5 Jan 2010

Kata-kata Ulamak Yang Berpolitik Tetapi Masih Teguh Intergritinya......



Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah Allah: Haron Din http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6327947.asp


BANGI - Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.



Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini. “Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam. Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.



Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord:dalam kitab Injil mereka. “Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil. Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya. Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.




Komen Isac;



Berkatalah benar walaupun pahit. Walaupun bakal kehilangan "undi" dari sekutu yang sentiasa sahaja menunggu peluang untuk "membaham" kita.....Inilah perbezaan di antara ulamak politik dan ulamak yang menjaga intergriti institusi ulamak. Mainan "politik" halus "orang-orang" yang sentiasa mahu menghancurkan Islam.



Jika kita melatah kita akan di cap sebagai "pelampau agama", mengamalkan sikap "perkauman", "pengganas" dan lain-lain.... Bersatulah sebelum terlambat.....Tunjukkan kesatuan kita, masalah ini boleh diselesaikan....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.