26 Nov 2012

Gempar!!! Blog panggungopera.blogspot.com dan Sungai Rapat Diserang Malware!!!



"Pelayar Google Chrome" akan block blog anda jika ianya dijangkiti Malware.

Jika anda tidak berbuat sesuatu ianya pengunjung yang menggunakan google chrome akan disekat daripada melayari blog anda.

Apa yang anda perlu buat..... sesekali anda perlu menggunakan "Search Engine Google Chrome" untuk mempastikan sama ianya dijangkiti atau tidak.

Ataupun jika anda dapati visitor ke blog anda semakin menurun, cuba gunakan pelayar Google Chrome   .

Jika blog anda dijangkiti, dan jika anda membukanya menggunakan "Search Engine Google Chrome", ia akan memberitahu dari mana malware itu telah dijangkiti.

Anda cuma perlu buangkan "link" tersebut dan blog anda akan kembali normal.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya address blog yang dijangkiti menggunakan nama "Paparan" yang berlainan dengan address blog.

Sebagai contoh jenuh juga penulis mencari nama paparan untuk blog http://panggungopera.blogspot.com kerana ianya menggunakan nama paparan yang lain iaitu "Anak Seberang".

Jestru cara terbaik, anda cuba buka link yang dijangkiti itu dengan pelayar "Explorer" dan dapatkan nama "paparannya". Kemudian cari menggunakan nama paparan tersebut dan buangkan linknya dari blog anda. 

Selamat berjaya!!!


1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.