6 Jan 2010

Enjin Jet Hilang - Dua Orang Didakwa


KUALA LUMPUR: Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM. N Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu. Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Komen Isac;
Di Malaysia industri "besi buruk" sememangnya dimonopoli oleh orang berketurunan India, jestru itu tidak menghairankan sekiranya enjin-enjin jet tersebut boleh "diseludup" keluar dengan mudah. Pasti ramai yang mahu saksikan perbicaraan kes ini nanti untuk mengetahui perkembangannya.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.