17 Dec 2013

Lifestyle: Jaringan Dua Pemain Sayap Pastikan Harimau Muda Melangkah ke Separuh Akhir Mengalahkan Vietnam 2 : 1

Foto (kiri): Asri Chuchu melihat bola jaringannya melintasi garisan gol Vietnam.

Nay Pyi Taw, Myanmar, (hari ini) Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi perlawanan kumpulan A, di Stadium Zayar Thiri di sini, sebentar tadi.

Gol negara disumbangkan oleh pemain sayap kiri Asri, Chuchu pada minit ke-82 dan pemain sayap kanan D. Saarvindran pada minit ke-90. Manakala gol tunggal Vietnam dijaringkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-95.

Terdahulu perlawanan menyaksikan pasukan Malaysia terpaksa menyerap serangan bertali-arus Vietnam tetapi berjaya  diselamatkan oleh ketangkasan penjaga gol Mohd Nizam Tarmizi.

Malaysia juga perlu menyalahkan diri sendiri kerana penyerang2 utama iaitu Zuraimi, Thamil Arisu dan beberapa pemain lain terlepas deretan peluang keemasan yang terhidang.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee selaku juara kumpulan A bakal menentang Indonesia (naib juara kumpulan B) pada aksi separuh akhir.

Foto (kanan): Aksi D. Saarvindran selepas beliau berjaya menjaringkan gol kedua skuad Harimau Muda.







posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.