9 Jan 2012

Bebas Kes Liwat II - Anwar Bakal ke Mahkamah Syariah Untuk Perbicaraan Qazaf Pula???

PENGERTIAN QAZAF
Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

PEMBAHAGIAN QAZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”. (Surah An- Nur ayat 4)

PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF
1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)

CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF
Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:
i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)
ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.
iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF
Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)                         Sumber klik sini.



Komen Isac:

Sebelum ini Anwar pernah memfailkan permohonan perbicaraan secara Qazaf di Mahkamah Syariah dan ianya telah beberapa kali ditangguhkan kerana memberi laluan kepada perbicaraan di mahkamah civil.

Adakah sekiranya dibicarakan di mahkamah Syariah, Anwar tetap akan dibebaskan??? Perlu diingat mahkamah syariah mengambilkira penyaksian dan sumpah sipengadu.

Jika prosiding tersebut masih berjalan pastinya Anwar akan diminta bersumpah sebab Saiful telah berbuat demikian. Adakah beliau berani untuk bersumpah jika diminta olah mahkamah???

Ataupun adakah beliau akan memohon untuk menggugurkan prosiding tersebut sekiranya ianya masih berjalan???

3 comments:

  1. Perancangan Allah Ta'ala tu lagi hebat. Mahkamah dan Kerajaan masih relevan dan adil.Perbicaraan dimahkamah syariah pula....saat yg memang dinantikan utk melihat jika Anwar berani mengangkat sumpah.
    Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  2. Apa kena mengena mahkamah syariah dengan Anwar kena mengangkat sumpah!... Mahkamag Syariah hendkkan saksi 4 orang yang bukannya fasih. Mana UMNO nak cari saksi. Kalau tak reti pasal undang2 Islam lebih baik diam

    ReplyDelete
  3. Anon 9 January 2012 20:43,

    Kawan pun malas nak berbalah dengan tuan...

    Baca dan fahamkan apa yang kawan nukilkan di atas. Kalau X cukup klik dekat sumber.

    Kawan setakat belajar di sekolah agama Johor. Kalau nak berdebat soal bab jenayah menurut syariat Islam tak ada masalah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.