6 Jan 2010

Helikopter Baru TUDM - Bakal Kehilangan Enjin?

Helikopter Tentera Darat melakukan penerbangan ehsan dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur, hari ini.
-Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI.
KUALA LUMPUR: Helikopter Tentera Darat hari ini melakukan penerbangan ehsan dari Muar, Johor ke Kuala Lumpur bagi membawa organ yang didermakan kepada pesakit Institut Jantung Negara (IJN).

Jantung dan paru-paru telah didermakan oleh seorang pesakit Hospital Muar yang baru sahaja meninggal dunia, menurut jurucakap Perhubungan Awam Tentera Darat. Beliau berkata penerbangan ehsan itu yang menggunakan pesawat Augusta 109 LOH berlepas dari padang Sekolah Tinggi Muar pada pukul 5.35 petang ini, dan mendarat di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 6.10 petang tadi. Pesawat itu diterbangkan oleh Mejar Mohd Adnan Yakub dan dibantu oleh Kapten Asri Ramli.
Komen Isac
Dengar kata, ini helikopter baru...Dan penerbangan ini merupakan tugasannya yang pertama. Harapan penulis agar helikopter ini tidak akan mendapat nasib yang serupa dengan jet-jet pejuang F 5E negara.

Walaupun penulis selama ini mengambil pendekatan mempertahankan kerajaan, ini tak bermaksud penulis tidak boleh menegur mana yang salah. Yang salah tetap salah dan kesejahteraan/kebajikan rakyaat dan negara perlu diutamakan.

Ada kawan penulis yang berbangsa Tionghua menyatakan pendapat beliau kepada penulis berikutan kehilangan enjin pesawat jet pejuang F 5E baru-baru ini. Menurut beliau, kesalahan terhadap "pengkhianatan" sepatutnya dihukum mati. Memang pada waktu itu penulis terasa tutur-katanya itu agak keras, apalagi kebanyakkan anggota tentera kita adalah berketurunan Melayu.

Rasa simpati terhadap mereka yang sebangsa pasti, sedikit sebanyak tersirat di sanubari. Itulah bezanya kita dengan bangsa lain, sikap pemaaf, baik hati, kesihan, tak sampai hati, dan lain-lain lagi selalu sahaja dengan mudah akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Kini penulis sedar memang hukuman matilah sahaja yang setimpal untuk pengkhianat-pengkhianat negara, kerana ini berkaitan dengan amanah, maruah dan keselamatan negara. Bukan itu sahaja, bahkan kepada pengkhianat-pengkhianat negara, walau dalam bentuk apa sekalipun, sememangnya balasan yang setimpal buat mereka adalah hukuman bunuh. Ini penting untuk dijadikan pengajaran buat sekelian rakyaat.



2 comments:

  1. erk
    helikopetr ni dah lama la,
    x tahu la tahun bila,tapi seingat sy sy selalu beli majalah perajurit & tempur,
    selalu ja sy tgk gambo helikopter tentera darat nih dalam laporan majalah tu,
    so compom ukan 1st job halikopter nih,
    harap maklum

    ReplyDelete
  2. pAS, PKR dan DAP kata helijopter tu tak boleh terbang dan kalau terbang tak boleh mendarat kerana hargnya terlalu mahal.....betul ke....sebab dulu heboh pasal kapal selam tak boleh selam.....pasai apa rakyat malaysia suka pelekeh malaysia....tak kena di mana.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.