2 Jan 2010

Tian Chua Bakal Dikorbankan Demi Menyelamatkan Dato' Seri Anwar ????


Foto: Bersedialah Untuk PRK di Selangor?



Agendadaily
Kemungkinan dua pilihan raya kecil ‘ bom asap’ untuk kes liwat Anwar...
January 1, 2010 : 11.09 PM
Oleh: ROSLAN BIAN
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a


Selain Dr Zainal, ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua juga sudah menyatakan tidak akan merayu lagi jika Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan kesnya mengigit telinga seorang anggota polis pada 27 Januari ini mengekalkan keputusan beliau bersalah.


Beliau pernah memberitahu Agendadaily keputusannya itu bagi membolehkan pilihan raya kecil di adakan di Parlimen Batu. Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000.


Sekiranya mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu, Tian Chua hilang kelayakan ahli parlimen memandangkan dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya.


Cuma yang pelik, Tian Chua sebelum ini berkeras akan mempertahankan diri kerana meyifatkan kes itu adalah fitnah tetapi dengan tiba-tiba, beliau bersedia melepaskan jawatan.

Komen Isac;

Adakah Tian Chua sengaja "dikorbankan" untuk mengalih perhatian umum terhadap kes liwat DSAI? Dalam politik apapun mungkin....Jika benar, adakah Tian Chua menurut "perintah" tersebut dengan rela hati? Adakah pengorbanannya berbaloi? Adakah beliau akan menurut jejak langkah Ezam? Masuk penjara kerana DSAI dan akhirnya "belot" terhadap DSAI?

4 comments:

  1. SLM BRO..TIAN CHUA MMG BUDAK TEMPAT BUANG LEMPIAS ANUWAR. SEMUA KATA ANUWAR DIA KENE IKUT. DIA BKN SAPE2 PUN DLM PKR. CUMA TAU MELALAK BILA DI SURUH, DIAM BILA ANUWAR KATA 'CUKUP'! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. ITULAH BEZANYA PEMIMPIN PR DENGAN UMNO@BN. UMNO@BN WALAU DIDAPATI BERSALAH TETAPI TETAP BERKERAS TIDAK MAHU MELEPASKAN JAWATANNYA. CONTOH CARI SENDIRI...

    ReplyDelete
  3. Dolah....Dolah...DSAI tu ada letak jawatan?

    ReplyDelete
  4. Salam Isac, si Dolah taunya nak kutuk UMNO je... dia sendiri pun hidup hasil dari perjuangan UMNO.... biarkanlah dolah tu dengan sikap hipokrit dan munafiknya....... tak lama lagi dolah tu akan dijemput baca khutbah dalam gereja pulak....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.