dan dalam perancangan Anwar ialah untuk mengadakan satu lagi demontrasi besar-besaran di ibu negara untuk mencari sokongan rakyat bagi menyerahkan satu memorandum kepada YDP Agong supaya mengampunkan beliau dari segala kesalahan dan tuduhan terhadap dirinya.
Ia berkait rapat dengan isu liwat yang akan dibicarakan dalam bulan ini. Anwar terlalu takut dalam tuduhan liwat kali ini. AMK juga telah berusaha mengadakan satu demontrasi LOVE ANWAR di dua lokasi iaitu Permatang Pauh dan Shah Alam. Kedua-dua program tersebut telah tidak mendapat sambutan dan gagal.Demontrasi yang bakal diadakan sebelum kes liwat disebut di mahkamah merupakan usaha terakhir Anwar sebelum disumbat di Sungai Buloh, Kajang, Taiping atau Batu Gajah.
Kepada sesiapa yang mendapat mesej untuk berdemontrasi dalam bulan ini , sila abaikan dan jangan tertipu dengan alasan yang bakal diberi. Jemputan tidak akan menyebut tujuan sebenarnya, kita tidak mahu ada rakyat yang dipelawa naik bas ke ibu negara untuk satu lawatan percuma dan dibayar wang saguhati. Jangan nanti bila dapat RM150 seorang, berebut-rebut untuk turut serta tanpa mengetahui cerita sebenarnya.
Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM) di
1/03/2010 05:21:00 PM
Komen Isac;
Jika ada yang nak buat demo sekarang ni....Buatlah demo bantahan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan pengunaan perkataan "Allah" untuk ganti nama tuhan agama kristian. Itu kalau semua orang Melayu/umat Islam di Malaysia ni nak berdemo ramai-ramai, penulis akan sokong seratus peratus.
Berdasarkan kepada Islam sebagai agama resmi di dalam perlembagaan dan perlembagaan juga menghalang agama lain menyampaikan dakyah mereka (berdakwah kepada orang Islam), maka penulis amat pasti bahawa hakim mahkamah tinggi telah terhilaf di dalam membuat keputusannya.
Jestru itu adalah wajar, demi Islam penganut-penganutnya berdemo untuk melahirkan bantahan. Mudah-mudahan nanti mahkamah rayuan akan memperbetulkan kesilapan ini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.