26 Nov 2012

Raja Gopal Mahukan Senario 2010 Berulang Untuk Bangkit???

Penyerang Malaysia, Safee Sali dihalang pertahanan Singapura pada saingan Kumpulan B Piala Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. [ YAZIT RAZALI/ BH ]

Barisan perancang midfield negara perlu lebih memainkan peranan untuk mecorak permainan dan bukan setakat membuat hantaran2 yang mudah dibaca dan dipatahkan oleh pihak lawan. Perlu lebih banyak bola dihantarkan barisan depan agar penyerang2 dapat berfungsi dan menjalankan tugas mereka untuk menjaringkan gol dan bukannya turun ke bawah untuk mendapatkan bola.

Pertahanan negara juga perlulah membuat "man to man marking" dan jangan biarkan penyerang2 pihak lawan tanpa kawalan terutamanya dalam "set pieces".

Ye sememangnya kita kalah 5:1 dalam perlawanan pertama di kejohanan piala AFF 2010 dan mampu bangkit sehingga menjadi juara kejohanan tersebut, tetapi perlu diingat tuah tidak berlaku selalu!!! Serta pasukan2 lain juga mungkin akan lebih bersedia dan tidak memandang remeh terhadap pasukan kita seperti mana yang telah mereka lakukan pada 2010 iaitu selepas kita dibelasah 5:1 oleh pasukan Indonesia.

Dengan kemasukkan Mahali, Wan Zack dan Azamuddin pada malam semalam, jentera serangan dilihat mendapat lebih option dan bantuan yang agak baik. Pastinya mereka ini perlu dikekalkan dan pemain2 yang aggressive seperti Badrul Bakhtiar dan Hazuan juga mungkin wajar diberikan peluang lebih2 lagi pasukan Laos dilihat mengamalkan permainan yang aggressive. 

Harimau perlu bangkit sekarang!!! Jika tidak mahu berputih mata!!!


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.