24 Jul 2014

Pakar Perlembagaan Dr Aziz Bari Cuba Perlekeh Kuasa Sultan Selangor???

Sultan Selangor tidak berkuasa menolak apabila calon menteri begsar yang dipilih parti majoriti kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Menurut Aziz perkara sama berlaku di Sarawak apabila ketua menterinya Pehin Seri Abdul Taib Mahmud digantikan Tan Sri Adenan Satem dan apabila Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

"Peranan istana dalam perkara ini bersifat istiadat dan formal. Seseorang harus memahami makna 'budi bicara' yang digunakan perlembagaan negeri, merujuk kepada keadaan di mana tiada pilihan jelas antara calon yang diberikan," kata Aziz mengulas krisis pentadbiran Selangor dan kedudukan Khalid sebagai menteri besar.

Sumber klik sini. 


Komen Isac;

Beliau cuba untuk menyamakan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan kuasa YDP Negeri Sarawak, satu jawatan yang dilantik berbanding dengan DYMM Sultan Selangor yang mewarisi kuasa memerintah kerajaan negeri melalui keturunan???

Walaupun Sultan dan Raja-raja Melayu raja Raja Berpelembagaan....Pastinya dari segi sejarah, adab dan pertimbangan.....Mereka sudah pasti lebih berkuasa berbanding seorang yang Dipertua Negeri. Dalam konteks perlantikan seorang MB, pastinya sorang Sultan mahupun Yang Dipertua Negeri mempunyai hak budibicara untuk membuat pilihan ataupun sekurang2nya memilih daripada beberapa calon dan bukan dipaksakan ke atas baginda.

Apa kata kita mengimbau sejarah dengan merujuk kepada posting "Bumiyang" terdahulu??? Klik sini.




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.