10 Apr 2014

Laporan Audit Negara 2013: Kerajaan PR Selangor Jimatkan RM 6 Juta Duit Rakyaat???

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor membelanjakan sebanyak lebih RM6 juta untuk 10 unit rumah kerajaan yang jarang digunakan, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2013.



Laporan itu juga mendapati unit rumah kerajaan itu pernah disewa pada sekitar tahun 2010 hingga Jun 2013 tetapi kadar sewa itu jauh lebih rendah berbanding belanja kerja penyelenggaraan dan kos utilitinya yang berjumlah RM6.24 juta.

Laporan tersebut mencacatkan meskipun rumah-rumah tersebut dan dewannya telah digunakan untuk majlis rasmi kerajaan serta program yang dilaksanakan oleh jawatankuasa tetap Dewan Undangan Negeri Selangor, namun sewanya telah dikecualikan. Anggaran sewa itu berjumlah RM150,000.

"Bagi tempoh berkenaan, Kerajaan Negeri telah menanggung sebahagian perbelanjaan kerja penyenggaraan dan kos utiliti berjumlah RM5.89 juta. Selain itu, semakan Audit juga mendapati sehingga 30 Ogos 2013, tanah tapak Rumah Kerajaan masih di bawah hak milik PKNS walaupun bangunan Rumah Kerajaan telah diserahkan oleh PKNS kepada Kerajaan Negeri pada 30 April 2005.

"PKNS masih menanggung cukai tanah bagi tapak rumah kerajaan berjumlah RM8,027 setahun," kata laporan tersebut.

Kediaman di Seksyen 7 Shah Alam itu dibina semasa Barisan Nasional menerajui kerajaan negeri Selangor dengan Datuk Seri Dr. Khir Toyo sebagai Menteri Besar. Sebelum pililihan raya 2008, Pakatan Rakyat mengkritik kewujudan kuarters berkenaan dan ada di kalangan pemimpinnya yang melaungkan mahu menjualnya jika menang pilihan raya negeri.

Selepas pilihan raya 2008 itu dan selepas jadi kerajaan negeri, Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menjual kuarters berkenaan.
audit_selangor
Dalam laporannya, pihak Audit mendapati antara tempoh bulan Jun 2008 hingga Januari 2010, rumah kerajaan dan dewan tidak disewakan kerana tiada permintaan, tetapi antara bulan Februari 2010 hingga Jun 2013, rumah Kerajaan dan dewan telah disewakan di mana bayaran sewa yang diterima berjumlah RM0.17 juta.

Berdasarkan laporan, bagi tempoh April 2008 hingga Ogos 2013 (65 bulan), sebanyak 9 daripada 10 unit rumah kerajaan tidak diduduki dan hanya unit A3 telah diduduki oleh Penasihat Undang-undang Negeri sehingga bulan November 2011.

Berikutan itu, pihak Audit berpendapat kerajaan negeri Selangor tidak memperoleh nilai terhadap perbelanjaan yang dikeluarkan (value for money) kerana kediaman yang disediakan tidak dimanfaatkan sepenuhnya, serta mereka perlu menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi.
 
Sumber klik sini dan sini.


Komen Isac;


Kerajaan Selangor BN, Membina 10 unit Bunglow Untuk para Exco Selangor pada harga RM 10 Juta dikatakan Mahal!!! Sebaliknya Kerajaan PR Selenggara 10 unit Bunglow, RM 6 Juta Murah Ke???

Ironinya lot yang diduduki cuma sebuah sahaja daripada 10 buah banglow kesemuanya....

Jimatkan duit rakyaat???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.