29 Feb 2012

Peraduan Meneka, Anwar Tengah Buat Apa Tu???


Foto di atas penulis terjumpa kat FB seorang penyokong PKR, seorang awek cantik manis yang mengambil krus syariah Islam. Samada awek tu dah habis study atau belum, taklah penulis ketahui. Harap2 dia pandailah jaga diri, almaklum dengan PKR ni pun bukannya boleh "diharap" sangat.... Apa lagi buat gadis cantik macam beliau... "Coffe boy" pun X selamat...

Tajuk kat foto di atas kononnya menunjukkan betapa low profilenya "pemimpin anugerah tuhan" idolanya itu.... Dia tak perasan sebenarnya Anwar sedang "mencuri" charge hpnya yang kehabisan bateri.... Beliau juga seolah2 samada mengenang "nasib" ataupun sedang menunggu seseorang... Jangan tunggu "China Doll" sudahlah....


Kena Pukul 20 Lelaki Tapi Masih Gagah???


Hebat Ustaz yang memiliki ijazah Phd ni.... Dah macam cerita Tamil kena titik dengan 20 lelaki tapi beliau "X apa2".... Bukan calang2...

Ingatkan PKR ada seorang aje "The Boss" aka Rajnikanth, rupa2 nya ada 2 orang....

Kes Liwat Badrol Amin - Bila Hj Hadi Nak Keluarkan Fatwa Bukti Video X Boleh Pakai???



Kosmo Rabu 20.2.2012 halaman muka depan dan halaman kedua, menyiarkan kenyataan hotel lokasi Badrol Amin ditahan menafikan ada rakaman cctv mengandungi kelibat 20 orang yang didakwa Badrol Amin telah memukul beliau.

Penjelasan itu juga sama dengan analisa setengah pihak yang pelik dengan tindakan Badrol Amin, tidak membuat laporan polis atas dakwaan dipukul.

Begitu juga tidak nampak sebarang kecederaan pada diri beliau jika benar serangan oleh 20 orang samseng tersebut benar2 berlaku. Jelas bahawa fakta sebenar cuba dipusing dengan dakwaan beliau difitnah walhal ia kelihatan sangat meragukan sejak mula cerita ini berkumandang di alam maya.

Jangan nanti Hj Hadi kata kamera video CCTV pekak dan bisu dan jestru tidak boleh digunakan sebagai bukti dan saksi, sudah lah.... Sumber klik sini.

Gabrah Takut Kalah PRU 13 - Pakatan Rakyaat Guna Talian Hayat???

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan beberapa pemimpin pembangkang "tak senang duduk" gara2 DS Najib meminta rakyaat berikan BN 2/3 kerusi Parlimen untuk memudahkan kerajaan membuat pindaan kepada mana2 dasar kerajaan seperti untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen dan bukannya di bawah bidang kuasa PM.

Mana tidaknya pakatan rakyaat mungkin baru tersedar bahawa peralihan undi kepada mereka pada PRU 12 lalu bukanlah "Tsunami Politik" sebagaimana yang mereka wawarkan, tetapi lebih kepada sesuatu yang sebenarnya tidak disengajakan oleh rakyaat Malaysia sendiri. Yang jelas "silent majoriti" masih sayangkan Umno/BN dan apa yang mereka lakukan dalam PRU 12 hanyalah untuk "menegur" kerajaan agar kembali ke landasan yang betul, iaitu "rakyaat  didahulukan, pencapaian diutamakan".

Persoalannya mahukah rakyaat Malaysia yang rata-rata tebal dengan adat tata-susila timur dan ajaran Islam menuruti saranan majlis Peguam yang selama ini sinonim dengan Pakatan Rakyaat yang juga menyokong amalan seks bebas, lesbian dan homoseks???

Sumber klik sini.

Peraduan Meneka Gambar - Yang Mana Satu Anwar???

Sedang Raya Hindu???


Anwar Baca Khutbah Jumaat, Suatu Ketika Dahulu.


Berjoget Sakan Dengan Perempuan.



Lagi berjoget dengan perempuan siap pakai bow-tie


Meraikan perayaan kaum India siap pakai "nande".

Barurut di Thailand.

Video Seks 99.9% Mirip Anwar...


Yang mana satu Anwar???

28 Feb 2012

Mungkinkah Anwar Mempunyai 2 Personaliti??? Satu Baik dan Satu Lagi Jahat???

Anwar Baca Khutbah Jumaat, Suatu Ketika Dahulu.

Raya Hindu???

Berjoget Sakan Dengan Perempuan.


Lagi berjoget dengan perempuan siap pakai bow-tie

Meraikan perayaan kaum India siap pakai "nande".

Barurut di Thailand.

Video Seks 99.9% Mirip Anwar...

Kalau sesiapa yang selalu tengok movie ataupun ada belajar Medic macam Dr Norvandri benda ni ada kemungkinan....

Mungkin itu "darkside of Anwar" yang beliau sendiri tak sedar....

Tapi kalau dilihatkan kepada turutan foto-foto di atas.... Suatu yang jelas, Anwar Ibrahim telah jauh berubah!!!

Mungkin Professor Dr. Sidek Baba, bekas kawan seperjuangan Anwar yang juga bekas guru BM penulis boleh mengiyakannya.

Datuk Seri Azizan Razak Bakal Mengadakan Pilihanraya Awal di Kedah???


Ada berani ke Ustaz Azizan??? Dalam politik, kekadang kena brutal sikit!!! Contohilah Julia Gillard, PM Australia tu.

Siapa tak kenal "Iron Lady" Australia ni.... Pernah membubarkan kabinet dan memanggil pilihanraya umum gara-gara merasakan beliau perlu "memperbaharui" sokongan rakyaat disamping "mematikan" penentangan terhadap dirinya.

Terbaru, dengan berani beliau memanggil pungutan suara agar pemimpin2 parti membuat pilihan samada memilihnya ataupun orang yang mencabar beliau.

Penulis percaya Datuk Seri Azizan Razak wajar mencontohi Gillard. Berlapang dada dan serahkan kuasa memilih ditangan rakyaat.


Gempar!!! "Filtered Water" Made in Bangla or made by Bangla???


Siapa lah yang dah terbeli??? "Nasib engkau lah Labu......"

Ini kira-kira macam mengundi Pakatan Rakyaat lah ni....

"Indah khabar dari rupa"

Dr Badrolamin Dibiarkan Keseorangan Menangani Kes Khalwat???


Macam pelik aje bunyinya.... Selalunya Pakatan Rakyaat akan menafikan apa juga "skandal" yang melanda mana-mana pemimpinya sebagai "diperangkap" oleh Umno... Ini Din Puduraya pun kata Pas tak masuk campur...Malah PKR pun sama...

Semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor itu bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.

"Kita akan bincang Isnin ini (esok) bila beliau akan mula bercuti. Pejabat Menteri Besar akan membuat satu mesyuarat ringkas untuk bincangkannya tetapi kita akan minta beliau bercuti selama sebulan,” katanya.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut secara adil kerana bukan sahaja melibatkan pentadbiran cekap, tetapi juga melibatkan maruah individu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga meminta Badrolamin memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Pahang bagi membersihkan nama beliau.



Artikel penuh klik sini.

Nasib engkau lah Ostaz.....

27 Feb 2012

Pas Dah "Taubat"!!! Bukan Lagi Parti Asobiyyah???


Baguslah kalau macam tu.... Siasatan pun belum habis lagi.... Yang sudah tu sudahlah... Biarlah pihak yang berwajib menjalankan siasatan...

Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam Pas wajar mengikis imej "assobiyyah" yang mereka bawa sejak sekian lama. Artikel berkaitan klik sini.

Pssstttt......... Ataupun Pas tidak mengiktiraf Badrul Amin yang membayangkan Anwar sebagai Imam Mahadi??? Kemungkinan betul... Sebab, jika Anwar jadi Imam Mahadi, Nik Aziz dan Hj Hadi nak letak mana???

Gempar!!! Lelaki Dalam Video Seks 99.9% Mirip Anwar Telah Dijumpai???

In kot lelaki tu??? Gambar diatas dirakamkan di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Pasti lelaki di dalam foto di atas tu bukannya Anwar... Jika dia bukan Anwar maksudnya mungkin inilah lelaki dalam video seks 99.9% mirip Anwar tu agaknya....

Pasti bukan Anwar sebab.. Anwar kan tinggi ilmu agamanya...Seorang yang alim.... Pengasas Abim, takkanlah buat perangai macam tu.....

Tapi jika betul di dalam foto di atas bukannya Anwar, Patutlah kita selalu terkeliru.... kerana wajah mereka memang saling tak-tumpah... :)

Nota: Ciplak idea pengomen.

Himpunan Hijau 2.0 - Penuh Dengan Budak Sekolah???




Itu baru sikit..... Kalau cari banyak lagi tu...

Himpunan Hijau 2.0 Gagal Kumpul 20 Ribu Penunjuk Perasaan!!! Majoriti Orang Luar!!!


Walaupun mensasarkan 20 Ribu penentang, mereka hanya dapat mengumpulkan 8 Ribu sahaja. Itupun majoritinya adalah penyokong2 tegar Pakatan Rakyaat yang sebahagiannya ahli2 dan penyokong2 Pas. Artikel di atas penulis ambil dari "Yahoo", untuk "memuaskan" hati penyokon2 PR yang tidak percayakan media arus perdana, klik sini.



Di antara "orang-orang luar" yang membuat onar di Kuantan;




26 Feb 2012

Antara Himpun Hasan Ali dan Himpunan Hijau 2.0 Mana Pilihan Orang Melayu???

KUANTAN 25 Feb. – Rakyat diajak membetulkan semula hala tuju negara pada pilihan raya umum akan datang dengan menolak pakatan atau kumpulan yang tidak mempertahankan mesej Islam, Melayu dan raja (IMR).

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, halangan utama kepada usaha mengagungkan dan membawa mesej IMR kepada rakyat adalah pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pas.

“DAP sama sekali tidak bersetuju dengan niat baik saya untuk membina Islam di Selangor. Saya nak kurangkan arak, DAP tak setuju, kurangkan judi pun mereka tak setuju, mahu kurangkan rumah urut juga dibantah keras oleh DAP.

“Halangan kedua ialah beberapa personaliti dalam institusi politik yang bukan mendorong untuk menyelesaikan isu IMR tetapi mengukir satu perkara baru yang mengharu-birukan akidah umat Islam.

“Buktinya, melalui fahaman pluralisme yang kini cuba dibawa oleh penghulunya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga amalkan satu lagi fahaman iaitu liberalisme yang mempersoalkan mengenai undang-undang homoseksual, lesbian, transeksual dan sebagainya. Ia cukup berbahaya dan perlu ditolak oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Bicara Ummah yang dihadiri kira-kira 6,000 orang di Padang Awam, Perkampungan Sungai Isap Perdana di sini malam tadi.
Hadir sama bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin.

Hasan berkata, pada pilihan raya umum akan datang, rakyat perlu berazam demi anak-anak dan cucu cicit bagi memilih pemimpin yang mampu mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi diraja.

“Pilihan raya umum kali ini akan menentukan hidup dan mati kita. Jadi, saya minta rakyat negara ini tidak mengundi pakatan pembangkang yang jelas memencilkan Islam, Melayu dan institusi raja,” katanya.

Setiap rakyat terutama orang Melayu katanya, perlu memainkan peranan bersama kerana mereka kini sedang dicabar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu merosakkan akidah umat Islam.


Komen Isac;

Sebaliknya Himpunan Hijau 2.0 hanyalah satu usaha menangguk di air yang keruh... Cuba memanipulasi situasi dan menyemarakkan kemarahan orang ramai yang tidak tahu hujung-pangkal demi untuk mendapat millage politik. Yang jelas menyokong Pakatan Rakyaat samalah seperti menyerahkan kuasa politik kepada DAP.



Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat Oleh JAIP!!! Lagi Fitnah Umno???


Artikel penuh klik sini.

Kalau mengikut kata Dr Badrul Amin beliau tidak ditangkap berkhalwat kerana hanya ditangkap oleh suami pasangannya beserta beberapa orang samseng. Pegawai2 JAIP hanya datang selepas insiden tersebut.

Tapi yang peliknya apa yang dibuat oleh beliau dengan pasangannya dalam bilik yang sama pada pukul 2:30 pagi? Dengarnya Dr Badrul Amin hanya memakai tuala hotel pulak tu... Macam tak masuk akal...

Kalaulah betul ianya suatu "perangkap", rasanya Kuantan bukannya kawasan yang biasa Dr. Badrul Amin pergi, jestru pastinya "pergerakkan beliau" susah untuk dipantau. Kecualilah ianya berlaku di Selangor tempat Dr Badrul "mencari makan".

Tapi kalau dilihatkan kepada kisah moral pemimpin2 PKR ianya bukan lah  sesuatu yang memeranjatkan...Kisah Ketua Umum PKR dengan budak pembancuh kopinya, kisah Eli dan pasangan yang masing2 dari PKR, ADUN Kedah PKR bersekedudukkan dll.

Apapun kita tunggu laporan daripada JAIP.

Memorandum Bantahan Terhadap Sokongan Anwar ke Atas Israel Dibakar PKR!!!

NONEPemuda Umno hari ini mengadakan perhimpunan depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media antarabangsa yang didakwa pro-Israel.

Bermula jam 4 petang, kira-kira 100 orang berkumpul di pejabatnya di Tropicana dengan membawa bendera Umno, BN dan Palestin setelah hujan lebat sebelumnya.

Pelbagai kain rentang turut dipamerkan, antaranya yang bertulis "PKR + Anwar = Keldai Israel".

Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid kemudiannya cuba memeletakkan memorandum tersebut di dalam peti surat kerana tiada siapa daripada kakitangan PKR yang menyambut mereka.

Tak lama selepas itu beberapa orang keluar daripada pejabat PKR dan membakar memorandum tersebut.

Itulah "wajah sebenar" PKR!!! Ketelusan, keterbukaan, keadilan dan hak bersuara hanya "retorik" untuk memenangi pilihanraya!!! Hakikatnya semua sifat buruk yang mereka fitnahkan terhadap BN dan parti pemerintah ada pada amalan hidup mereka!!!
Memo yang hangus dibakar PKR.

25 Feb 2012

Penangkapan Khalwat Dr Badrul Amin Satu Lagi Perangkap Umno???

Sumber klik sini. dan sini.

Kalaulah "pemimpin PKR" yang ditangkap khalwat tu sememangnya Dr. Badrul Amin, apa nak takut....Jika  diminta Tuan Guru Nik Aziz beri komen, tentulah dia akan kata ini semua kerja Umno!!!

Umno yang perangkap Dr Badrul Amin...

Sebagaimana yang beliau dakwa sebaik sahaja mendengar Mat Sabu ditangkap berkhalwat dulu...

Dahsyat makam/darjat Tok Guru ni.... Semua dia tahu.... 


Siapa Khalid Samad Sehingga Dr Hasan Ali Perlu Berikan Penjelasan Kepada Beliau???


Semasa dalam Pas pun Dr Hasan Ali lebih kanan daripada Khalid, apa lagi kini selepas dipecat dari Pas beliau tiada lagi pertalian dengan Khalid jestru apa perlunya beliau memberi penjelasan kepada beliau???

"Besar betul kepala" mamat "Ir" sorang ni ye???

Gelora Politik Kedah - Penyingkiran "Pro Ulamak" Dalam Pas Diteruskan???


Nasib engkau orang lah...

Mungkin kah ada lagi "tangan-tangan ghaib" yang sedang menguatkan cengkaman mereka???

Siapa pula selepas ini???

Berita penuh klik sini.

24 Feb 2012

"Anwar" Langgar Perserta Demo di Sembrong - Dah Macam Polis Syria???


Belum lagi memerintah dah mengamalkan sistem "kuku besi", agaknya kalau dah jadi PM macam mana lah agaknya ya???

Ingatkan rakaman trak polis melanggar pendemostrasi hanya boleh disaksikan di kaca televisyen, rupanya kan Malaysia pun ada.

Berita penuh klik sini.