9 Aug 2012

Krisis air Selangor: Auta Lawan Fakta


Oleh ZULKIFLI JALIL
WAKTU ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama (Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras , Kajang dan Balakong.

Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada 1971. Ia direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari. Peningkatan itu disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.

Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada. Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman. Itu pun sekadar dua mesin yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja....

Artikel penuh, sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.