3 Jan 2010

Harga Gula Naik....Perang Kaum Kapitalis Terhadap Rakyaat Malaysia....



Bukan mudah untuk mengawal harga barang-barang, terutamanya barang-barang keperluan harian. Saban hari kita lihat berbagai-bagai taktik yang dilakukan oleh pihak kapitalis/peniaga di dalam mendesak kerajaan supaya mengikut telunjuk mereka.
Khabar angin yang mengatakan harga gula akan naik, telah bertiup agak lama, dan akhirnya kerajaan terpaksa tunduk juga walaupun pada permulaannya dilihat berkeras untuk mempertahankan harga tersebut. Kita lihat semula kepada sejarah, kenaikan harga beras, ayam, telor, minyak masak, tepung, roti dan lain-lain. Apabila kerajaan bertegas idak mahu tunduk kepada tuntutan para peniaga, berbagai-bagai cara yang yang mereka (peniaga) akan buat seperti membakar anak ayam, melambakkan sayur kobis depan pejabat FAMA, sorok barang, ekport barangan tersebut keluar dan bermacam-macam lagi. Bahkan dalam keadaan sekarang puak Kapitalis berupaya menjatuhkan sesebuah kerajaan yang memerintah dengan hanya menaikkan harga barang keperluan.
Mereka ini terlampau memikirkan keuntungan. Tidak cukup dengan itu, ada pula dikalangan rakyaat yang dengan sengaja menyeludup dan menjual barangan bersubsidi kepada negara-negara jiran. Malah ada ramai pengusaha-pengusaha pam minyak yang menjual diesal bersubsidi kepada pengusaha-pengusaha kilang/industri. Tetapi yang jelas kebanyakkan dari mereka yang melakukan kerja-kerja terkutuk ini adalah daripada warga negara kita yang berbangsa Tionghua. Ini belum lagi yang terlibat dalam rangkaian penyeludupan dadah, menceroboh tanah di Cameron Highland, curi balak, menjadi Lintah Darat/Ah Long, aktiviti pelacuran, judi haram dan lain-lain.
Memang bukan semua yang terlibat, tetapi kesannya kepada rakyaat dan negara amatlah besar. Ironinya apabila memperkatakan tentang subsidi, bangsa Melayu dilihat dengan penuh hina kerana kononnya menjadi rakyaat yang memerlukan "tongkat" dan sentiasa dimanjakan oleh pemerintah, walhal pada hakikatnya "orang lain" yang merampas lebih banyak hak orang Melayu dan menjadi kaya dengan mencuri "subsidi".

1 comment:

  1. Salam Bro,
    Posting yang menarik. Isi yg semakin baik ulasannya semakin mantap. Tajuk juga catchy. Esok aku akan CnP untuk posting aku. Selamat berjaya Bro ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.