14 Jul 2009

Perlukah Umno Mengalahkan Pas Di Manek Urai ?

Foto 1: Gambar Kedua2 Calon Adun Yang Bertanding.

Secara peribadi, di atas nama Islam dan perpaduan umat Melayu saya tidak fikir Umno perlu mengalahkan Pas di Manek Urai terutamanya merampas kembali Kelantan dari tangan Pas.
Foto 2: Gambar Poster di Manek Urai.

Kita perlu sedar bahawa umat Islam kini telah semakin terhimpit. Tidak kira di Malaysia maupun di mana2 sahaja di dunia ini. Umat Islam/Melayu di Malaysia perlu akur akan hakikat ini. Kenalilah siapa musuh2 kita yang sebenarnya...Kita perlu berpolitik dengan berhemah dan bijak...Jika kita kalah dan yang menang/memerintah itu juga adalah orang Islam/Melayu dan mereka di lihat berusaha ke arah menegakkan syariaat Islam maka sokonglah mereka.
Yang penting jangan sampai kuasa terlepas dari tangan. Orang politik juga perlu bijak menangani isu ini. Jangan sampai nanti kita umpama Pak Kaduk, "Menang sorak kampong tergadai".

Alangkah molek jika kita dapat menggunakan kelebihan masing-masing untuk saling lengkap-melengkapi kekurangan yang ada. Kembalilah kepada asas, iaitu kita semua adalah umat Islam/Melayu jestru itu kita bersaudara. Di Malaysia Melayu bererti Islam, mengamalkan adat & kebudayaan Melayu serta bertutur Bahasa Melayu. Kita bukan sahaja bersaudara dari segi agama bahkan mempunyai pertalian darah.
Kalau dibandingkan datuk/nenek moyang kita dan raja2 Melayu Pasca Merdeka, mereka ini bagi saya, lebih pemurah dari kaum Ansar yang menerima penhijrahan kaum Muhajirin ke Madinah. Kedua2 kaum ini masih dikira suatu bangsa kerana kedua2nya berketurunan Arab dan kedua2nya beragama Islam. Tetapi generasi kita terdahulu dengan rela hati menerima kaum2 pendatang yang bukan sahaja berbangsa lain tetapi juga bukan dari kalangan orang2 Islam.
Bahkan sejarah juga telah membuktikan bahawa kita menerima dengan hati yang terbuka sesiapa sahaja yang memeluk Islam, mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu sebagai "Melayu". Jestru itu tiada gunanya menunding jari mengatakan sesuatu parti politik itu lebih "Islam" dari yang lain. Ianya hanya akan membawa kepada perpecahan dan kemusnahan umat, waliyazubillah....

Foto 3: Lagi Gambar Perang Bendera di Manek Urai.

Dr. Maza, (bekas Mufti Perlis) dalam Blognya - Minda Tajdid ada menulis sedikit amanat yang bunyinya hampir sama agar "Jangan Jatuhkan Kelantan". Link: http://drmaza.com/home/?p=668
Disiarkan pada Jul 11, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

Menurut beliau, “Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada, amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Mungkin ada dikalangan saudara yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi sebagai orang Islam setiap orang yang mengucap "sahadah" itu masih saudara kita. Kita boleh berlainan pendapat, berbalah dan bertengkar di dalam menegakkan idea dan pemikiran kita, cuma nasihat saya janganlah kita berlebih2. Jika siapapun yang menang dalam pilihanraya Manek Urai nanti, jangalah menjadikan sesuatu parti itu semakin bongkak tetapi semoga lahir rasa syukur dan tawaduk kepada pemberian/kurniaan Ilahi dan moga2 umat Melayu/Islam akan dapat bersatu.

Moga2 Allah s.w.t akan bukakan pintu hati pemimpin2 kita walau dari parti mana sekalipun agar perdamaian dan penyatuan ummah dapat dilaksanakan, amin2 ya rabal a'lamin.













No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.