5 Jan 2010

Hanya Islam Yang Mengiktiraf Agama Samawi Yang Lain....



Bila ramai ahli agama kita. yang menghalalkan penggunaan perkataan "Allah" oleh penganut-penganut agama Samawi yang lain (Yahudi dan Kristian), asalkan tidak disalah-gunakan, penulis tersenyum sinis. Bagaimanakah perkara ini hendak dipantau? Nak pantau harga barang dan kes-kes murtad yang ada sekarang pun begitu payah nampaknya......Inikan pula bila kita memberikan "lesen" besar kepada "orang lain" untuk berdakyah/menyebarkan agama mereka secara halus dan berleluasa....



Samada kita mahu akui ataupun tidak, agama-agama Samawi yang lain tidak pernah sesekali menerima bahawa agama Islam juga sebenarnya agama yang berasal dari "langit' iaitu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada jin dan manusia untuk dijadikan pedoman.



Walaupun asalnya agama-agama ini juga mungkin menggunakan perkataan "Allah" untuk tuhan mereka tetapi kini, tidak lagi....Justeru itu mengapa baru sekarang ianya mahu diperkenalkan semula? Sebab apa? Untuk apa? Apa tujuannya? Apa muslihat mereka?



Mengapa pula orang-orang Melayu/Islam pula begitu mudah untuk tunduk/menerima permintaan mereka? Bukankah dengan Islam sebagai agama resmi negara dan perlembagaan negara menghalang sebarang bentuk dakyah oleh agama lain terhadap penduduk yang beragama Islam, itu sudah cukup untuk dikuatkuasakan? Mengapakah sabahagian dari kita mahu menjadi jaguh dengan menggadai hak kita yang telah dijamin oleh perlembagaan?



Dalam pada golongan ini hendak menonjolkan diri masing-masing janganlah sampai, "menang sorak, kampong tergadai....". Belajarlah dari sejarah Indonesia, walaupun mempunyai penduduk beragama Islam yang teramai di dunia, tetapi disebabkan perlembagaan mereka yang terlalu liberal umat Islam bukan sahaja boleh berkahwin dengan penganut-penganut agama Samawi yang lain tanpa bertukar agama bahkan meraka juga boleh berkahwin dengan penganut-penganut agama lain, tanpa perlu bertukar agama.



Adakah saranan Dato Dr. Haron Din bahawa menyokong keputusan tersebut boleh membawa kepada kekufuran membuatkan sesetengah ulamak kita seperti Dr. Asri tiba-tiba melenting? Bagaimanakah TG Haji Hadi/PAS mahu mempastikan akhbar-akhbar dari gereja-gereja kristian ini nanti tidak akan tersebar kepada anak-anak kita sehingga boleh mengelirukan dan memesongkan akidah mereka? Waliyazubillah....Nauzubillah hi minzalik....



Mengapa apabila pendedahan tentang ramai umat Islam murtad, semua pihak menyalahkan "Kerajaan UMNO/BN" sepenuhnya, sebaliknya apabila kita berpeluang untuk membasmi dakyah agama-agama lain, ada pula di antara kita yang mahu menjadi jaguh "antarabangsa" dan sanggup menggadai akidah anak bangsa yang sepatutnya telah dilindungi oleh perlembagaan negara.

2 comments:

  1. SALAM BRO ISAC.

    LAMA TAK MASUK KOMEN. DI BLOG AWAK..
    BUKAN TAK SUDI TAPI ABGTUAH KADANG-KADANG BLOG AWAK SEDIKIT LOADING, BERAT UNTUK DI BUKA..

    KENA BUAT SESUATU AGAR PENGUNJUNG TAK LARI.

    OK..BALIK PADA ARTIKEL DI ATAS..KAWAN SETUJU DENGAN PANDANGAN AWAK. KITA KENA TEGAS MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM AGAR TIDAK JADI TERLALU LIBERAL SEPERTI YANG BERLAKU DI INDONESIA..

    JUST KERANA YAHUDI DAN NASRANI PADA ASALNYA AGAMA SAMAWWI KITA NAK NAK BENARKAN MEREKA GUNAKAN NAMA ALLAH DAN AKHIRNYA NANTI KELAK ANAK DARA ATAU TERUNA KITA BOLEH BERKAHWIN TANPA MEREKA MENUKAR AGAMA.

    ROSAK..SUNGGUH ROSAK JADINYA NANTI..

    ReplyDelete
  2. Dalam menangani masaalah kalimah Allah sekarang ini, kita bolih lihat betapa Pas yang mengagungkan merekalah parti Islam sejati dan UMNO murtad, tetapi dalam Pas sendiri kita bolih lihat tidak ada kata sepakat antara mereka. Si murshidul am kata lain, Harun Din kata lain, Khalid Samad kata lain dan Haji Hadi dan Nasaruddin langsung tak kata apa apa. Ini menunjukan yang mereka sendiri tiada pendirian sejati dalam mempertahankan agama ALLAH. Ini kah yang mereka laungkan "berjuang untuk Islam"? Dimanakah kewarasan pemikiran setiap pengikut2 Pas. Disebalik itu pula bolih bersekongkol dengan puak puak pelampau dalam Pakatan Rakyat untuk menghalalkan tuntutan gereja katolik.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.