9 Jan 2012

Anwar Bebas Kerana Bukti DNA Telah Disabotaj??? Konspirasi Reformasi 1998 Berterusan???


Adakah pencemaran specimen bukti DNA sengaja dicemari???? Teori Konspirasi ala Anwar Ibrahim??? Sebagaimana Liwat II, Sebagaimana kononnya Anwar diracun Arsenik, Sebagaimana Anwar dipercayai bakal diberikan suntikkan darah HIV???

Jika difikirkan sebagaimana Anwar selalu bermain dengan sentimen, ini ada kemungkinannya kerana ramai juga kakitangan awam yang menyokong ataupun bersimpati dengan Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun penulis lebih memandang perkara ini merupakan kelemahan sistem ataupun peribadi kakitangan yang terlibat. Mereka ini mungkin suka ambil mudah dan kerana selama ini "penjenayah biasa" tidak mampu menggaji peguam-peguam yang dibayar "mahal" maka penjenayah-penjenayah terdahulu tetap telah didapati bersalah kerana tiada sesiapa yang mempertikaikan sesuatu bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa.

Penulis berharap agar pihak polis, forensik, jabatan kimia dan pihak pendakwa bersifat lebih profesional dan akan lebih berhati-hati serta bertindak menurut prosidur kerja dan prosidur antarabangsa agar penjenayah tidak akan terlepas pada masa-masa yang akan datang.

1 comment:

  1. Pakcu Rantau Panjang9 January 2012 at 22:21

    Terima ajalah Pak Bumiyang oii...apa yang diputuskan tu....Amat benar apa yang Pak Bumiyang kata tu...kalau lah orang kampung macam Pakcu ni kena kes mahkamah takla..lama sangat nak putus kes sampai bertahun-tahun ...hingga sampai kena DNA pun nak dikorek cemar tak cemar ..kan loyar tu kaki auta...ada peluang pasti dia korek....akhir sekali terlepas..... barang bukti tak jelas.

    Loyar macam ni tentu mahal harganyaaaa...tapi yang jelas memang pun berlaku .....kan...kan...
    betul ke ??????

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.