29 Sept 2011

Seorang Pejuang Bangsa dan Agama Yang PAS Harus Contohi!!!

Semasa saya memasuki UTM tahun 1985, kami cuma perlu bayar RM 80.00 semasa pendaftaran. Dah tu pulak RM 10.00 daripadanya diperuntukkan untuk membuka buku ASN (kini dinamakan ASB).

Nak sedap lagi, makan dan sewa asrama selama hampir dua semester, hutang dulu. Dapat biasiswa baru tolak.... Bagi pelajar yang tinggal di kolej-kolej yang jauh, khidmat bas disediakan. Bahkan ada pensyarah (yang mungkin tidak senang dengna beliau) dengan nada sinis mengatakan UTM mempunyai bas sama banyak dengan syarikat bas Seri Jaya (syarikat bas besar di KL pada masa itu).

Begitulah Tan Sri Ainuddin dan UTM membantu pelajar2 kampung suatu ketika dahulu...

Ironinya bila dah naik tahun 2, 3, 4 & 5, bila biasiswa terlewat, ada pulak di antara pelajar yang berlagak pandai kononnya mereka telah merujuk kepada pihak JPA dan diberitahu bahawa biasiswa telah pun dilkreditkan ke dalam akaun UTM, cuma pihak UTM yang menyimpannya untuk mendapatkan faedah. Lepas tu buat demonstrasi dan piket di depan pejabat bendahari...

Protes.... Perangai dah macam pembangkang lah pulak!!! Menggigit tangan yang menyuapkan mereka makanan...

Banyak lagi jasajasa beliau di antaranya, mana-mana pelajar tahun satu yang mempunyai keputusan SPM yang baik tetapi cuma mangambil pengajian diperingkat diploma akan beliau panggil dan ditawarkan untuk terus ditukar ke peringkat ijazah.

Menjawat jawatan NC UTM walaupun memberikan kepuasan dari segi dapat membantu melahirkan ramai teknokrat Melayu tetapi kerana beliau seorang yang serius dalam misi dan visinya, ianya juga bermaksud beliau terpaksa melepaskan peluang untuk membuat kekayaan peribadi. Kerana di zamannya, begitu banyak peluang terhidang jika seorang Melayu mempunyai kepakaran dan dan segulung ijazah.

Tetapi demi untuk membantu anak bangsanya, kepentingan peribadi telah ditolak tepi. Itu lah Tan Sri Ainuddin Wahid, seorang pejuang tulen.

Bukankah meningkatkan ilmu duniawi dan juga taraf hidup anak bangsa adalah juga suatu kewajipan? Jika menuntut ilmu dunia hukumnya fardhu kifayyah, bukankah besar pahala seseorang yang berusaha agar manusia lain boleh menimba ilmu, mencapai cita-cita dan juga merubah dan memperbaiki taraf hidup?

Bagi penulis, sesekali pemimpin-pemimpin Pas wajar menilai diri sendiri dan mencontohi tokoh-tokoh seperti Tan Sri Ainuddin Wahid dan jangan hanya pandai bercakap dan menghukum orang lain!!!


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.