28 Sept 2011

Hudud Pas Tak Selari Dengan Islam???


Artikel penuh klik sini. Di zaman Rasulullah s.a.w., ada suatu kejadian di mana sepasang orang Yahudi telah ditangkap kerana berzina.

Dari Bara' bin Azib :

Suatu ketika lewat di depan Nabi SAW seorang yahudi yang dihitamkan dan didera kerana zina.

Nabi SAW bertanya ;

Beginikan hukuman Zina dalam Taurat?

Jawab pendita mereka :

Ya.

Nabi SAW berkata kepadanya :

Aku mahu kau bersumpah dengan Allah, bahawa inilah cara hukuman Zina dalam Taurat.

Pendita itu menjawab ;

Tidak. Seandainya engkau tidak menyuruhku bersumpah dengan Allah, pasti aku tidak mengatakan hukuman zina adalah rejam.

Namun hukuman ini kami tidak jalankan kepada pembesar2 kami. Jika pembesar kami tertangkap kami biarkan sahaja. Jika rakyat biasa yang tertangkap, pasti ia direjam. Lalu kami menetapkan hukum menghitamkan muka dan dera bagi pembesar2 kami.

Lalu Nabi bermunajat :

Ya Allah, Sesungguhnya akulah orang yang pertama menghidukan kembali perintah mu, setelah mereka mereka menghapuskannya.

Nabi SAW memerintahkan hukuman rejam.

Maka Allah SWT menurunkan ayat 5:41.

Maka berkatalah orang2 Yahudi :

Datangilah Nabi SAW sekiranya dia memutuskan hukuman menghitamkan badan dan dera.

Berwaspadalah kepadanya Nabi SAW, sekiranya dia Nabi SAW menghukum rejam.

Lalu Allah SWT menurunkan ayat 5:44,45,47

[5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang TIDAK menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.

[5.45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang TIDAK menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang ZALIM.

[5.46] Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

[5.47] Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang TIDAK menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang FASIK.
Jadi adakah Hudud hanya untuk orang-orang Islam???

Bahkan jika ada bukti video daripada c.c. TV misalnya adakah pelaku kesalahan, perompak, pembunuh, penzina dan lain-lain akan dibebaskan kerana tidak mempunyai 4 saksi???

3 comments:

  1. Masalahnya kat Malaysia ni bukan semua ahli Al-kitab, kalau semuanya ahli senang je kerjanya..

    ReplyDelete
  2. masyarakat kita masih x fhm pasl hudud..perlu diperjelas lebih dalam

    ReplyDelete
  3. ramai yg x jelas tentang isu hudud..perlu penjelasan lebih mendalam dri golongan yg arif

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.