12 Jul 2009

Mengatakan Pendaratan Gas Asli dari Sempadan Thailand/Malaysia ke Songkla di Atas Faktor Politik Semata2 Adalah Tidak Adil









Memang lebih molek jika gas asli tersebut dapat dinaikkan di Kelantan. Kerana Kelantan akan dapat banyak faedah dari aktiviti "hiliran". Tapi itu kata kita. Memang jika ditannya kos pemasangan paip ke Songkla ataupun ke Tumpat, mana lebih tinggi? Memang ke Tumpat lebih hampir dan murah. Tetapi kawasan Telaga Gas Asli tersebut berada lebih dekat dengan sempadan Thailand.

Tentulah mereka juga telah memikirkan kepentingan nasional mereka. Lagi pula dari segi pemasaran Songkla lebih strategik kepada Thailand kerana ia adalah sebuah bandar pelabuhan yang telah "established". Kerja2 pengeksportan gas asli kepada mereka akan lebih mudah dan cepat. Bila lebih cepat dapat dieksport, lebih cepat dapat duit...Boleh bayar balik hutang, projek jadi "vible".

Mengapa mereka tidak memilih Narathiwat kerana ianya lebih hampir? Mungkin dari segi kos pemasangan paip, kos ke Songkla adalah lebih mahal sebanyak 3 kali jika nak dibandingkan sekiranya gas asli tersebut di daratkan di Narathiwat. Tetapi perlu diingat kos untuk penambahbaikan infrastruktur, pembinaan infrastruktur baru, pembinaan sistem sokongan dan membina sebuah pelabuhan baru di Narathiwat mungkin kosnya beratus kali ganda lebih tinggi dari kos pemasangan paip.

Tambahan pula pembinaan kesemua itu akan mengambil masa yang lama selain kos yang besar. Sudah tentu Songkla adalah lebih praktikal dan ekonomikal bukan?

Berbalik kepada mengapa kita memasang paip gas ke Padang Besar dan bukanya Kelantan. Cuma apa yang saya nampak untuk mengatakan tujuan menyalurkan gas asli tersebut dari Songkla/Thailand ke Padang Besar atas sebab Politik semata2 juga adalah tidak tepat, keterlaluan, bermotifkan politik dan bersifat berat sebelah.

Apabila gas asli ini (LPG) di salurkan ke Padang Besar, Negara kita/Petronas juga telah dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar kerana jajaran paip LPG ini kemudiannya telah dapat dapat menggunakan Rezab Paip Gas Pertronas Gas dan segala kemudahan yang telah sediada untuk PGU I & II. Iaitu Rezab "Y" grid jajaran paip gas negara.

Selain menjimatkan dari segi kos pemasangan paip yang cuma hanya lebih kurang 85Km panjang (itupun dibiyayai bersama dengan kerajaan Thailand, tempoh pembinaan dan kos pengambilan tanah juga telah dapat dijimatkan dengan banyaknya. Jarak tambahan paip gas dari Tumpat (Berdekatan Kota Bahru) iaitu jika paip gas ini melalui Kota Baharu, Kerajaan/Petronas perlu membina 233Km paip gas asli untuk menyambungkannya ke Kertih (Menghubungkan Grid Gas Nasional).

Jika pilihan ini di ambil sudah pasti projek ini masih belum siap sampai sekarang kerana isu pengambilan tanah di Kelantan akan menjadi isu besar. Lihat sahaja di Pulau Pinang, di mana projek "Pembinaan Keretapi Berkembar" yang sepatutnya memberikan manfaat yang besar kepada rakyaat dan negara telah melalui detik2 sukar apabila Pulau Pinang jatuh ke bawah permerintahan "DAP". Keseluruhan kebaikan dan penjimatan projek TMM ini kepada negara juga sewajarnya diambil kira.

Di dalam membuat sesuatu pertimbangan kita tidak sepatutnya berat sebelah, memihak dan melakukan pertimbangan secara berpilih.

Untuk makluman penulis terlibat secara tidak langsung di dalam kedua2 projek di atas. Nota: Artikel ini pernah "dipostingkan" di Blog Abang Tuah.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.