9 Aug 2012

Gempar!!! Teresa Kok Lompat Parti??? Dakwa Selangor Beli Tanah Talam Yang Bukan "Milik" Talam!!!


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Selepas lebih sebulan dibongkar dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion berhubung isu hutang Talam Corporation Berhad (Talam) membawa kepada penemuan baru yang lebih mengejutkan apabila syarikat itu didakwa menjual aset hartanah bukan miliknya yang terletak di Bukit Ulu Yam, Selangor.

Menariknya, penemuan mengejutkan di sebalik skandal tersebut didedahkan secara 'tidak sengaja' Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok dalam blognya yang mendakwa tanah di Bukit Ulu Yam itu milik SAP Holdings Berhad dan bukannya Talam.

Sehubungan itu, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong menuntut penjelasan kerajaan PKR Selangor yang mana jika benar tanah tersebut milik SAP Holdings bagaimana Talam boleh bertindak menjualnya sehingga kerajaan negeri kemudian 'mencadangkan' Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) membelinya.


Komen Isac:

Macam ini pun ada???

Apa motif Teresa Kok memfitnah kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim???

Adakah ianya sememangnya berlaku???

Mungkin juga Pakatan Rakyaat dah kacau-bilau...

Artikel penuh klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.