29 Dec 2013

Larangan Guna Kalimah Allah Oleh Agama Lain di Selangor Dilanggar???


AIDCNews – 23/12/13 – Kalimah Allah masih digunakan oleh masyarakat Kristian di Selangor, lapor blog jawaber6 yang digunakan dalam satu forum di salah satu hotel di Bandar Di Raja Klang, Selangor semalam.

“International Full Gospel Felowship Keluarga Allah Klang, Satelit Nilai & Salelit Puchong. ‘Dari dalam gelap akan terbit terang’.” begitulah kenyataan yang terpapar di latar belakang pentas di dalam sebuah dewan hotel berkenaan.

Menurut jawaber6 forum itu diadakan di Hotel Gold Coast, Bandar Di Raja Klang, Selangor, forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang, Nilai dan Puchong.
 
Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi negeri Selangor adalah dilarang selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi satu titah khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais pada 14 November lalu menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Sumber klik sini. 


Komen Isac;

Selagi orang2 Melayu/Islam masih tidak bersatu... Cabaran2 sebegini akan terus-terusan berlaku...

1 comment:

  1. aku nak tengok jabatan ugama islam selangor berani bertindak ke tidak ....ataupun titah sultan selangor dibakul sampahkan saja .

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.