20 Jan 2014

Gempar!!! Sebab Sebenar Mengapa Pihak Gereja Mahu Gunakan Kalimah Allah Dalam Bible???

Akhir nya tembelang kenapa pihak gereja Kristian mahu menggunakan kalimah Allah terbongkar!!!

News – 17/1/14 – Sungguhpun penduduk beragama Kristian merupakan 9.1 peratus berbanding dengan penduduk Islam, 60.4 peratus yang menjadi warganegara Malaysia, namun komuniti Kristian menuntut ruang yang sama rata untuk berdakwah di negara ini.

Paderi Dr Hermen Shastri, setiausaha agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia ( CCM ) yang merupakan badan induk Prostestan Malaysia dilaporkan themalaymailonline.com mendakwa adalah tidak adil jika bukan Islam dilarang untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat Islam, sedangkan dalam masa sama perkara sebaliknya berlaku.

Menurutnya kedua-dua pihak, Islam dan Kristian perlu berhenti menyebarkan kepercayaan mereka kepada pihak lain untuk mengelakkan ketegangan perebutan kalimah “Allah.”“Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman ,”katanya dalam forum Kebebasan Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari.

Artikel 11 (4 ) Perlembagaan Persekutuan melarang masyarakat bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada umat Islam telah digunakan sebagai asas untuk pelbagai undang-undang negeri di seluruh Malaysia – kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan – untuk mengharamkan bukan Muslim menggunakan perkataan dan frasa Bahasa Arab tertentu, termasuk perkataan “Allah” .

Pada forum yang sama, Dr Ahmad Farouk Musa \, Pengerusi Islam Renaissance Front (IRF) bersetuju dengan pendapat Paderi Dr Hermen dengan mendakwa halangan itu merupakan satu bentuk penindasan. “Jika saya tinggal di Australia, dan (kerajaan) Australia mengatakan bahawa saya tidak boleh berkongsi kepercayaan saya dengan rakan-rakan saya, saya akan berasa seperti ditindas.

“Mengapa (masyarakat Islam Malaysia) tidak boleh merasakan perkara yang sama. Rasa apa yang saudara Kristian kita rasa apabila mereka dihalang daripada berkongsi apa yang mereka percaya. Hanya kerana kita majoriti di negara ini, kita boleh lakukan apa yang kita suka ? Itu salah, ” katanya.

Artikel berkaitan klik http://www.anwaraidc.com/?p=43228.


Komen Isac;

Mereka lupa, bahawa perlembagaan negara ni berasaskan kepada agama Islam sebagai agama resmi dan jika kita rujuk kepada perlembagaan Australia yang berasaskan kepada agama Kristianpun, tiada agama lain yang boleh sesuka hati mahu menukarnya berasaskan kepada agama nenek-moyang mereka. Rujuk sini.

Mereka yang kononnya berselindung di sebalik hak samarata dan liberalisasi agama.

Jadi dari pendedahan Paderi Dr Hermen Shastri jelas menunjukkan bahawa penggunaan Kalimah Allah dalam Bible adalah semata2 bertujuan mahu menyebarkan dakyah agama Kristian kepada orang2 Melayu/Bumiputera yang beragama Islam. Kerana mereka yakin dengan menggunakan kalimah Allah, maka dakyah2 mereka ini akan lebih senang disampaikan dan lebih mudah mempengaruhi orang2 Melayu/Bumiputera beragama Islam.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Nak berdakwah Kristian silalah pergi dan pindah ke negara-negara mana yang mereka boleh lakukan. Malaysia ada perlembagaannya. Silalah keluar dengan hormatnya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.