13 Jul 2009

Jamaah Tabligh Lebih "Islam" Dari Pas ? - Dari Sudut Perpaduan Ummah

Jumaat 11 Julai 2009
Dipetik Dari Berita Harian Online
NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masa bersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu. Perdana Menteri yang tiba jam 5.10 petang terus menunaikan solat Asar di kawasan khemah terbuka bersama anggota jemaah tabligh. Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan peserta. "Saya mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua, Semoga Allah merahmati dan menjadikan kita umat yang berjaya," katanya.
Perdana Menteri Dato' Seri Najib bersalaman dengan anggota tabligh ketika menghadiri Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di tanah lapang bersebelahan dengan Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Najib Kemudian menghabiskan masa kira-kira 30 minit bermuzakarah bersama ahli syura jemaah tabligh. Antara mereka ialah Sheikh Mohamad Ali. Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan memasuki khemah khas untuk tetamu kehormat. Jurucakap jemaah tabligh, Ridzuan Mohd Sagir, berkata mereka yang turut serta dalam muzakarah itu ialah tetamu luar negara seperti Prof Abd Rahman dari India. Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut sama meluangkan masa kira-kira 45 minit menghadiri perhimpunan itu, semalam.

Sebaik tiba kira-kira jam 1.30 tengah hari, beliau mendengar taklimat mengenai majlis itu sebelum menyertai solat Zuhur berjemaah bersama peserta dari 40 negara termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India. "Perdana Menteri bersama ahli syura tidak bercakap mengenai hal keduniaan, sebaliknya membincangkan perkara keimanan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT," katanya. Seorang lagi anggota jemaah tabligh yang turut menghadiri pertemuan itu, Prof Hanim Tahir, berkata Perdana Menteri turut meminta jemaah tabligh ketika berdoa di majlis penutup hari ini, mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara. Terdahulu, pada tengah hari semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama jemaah dari 40 negara, termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin menyifatkan perhimpunan berkenaan yang terbesar di dunia dan bersyukur kerana dapat menghadirinya serta bertemu pemimpin jemaah yang membicarakan soal cinta kepada agama, semangat ukhuwah Islamiah, bersikap sederhana dan usaha menyatukan ummah.

Komen Isac;
Dulu kegiatan jemaah Tabligh ini pernah diharamkan di Melaka oleh Jabatan Agamanya. Antara alasanya ialah mereka ini kurang menjaga kebersihan semasa beriktikaf di masjid2 di negeri tersebut.Begitulah cetiknya pemikiran sebahagian dari kita walaupun mempunyai pendidikan agama yang tinggi. Lawatan PM & Timbalannya ke perhimpunan Jemaah tersebut merupakan pengiktirafan kepada Jemaah Tabligh. Sememangnya apa yang Jemaah ini lakukan sepatutnya disokong dan diberi perhatian.

Sesungguhnya mendirikan masjid2 adalah untuk diimarahkan (dimeriahkan dengan ibadat2) bukan untuk dijadikan sebagai hiasan. Dengan mengimarahkan masjid2 di mukabumi ini, insyallah perpaduan sesama mukmin akan dapat dilaksanakan. Adab pengunjung2nya sepatutnya dipantau dan dinasihati bukan untuk kita melarang mereka ke masjid sama-sekali.

Pernah suatu ketika seorang yahudi masuk ke Masjid dan dengan sengaja membuang air di dalam masjid dengan niat hendak mengotorkan/menghina Islam. Para sahabat segera mahu memukul yahudi itu, tetapi ditegah oleh Rasullullah s.a.w.. Baginda membiarkan yahudi itu menyudahkan "tuntutan"nya. Para sahabat kehairanan, Rasullullah memberitahu jika yahudi itu diganggu ketika dia menunaikan "hajat"nya nescaya akan lebih kotorlah masjid tersebut. Yahudi itu yang terpesona dengan sifat mulia Baginda Rasullah s.a.w. lantas memeluk Islam. Subhanallah...Begitu bertolak-ansurnya baginda.

Jika diteliti Jemaah Tabligh ini juga telah dapat menyedarkan ramai pengikut2nya yang dulunya hanyut dek keduniaan ke jalan Allah s.w.t. yang lurus. Ia dapat menyatukan seluruh umat Adam di bawah suatu gabungan. Waima Pas yang mengaku sebagai sebuah parti Islam juga tidak mampu melakukan apa yang mereka (Jemaah Tabligh) ini telah lakukan dari konsep perpaduan ummah. Sebaliknya Pas dilihat lebih banyak menyemai api kebencian. Adakah Jemaah Tabligh lebih "Islam" dari Pas?
Yang lepas tu biar lah lepas.... Sebagai generasi baru kita pun kurang arif apa yang sebenarnya berlaku pada waktu Pas dikeluarkan dari BN...Masing2 pihak menegakkan kewajaran atas tindakan masing2.Lagipun orang2 yang terlibat ramai yang telah kembali ke rahmatullah. TG Nik Aziz pun sepatutnya membasuh memori duka lamanya itu dengan semangat persaudaraan sesama Islam demi membina perpaduan untuk anak bangsa dan agamanya sendiri. Tiada apa yang rugi.
Orang yang besar hatinya ialah orang yang mahu memaafkan dosa "musuh"2nya." Janganlah marahkan nyamuk kelambu dibakar". Samada mahu diakui atau tidak di Malaysia tanah air yang nenek-moyang kita telah bersetuju untuk dikongsikan bersama kaum2 lain ini Melayu & Islam ibarat aur dengan tebing. Kerana Melayu adalah kaum mejoriti, hilangnya melayu dari bumi ini bermaksud hilang jugalah Islam.
Jika Melayu ditindas, diperlekeh dan dihina itu secara tak langsung bermaksud Islam juga dihina.Jika ada pemimpin2 dari kedua2 parti terbesar Bangsa Melayu ini yang menolaknya...Demi masa depan generasi Melayu/Islam masa hadapan, rakyaat masih boleh merealisasikan impian ini....
Contohi orang2 Cina yang begitu bijak berpolitik demi dominasi mereka ke atas negara ini. Walaupun mereka terpecah di bawah MCA, Gerakan, PKR dan DAP bila masa mengundi suara mereka adalah "sama". Dengan demikian mereka dapat apa yang mereka inginkan.
Cuma kita sahaja yang selalu tertipu dan alpa dek "fatamorgana". Belajarlah dari nasib puak Uighur di Xinjiang, Cina. Betapa deritanya mereka....Sebab itu bagi saya yang penting sekarang Melayu/Islam mesti bersatu!!!!
Pemimpin dan Parti boleh dikesampingkan tetapi survival Agama, Bangsa & Tanahair melebihi segala...Bersatulah Bangsaku!!!!!Sebelum terlewat......

2 comments:

  1. PAS menggunakan Islam untuk kepentingan politk, berbeza dengan Tabliq. Ahli-Ahli karuah Tabliq ikhlas beramal kerana Allah SWT, berdakwah kerana Allah ...................

    ReplyDelete
  2. ooh ye ke...Wartawan tak boleh masuk pasal apa pula ye..

    Islam UMNGOK ada golongan yang boleh dibeza2kan..

    Cis ada tahap dan batas untuk golongan Islam penting ke..

    Atau politik retorik je kah kah kah

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.