31 Dec 2013

Gempar!!! Che’GuBard Dedahkan Presiden Pas Kaki Fitnah???


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.

Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Saya Badrul Hisham Bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard telah bertanding di kerusi N21 Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. Walaupun kerusi tersebut ialah kerusi PKR (tahun 2008 ditandingi PKR) tetapi kerusi tersebut telah turut ditandingi oleh calon PAS.

Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :

1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan.

2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda.

3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis.

Jelas saya antara calon yang dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS ?

Saya tidak hadir lewat ke Pusat Pencalonan maka saya antara yang dituduh oleh Tuan Guru sebagai penjual pil kuda atau berfahaman komunis atau kedua – duanya sekali.

Saya menganggap tuduhan itu berat bukan hanya ketika berperang (Pilihanraya Umum) Tuan Guru membekalkan peluru kepada musuh tetapi tuduhan tersebut yang diambil menjadi berita utama oleh media tidak pernah dibetulkan oleh Tuan Guru sehingga kini.

Gambar saya turut disiarkan bersama kenyataan Tuan Guru dan antaranya menjadi tajuk muka depan. Sedarkah Tuan Guru dengan prosedur yang beban membuktikan ialah beban yang ditanggung oleh pembawa tuduhan.



Komen Isac;

Dia melebel pemimpin parti Islam sebagai pemfitnah??? Wow!!!

Mengikut hukum hudud jika menuduh tanpa bukti seseorang boleh dihukum sebat sehingga 80 rotan dan persaksiannya tidak akan diterima sampai bila2 dalam mana2 kes selepas itu.

Tapi apa yg mahu dihairankan....

DS Anwar Ibrahim pun selalu melemparkan fitnah....Fitnahnya tentang 40k pengundi2 hantu yang dijaja dalam rapat2 umum Blackout 505 di seluruh negara akhirnya dengan selamba dinafikan sendiri oleh beliau.

Wan Azizah yang memfitnah kerjaan Malaysia pimpinan Tun Mahathir menggunakan racun arsenik untuk meracun suaminya.dan akan menyuntiknya dgn virus HIV juga tidk pernah meminta maaf.

Hj Hadi rekodnya pun bukan baik sangat... Lihat sahaja "Amanat Hadi".

Nik Aziz banyak ftwa peribadinya yang membawa kerosakkan terhadap umah...

DAP pulak...lagi lah teruknya.... Kalau diikutkan oleh mereka semua yang kerajaan BN mahu buat sejak dulu lagi...dari lebihraya PLUS, Menara Komtar, Jambatan Kedua ke Singapura, Jambatan Pulau Pinang, Putrajaya dll projek2 mega yang lain semuanya mereka bantah....

Tetapi kini mereka mahu menguasai negara dan "Mempusakai" segala pembangunan yang telah diusahakan oleh BN...



posted from Bloggeroid

30 Dec 2013

Mas Kahwin Naik Pun Salah Najib???

Dari zaman TS P. Ramlee lagi pun X pernah naik...

Sedangkan index inflasi pun naik sekitar 4-5% setahun...

Kalau zaman P. Ramlee muda2 tu dah 50 tahun pun sepatutnya ianya sudah meningkat sekurang2nya 250%.

Tapi gara2 jentera kabinet yang gagal menerangkan sesuatu isu dengan baik dan di samping propaganda oleh Red Bean Army dan pemimpin2 Pakatan Rakyaat, apa juga kenaikkan barangan dan perkhidmatan maka rakyaat akan dimomokkan semua sebagai salah kerajaan BN...

Bila lah fenomena ini akan berakhir...

Ironinya walaupun telah ditipu berkali2 oleh pemimpin2 PR dan media2 barunya rakyaat yang sedang marah oleh berita2 kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan dilihat begitu mudah terpedaya dan termakan hasutan mereka.

Sumber klik sini.

29 Dec 2013

Larangan Guna Kalimah Allah Oleh Agama Lain di Selangor Dilanggar???


AIDCNews – 23/12/13 – Kalimah Allah masih digunakan oleh masyarakat Kristian di Selangor, lapor blog jawaber6 yang digunakan dalam satu forum di salah satu hotel di Bandar Di Raja Klang, Selangor semalam.

“International Full Gospel Felowship Keluarga Allah Klang, Satelit Nilai & Salelit Puchong. ‘Dari dalam gelap akan terbit terang’.” begitulah kenyataan yang terpapar di latar belakang pentas di dalam sebuah dewan hotel berkenaan.

Menurut jawaber6 forum itu diadakan di Hotel Gold Coast, Bandar Di Raja Klang, Selangor, forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang, Nilai dan Puchong.
 
Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi negeri Selangor adalah dilarang selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi satu titah khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais pada 14 November lalu menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Sumber klik sini. 


Komen Isac;

Selagi orang2 Melayu/Islam masih tidak bersatu... Cabaran2 sebegini akan terus-terusan berlaku...

28 Dec 2013

Gempar Kerajaan Negeri Pulau Pinang Halalkan Semua Pinjaman Pendidikan???

Peminjam2 sediada X perlu bayar???

Semua ditukarkan kepada biasiswa dan dermasiswa???

Ini perlu dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang supaya ianya selari dengan manifesto PR yang mahu menghapuskan pinjaman PTPTN sekiranya berjaya menawan Putrajaya!!!

Yang kononnya mahu memberikan pendidikan secara percuma sehingga ke peringkat universiti.

Sumber klik sini.

27 Dec 2013

Majoriti Tempat2 Pertemuan Gerakan Gulingkan Kerajaan di Gereja2 ?

Sudah lah peserta2 digalakkan memakai topeng pejuang gereja katholik malah tempat2 perhimpunan pun adalah di gereja2 sekitar Kuala Lumpur???


Apa motif Pakatan Rakyaat yang sebenarnya???

Cuba menjinak2 kan penyokong2 Pas dengan gereja ataupun mahu mencetuskan perperangan antara agama???
 


posted from Bloggeroid

Seperti Biasa Guan Eng Enter Frame???



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama (dari kiri) Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guna Eng bersama-sama merasmikan sambutan perayaan Krismas peringkat kebangsaan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam Dec 25, 2013 6:40 pm


Komen Isac;

Walaupun selalu mengkritik dasar2 kerajaan pusat secara terbuka, tetapi yg pasti Guan Eng tidak akan ketinggalan di dalam menyertai program2 anjuran kerajaan pusat.

Memang bijak mamat ni....

Dia tahu tanpa bekerjasama dengan kerajaan pusat tiada pembangunan yang dapat dilakukan sendiri oleh kerajaan negeri terutamanya projek2 infrastruktur bersekala mega.

Malah peruntukkan penyelenggaraan jalan di peringkat negeri pun adalah pemberian kerajaan pusat.
posted from Bloggeroid

Elakkan Rusuhan Menjelang Tahun Baru!!!

Sumber klik http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kumpulan-remaja-serang-kereta-polis-1.234220



Bila dah berlaku mcm ni nak salahkan siapa???

PR sering menyemai semangat kebencian dan gemar membawa
A perjuangan yang mereka sering gagal ke rusuhan2 di jalanraya2...

Adakah ini merupakan satu latihan kepada rapat umum yang bakal membawa kepada rusuhan untuk menggulingkan kerjaan persekutuan pada malam 31 Disember nanti???

Jika benar, penulis berharap pihak polis akan bertindak tegas untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.
posted from Bloggeroid

Orang Islam Tidak Boleh Mengucapkan Merry Christmas???

Owh...

Tak boleh beri ucapan...

Tapi boleh menghadiri celebrattion Christmas Eve di gereja???

Sumber klik sini.

25 Dec 2013

Rafizi Perlu Buktikan Beliau Bukan Kaki Fitnah!!!


Sumber klik sini.

Penerangan panjang lebar tentang pembohongan Rafizi bahawa kerajaan BN menggadai harta negara untuk mengurangkan hutang dan defisit negara klik sini.sini.

Gempar!!! Dakwaan Kononnya Kerajaan Pusat Menjual Aset Untuk Menampung Perbelanjaan Negara???

Kalau diajukan soalan tersebut kepada penulis, jawapannya apa yg hendak dihairankan....

Setiap kerajaan ada strategi dan pendekatan masing2....Lihat sahaja Selangor, antara sebab utama kerajaan negeri berjaya meningkatkan rezab kerajaan negeri adalah dengan menjual banyak bangunan2 milik kerajaan negeri, tanah2 untuk dimajukan.....Tanah rumah anak yatim di Pandan pun dijual untuk di majukan...Institut latihan Kemahiran Perindustrian milik kerjaan negeri yang tidak menguntungkan walapun di zaman pemerintahan BN ianya diwujudkan bukan untuk keuntungan tetapi demi untuk melatih belia2 Melayu/bumiputera telah dihentikan operasinya malah juga diberitakan akan dijual.

Duit yg diberikan oleh kerjaan pusat untuk penyelenggaraan rangkaian jalan di negeri tersebut juga tidak digunakan sebayak RM 300 juta (sila rujuk laporan audit negara) sebalikknya telah disimpan dan dimasukkan dalam rezab kerajaan negeri.

Penjualan bangunan dan asset adalah salah satu strategi yg pernah digunakan oleh Mas dan syarikat2 lain terutamanya yang menghadapi masalah kewangan, untuk memindahkan hutang kepada syarikat baru yg ditubuhkan yang akan membuat pinjaman bagi membeli asset2 ini.

Kemudian asset2 ini akan disewa semula oleh Mas holding. Konsep yg sama. Dgn berbuat demikian akuan syarikat induk akan "nampak" bersih. X ada hutang. Segala hutan2 dipindahkan ke syarikat yg baru. Duit penjualan aset2 tadi akan dimasukkan ke dalam syarikat induk dan ini akan melihatkan ianya seolah2 banyak wang. Syarikat induk tadi akan membayar sewa bulanan kepada syarikat baru yang mengambil pinjaman untuk membeli aset2 tadi.

Ini namanya "do some ironing of the account". Bila akaun syarikat induk sudah menjadi positif dan kelihatan kukuh. Lebih banyak pinjaman boleh dibuat.

Ironinya buat kerajaan negeri selangor bila rezab dlm akaun dah dilihat meningkat dan cantik....walaupun ia sebenarnya hanya akaun kosmetik, gaji para exco dan anggota sidang DUN dicadangkan untuk dinaikkan sehingga 300% atas alasan kenaikan taraf hidup dan kerajaan negeri telah berkhidmat dengan baik.

Terserah bagaimana tuan2 melihatnya. How u are seeing things and how you interprete them.

Cuma nasihat penulis supaya jangan cepat tertipu dengan mainan politik pihak pakatan rakyaat!!!!

posted from Bloggeroid

24 Dec 2013

Wahid Difitnah Malaysian Insider/Read Bean Army???


Malaysian Insider pun dah nak jadi macam Read Bean Army memfitnah Menteri2 kerajaan?



Adakah anda betul2 percaya bahawa semua kenyataan2 Pak2 Menteri yang boleh menyakitkan hati ini sememangnya kenyataan menteri2 terbabit atau sebenarnya sengaja disensasikan oleh media2 pro Pakatan Rakyaat dan Read Bean Army untuk membakar sentimen supaya rakyaat memarahkan kerajaan BN??? Wahid yang bukan orang politik pun terbabit sama.....

Supaya rakyaat yg ditipu ini turun ke jalanraya2 dan cuba menjatuhkan kerajaan yg dipilih rakyaat???

Jika ianya sememangnya propaganda suatu pihak yabg cuba menghuru-harakan negara anda pasti tahu siapa dalang di belakangnya bukan? Menggunakan modus operandi yang sama.



posted from Bloggeroid

23 Dec 2013

DBKL Dah Kurangkan Kenaikkan Cukai Pintu - Rakyaat Selangor Bila Pulak Nak Berdemo???



Bila DBKL berura-ura menaikkan cukai pintu atas alasan taksiran harga hartanah di Lembah Kelang telah meningkat tinggi, pemimpin2 PR menjadi lebih sudu dari kuah....

Tetapi bila pula agaknya pemimpin2 PR mahu menolak kenaikan cukai pintu di Selangor yang dikatakan dinaikkan sehingga 120% agaknya ya???

Mungkin ada baiknya buat penduduk2 di Selangor daripada membuat demonstrasi pada 31/12/2013 ini untuk membantah kenaikan harga barang sepertimana yang dianjurkan oleh PR, lebih baik mereka berdemonstrasi mengesa agar kenaikan cukai pinti di Selangor ditarik balik!!!

Sumber klik sini.

Sejak Bila Pulak Pas Tukar Warna Bendera Mereka???

Ini bendera Bangladesh sebenarnya sempena perayaan kemerdekaan negara tersebut baru2 ini. 

Jangan nanti ada yang perasan foto di bawah ini adalah gambar penokong2 Pas pulak...



posted from Bloggeroid

22 Dec 2013

Jenaka Ku Nan Tentang Wanita dan Cukai Pintu Ada Logiknya???


Kalau sesiapa yg belajar highway engineering....pasal tangibles dan intangibles benefit. ...atau pun sesiapa yang berpeluang buat Master in Construction, Master in Project Management ataupun berpeluang mengaplikasi CBA - Cost & Benefits Analysis dalam apa2 projext feasibility studies. Cakap Ku Nan ada benarnya.

Terutamanya dalam projek infrastruktur contohnya pembinaan lebuhraya....selain kira kos pembinaannya dengan faedah secara langsung (tangibles) seperti faedah kepada sektor ekonomi seperti pengeluaran hasil ekonomi, peluang pekerjaan, kenaikkan harga tanah dll pulangan dan kos secara tidak langsung (intangibles) juga akan diambil kira.

Antara "joke" yg biasa digunakan oleh para pensyarah ketika mengajar subjek ini ialah...dengan adanya lebuhraya2 baru, anak2 dara di kawasan terbabit akan berpeluang dikenali oleh jejaka2 tampan yang melalui kawasan berkenaan. Wang hantaran akan naik, taraf hidup keluarga yg terlibat akan naik kerana jejaka2 dari kawasan lain kemungkinan berpelajaran dan berpendapatan tinggi. Pastinya bagi yang cantik dan pandai bersolek, peluang mereka akan jauh lebih baik.

Jestru di mana silapnya "jenaka" Ku Nan ?Tak kan pulak ada pembaca yang mahu mengaitkan jenaka Ku Nan dengan melanggani pelacur?

Buat yang berfikiran sedemikian, jangan cepat hendak menuduh...

Bukan anda sahaja yang menunaikan solat....


posted from Bloggeroid

21 Dec 2013

Untuk Maju Seperti Singapura Biarkan DAP Memerintah Malaysia???

Persoalan ii penulis petik dari whatapps group.

"Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.
Very good write up pls read this without prejudice.
"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.



Komen Isac:

Yg ni jawapan yg kawan dapat fikirkan,
Sejak sekian lama, pelabuhan Singapura merupakan pelabuhan Prima dan pelabuhan2 kita cuma sekunder port.
Semua Kapal2 super postpanamax cuma masuk ke Singapura... Kini kapal2 Superpost Pamnamax boleh membawa sehingga lebih 10,000 TEUs (ten equivalent unit). Satu kontena standard berukuran 20 unit kaki.
Kapal2 super postpanamax x masuk ke pelabuhan2 sekunder di Asia Tenggara.

Tetapi dengan adanya PTP kita telah sedikit sebanyak dapat memecahkan monopoli tradisi pelabuhan Singapura...
Perdagangan di dalam dunia bukan senang untuk kita pecahkan monopoli yang telah terjalin ratusan tahun...Malah sebahagian daripadanya juga samada mahu kita akui ataupun tidak berasaskan kepada konsi gelap.
Kapal2 lebih kecil akan masuk ke pelabuhan2 negara2 Asia dan bawa balik ke Singapura...Baik intuk eksport mahupun import. pelabuhan2 di sekeliling Singapura hanya merupakan feeder kepada pelabuhan Singapura.

Bayang setalah beberapa ratus tahun, barapa banyak Singapura telah mendapat nikmat daripada urusan import/eksport Asia Tengara dengan seluruh dunia.
Kita bertindak agak lambat sebab PTP cuma beroperasi sekitar awal tahun 2000.
Tetapi berniaga pun umpama kongsi gelap kerana bukan mudah hendak memecahkan monopoli. Buktinya masih banyak syarikat2 asing yang menjadikan Singapura sebagai pejabat cawangan Asia Pacific mereka sejak turun temurun.
Mearsk dan Evergreen antara pengusaha2 kontena besar yang kita telah berjaya  membawa mereka berpindah ke PTP.
Penulis pernah menonton satu documentari yg menunjukkan kononnya Lee Kwan Yew memajukan Singapura dari sebuah perkampungan nelayan.
Kononnya selepas berpisah dgn Malaysia. Polis yg menjaga beliau pun adalah ihsan Malaysia....Nak tunjuk dia miskin. Tapi selepas tu beliau berjaya menjadikan Singapore sebuah pelabuhan entraport dengan tangannya sendiri.
Isu air. Ianya ditandatangani sejak zaman British. Sebab itulah Kedah perlu meneliti kontrak air dgn Penang kerana sejarah mukan akan berulang.

Kepala hotak dia...
Singapura sudahpun menjadi sebuah pelabuhan entraport semenjak Raffles "membuka" Singapura pada 1819....
Sejak itu ia langsung tidak menoleh ke belakang dan terus pesat membangun... Semasa di dlm Malaysia pun pemimpin2 kita masa i tu tidak terfikir mahu membina pelabuhan prima lain disebabkan kita dah ada Singapura...Siapa sangka pulau yang terletak pelabuhan antara terbaik di dunia milik Tanah Melayu sejak ratusan akan terlepas begitu sahaja.

1963-1967 pun bukannya suatu tempoh yang lama. Kita terus menambah pembangunan di Singapura yang telah sediada rangkaian perniagaan dan pelabuhan dengan dengan pelabuhan2 utama dunia . Yg sebelum tu telah establish sejak beratus tahun.
Kenapa kita X bangunkan pelabuhanan2 lain setaraf Singapura selepas itu? 

Sebabnya kita X jangka Singapore akan terlepas begitu sahaja...

Lagipun bukan mudah nak dapatkan tempat yg strategic dari segi pelayaran, terlindung dari monsoon, dan boleh occupy drought super pospanamax sedalam 16-20m pada setiap masa dan kos yg besar.
Kalau kita kaji sejarah. Inggeris buka Pebabuhan Singapura sebab nak lawan pelabuhan Melaka yang ketika itu dibawah kuasa Belanda.
Yang terbaik jika kita buat masa ini kita dapat buat terusan di segenting Kara dan buat pelabuhan di sana secara usaha-sama dengan kerajaan Thailand. 

Ianya akan mengurangkan masa pelayaran kapal2 dagang dan boleh pecahkan monopoli dgn senang. Kerana ianya boleh mengurakan masa pelayaran kapal2 laut yang sudah pasti akan mengurangkan kos. Jika ini dapat dilakukan kita akan dengan mudah dapat memecahkan monopoli pelabuhan Singapura.
Tulisan2 sebegini yg cuba merendah2kan pemimpin kita dan mahu menonjolkan LKY kononnya pemimpin2 Cina lebih baik jestru serah pemerintahan negara kepada DAP.
Masa sekolah lagi penulis memang minat sejarah tentang pelabuhan, bili bekerja pernah terlibat dengan kajian hidrulic dan EIA yang melibatkan pembinaan pelabuhan baru dan juga pernah terlibat dan berpeluang dalam pembinaan PTP. 

Walaupun pada waktu itu setakat jurutera cabuk. Kawan tertanya2 kenapa kita ada tempat yg cantik boleh sedikit sebanyak mengugat Singapura, tetapi kita baru start buat hujung 90an...
Sebelum itu kita lebih tertumpu di Pasir Gudang tapi ternyata PTP lebih stratigik.

Tulisan di atas  penulis kira cuba mengaggong2kan LKY dan mahukan kita serahkan pemerintahan negara ini kepada DAP kononnya supaya lebih maju.

Apapun sebelum berbuat demikian fikirlah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Selatan Thai, Filipina, Singapura juga kepada golongan minoriti Islam yang diperintah oleh orang2 kafir!!!

Andah mahu memperjudikan nasib anak-cucu kita???

Jangan sesekali kita terpedaya dengan propaganda red bean army!!!

posted from Bloggeroid

20 Dec 2013

Dalang Sebenar Yang Menandatangani Perjanjian Konsesi Lebuhraya Bertol???



Seperti biasa, apa sahaja perkara yang dibuat oleh kerajaan BN akan dikatakan menindas kepentingan rakyaat seperti perjanjian dengan IPP, GST dan lain2 tetapi apabila disiasat menteri yang bertanggung-jawab ke atas perjanjian konsessi tersebut ternyata adalah Anwar sendiri.

Selepas beriya2 menghentam kerajaan BN gara2 ura2 kenaikan harga tol di lembah Kelang pada tahun hadapan. Negara telah dikejutkan bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan PR juga bakal mengaut keuntungan hasil kenaikan tersebut kerana kerajaan negeri Selangor memiliki 20-30% ekuiti dalam syarikat2 konsesi lebuhraya2 yg terlibat.

Terbaru katanya Menteri Kewangan yang bertangung-jawab menandatangani perjanjian konsesi lebuhraya2 yang dikatakan berat sebelah dan menindas rakyaat itu rupa2nya ditandatangani oleh Anwar Ibrahim

posted from Bloggeroid

Kenapa Korea Kini Lebih Maju Berbanding Malaysia???

Penulis terjumpa perbincangan berkaitan "KOREA SELATAN DAN MALAYSIA" di Watapps group dan membicarakannya di sini...

"Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macam ni."
Tuan tuan kaji dan fahami .. Saya ceduk dari group yg lain.. Yg byk berbincang lebih kpd hala tuju dan success story yg negara lain.. Yg satu ketika lebih mundur dari kita.. Di masa krisis ekonomi..

Komen Isac;

Mungkin tuan2 boleh tambah.
Rakyaat Korea memang dahsyat... Tanpa subsidi daripada kerajaan mereka bahkan sanggup mengeluarkan wang simpanan sendiri dan menggadai barangan kemas milik anak perempuan, isteri, emak dan nenek mereka untuk menebus hutang kerajaan Korea kepada IMF. Masih ingat perkara tersebut pada penghujung 90an ???

Sebaliknya bekas pemimpin negara iaitu pemimpin pujaan ramai, lelaki anugerah tuhan iaitu DSAI mahu menggadaikan masa depan anak-cucu kita dan negara kerana mahu kerajaan ketika itu meminjam daripada IMF.
Kerajaan pimpinan DS Najib sedang mempertingkatkan pendapatan perkapita negara...Adakah tuan2 terutamanya yang berumur 40-60an X nampak proses tersebut???

Di zaman Tun Mahathir, beliau mengambil pendekatan pemberian subsidi untuk membela nasib pekebun2 kecil dan penduduk2 luar bandar yang rata2nya Melayu, Bumiputera dan masyarakat kaum India. Gaji kaki tangan awam hanya dinaikkan pada tahap minimum ini kerana menurut Tun akan dapat mengawal kenaikan harga barangan keperluan yg kebanyakkannya disubsidi kerajaan. Alasan Tun kalau gaji naik dan tinggi kenaikan haraga barangan juga akan berlaku dan ini tidak akan menyelesaikan masalah.

Masalah di sini, kerajaan terbeban dengan subsidi yang tinggi dan ketirisan berlaku dimana barangan bersubsidi dijual dan diseludup ke sempadan. Negara menanggung kerugian besar.
Di bawah Pak Lah dan Najib pula, seiring dengan liberalisasi ekonomi dan menuju negara pendapatan tinggi, gaji kakitangan awam telah berapa kali mendapat pelarasan. Dengan harapan pihak swasta juga akan menuruti fenomena ini. 

Jika dahulu kaki tangan awam cuma mampu memandu kereta Proton dan Produa, kini ramai telah mampu memandu kereta2 kelas menengah dari Jepun seperti Toyota Wish, Altis, Corolla, Nissan Silphy, Honda Stream, Jazz, Accord, CRV, City dll.


Dengan kenaikkan gaji ini dan gaya hidup rakyaat yang semakin mewah subsidi ditarik secara berperingkat2. 

Hasilnya walaupun gaji naik...dengan subsidi harga barangan keperluan yang lain pun turut naik. Dan kerana gaya hidup yang tinggi rakyaat negara ini mempunyai nisbah pendapatan dan hutang kereta dan rumah yang agak tinggi.
 
Ianya pasti ada pro dan kon. Tetapi bagaimana mungkin kita mahukan kesemuanya???

Mahu gaji tinggi dan dalam masa yang sama mahukan subsidi juga???

Sesuatu yang bahaya dan boleh membengkrapkan negara.

Lihatlah Korea, kereta merka pun bukannya bagus sangat pada mulanya, kotak gearbox automatik mereka juga pernah bermasaalah. Tetapi kerana semangat petrotisme yang tinggi bukan setakat pemimpin2 mereka yang menggunakan kereta2 jenama korea sebagai kereta rasmi malah ketua keluarga mafia Korea pun menggunakan kereta2 buatan tempatan.

Pernah menonton TV drama Korea??? Bukan sahaja kereta2 yang digunakan majoritinya adalah kereta2 jenama Korea, malah kalau guna kereta importpun ianya tidak menjadi kebanggaan buat mereka kerana loga jenama kereta2 tersebut akan dipadamkan.

Apa pun sejak 53 tahun merdeka pemberian subsidi telah diperguna oleh sesetengah pihak untuk menyeludup barang keperluan ke negara2 jiran. Sebagai contoh harga gas LPG dan minyak masak di Malaysia cuma 50% berbanding di negara2 jiran. Berapa lama kita mahu menjadi rakyaat bersubsidi dan tidak sensitif untuk kebaikan dan pembangunan negara???

Jika mahu negara maju seperti Korea. "Jangan tanyakan apa yang negara boleh berikan kepada anda, sebaliknya tanya diri anda apa yang anda boleh berikan dan sumbangkan kepada negara".


posted from Bloggeroid

18 Dec 2013

Isu Kenaikan Tol - Lagi Pakatan Rakyaat Main Wayang Cina!!!


Nak buat macam mana...

Kerajaan populis....

Cuma tahu menangguk di air yang keruh...

Dekat negeri sendiri tak tahu nak buat perancangan sendiri...

Air X ada...Sampah X angkat...Duit untuk penyenggaraan jalan X payah buat duit masuk tabung untuk tunkukkan kepada rakyaat "rezab" meningkat...

Esok2 nanti bila X jadipun...rakyaat dah lupa....

Yang penting ambil populariti sekarang....

Itupun nasib baik ada rakyaat perihatin yang membangkitkan isu bahawa kesemua lebuhraya yang bakal dinaikkan tol berada di Selangor dan pastinya kerajaan negeri memiliki sejumlah ekuiti dan suara di dalam mesyurat lembaga pengarah....

Jestru apabila pemimpin2 PR "menyalak" kononnya menyalahkan kerajaan persekutuan sebagai tidak perihatin terhadap kesusahan rakyaat adalah ibarat, "lempar batu, sembunyi tangan".

Tetapi itu lah PR...

Bayangkan isu kononnya tolak kenaikan elaun MP, tetapi akhinya bila rakyaat tak nampak mereka yang memohon agar elaun mereka dinaikkan...

Lebih dahsyat...Setelah memfitnah BN menggunakan 40 ribu pengundi2 hantu Bangla dalam PRU 13 yang lalu...Setelah dijaja disemua rapat umum 505...Tetapi akhirnya mereka dengan beraninya menafikan bahawa mereka telah membuat tuduhan tersebut...

Dia buat penyokong2 dan rakyaat ni semua ni macam orang bodoh yang boleh dicucuk hidung....

Seperti Biasa, Sekali Lagi Anwar Jilat Ludah Dia Balik???

Katanya Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.“Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP) dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh dunia. Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua Pembangkang.

 “Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker baru-baru ini mohon dinaikkan gaji. Barulah nampak ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP,” kata Shahidan.

Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. 

Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata, penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri itu.“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.

Sumber klik


Komen Isac;

Ketua Pembangkang ni depan rakyaat bukan main lagi kononnya memperjuangkan rakyaat... 
 
Tapi seperti biasa bila "orang tak nampak" barulah beliau tunjukkan wataknya yang sebenar.

Dalam konteks kenaikan gaji ini,sememangnya wajar gaji2 MP dinaikkan. Gaji2 kakitangan awampun yang mendapat kenaikan setiap tahunpun sudah 2-3 kali mendapat pelarasan sejak zaman Tun Abdullah lagi...Sebaliknya elaun tetap dan elaun2 MP dan pada ADUN sudah lama tidak dinaikkan.
 
Tetapi kerana seperti biasa PR yang diketuai oleh pemimpin pembangkang, DSAI sememangnya bersikap populis dan sering mengambil pendekatan retorik, mereka akan cuba menunjukkan kononnya mereka memperjuangkan rakyaat... Walaupun kononnya menafikan hak mereka sendiri...Tapi sekarang jelas, mereka hanyalah pemimpin yang suku berpura2...

 posted from Bloggeroid


17 Dec 2013

Kenaikan Harga Tol Cuma Melibatkankan Lebuhraya di Selangor???



Macam mana boleh terlepas pandang pulak ya....

Mungkin kita kena membuat semakan adakah benar kerjaan negeri Selangor sememangnya mempunyai kepentingan dalam syarikat2 Konsensi Leburaya2 yang terlibat.

posted from Bloggeroid

Lifestyle: Jaringan Dua Pemain Sayap Pastikan Harimau Muda Melangkah ke Separuh Akhir Mengalahkan Vietnam 2 : 1

Foto (kiri): Asri Chuchu melihat bola jaringannya melintasi garisan gol Vietnam.

Nay Pyi Taw, Myanmar, (hari ini) Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi perlawanan kumpulan A, di Stadium Zayar Thiri di sini, sebentar tadi.

Gol negara disumbangkan oleh pemain sayap kiri Asri, Chuchu pada minit ke-82 dan pemain sayap kanan D. Saarvindran pada minit ke-90. Manakala gol tunggal Vietnam dijaringkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-95.

Terdahulu perlawanan menyaksikan pasukan Malaysia terpaksa menyerap serangan bertali-arus Vietnam tetapi berjaya  diselamatkan oleh ketangkasan penjaga gol Mohd Nizam Tarmizi.

Malaysia juga perlu menyalahkan diri sendiri kerana penyerang2 utama iaitu Zuraimi, Thamil Arisu dan beberapa pemain lain terlepas deretan peluang keemasan yang terhidang.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee selaku juara kumpulan A bakal menentang Indonesia (naib juara kumpulan B) pada aksi separuh akhir.

Foto (kanan): Aksi D. Saarvindran selepas beliau berjaya menjaringkan gol kedua skuad Harimau Muda.







posted from Bloggeroid

Teruskan Memfitnah Rosmah!!! Tapi Percayalah Neraka Itu Benar!!!

Mungkin setengah orang berpendapat mentang2 Rosmah ni tidak bertudung....

Segala apa cerita tentang keburukkannya adalah benar...

Segala gosip adalah benar....

Batang tubuhnya boleh sewenang2nya dicaci dan difitnah...

Mungkin memfitnah beliau tak masuk neraka...


Sebaliknya yang pakai tudung walaupun berkali2 menipu tentang suaminya....X apa...dia tahap maksum...

Biarlah walaupun suaminya juga kuat menipu...X boleh berjalan kerana dipukul oleh bekas ketua polis negara, diracun arsenik, akan dicucuk virus HIV, jam omega, lelaki anugerah tuhan dll....

Masih tidak insaf dan masih mahu terus memfitnah Rosmah???

Klik sini.