9 Sept 2011

PKM Ditubuhkan Untuk Menentang Pendudukan Jepun di negara Cina Bukan Untuk Memerdekakan Tanah Melayu???

communist insurgents in malaya 240609
Abdul Rahim Sabri
Sep 9, 11
1:12pm
Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sebaliknya ia dianggap "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

"Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan (fahaman) komunis.

"Cita-cita komunis bukan untuk membebaskan Tanah Melayu sebagai negeri Melayu, tetapi untuk membebaskan daripada pentadbiran British yang diakui oleh Raja-raja Melayu, untuk menjadikannya negeri komunis.

"Maka perjuangannya adalah perjuangan komunis. Dan segala nasionalis Melayu pada awalnya, ingin memerintah di Tanah Melayu, bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri republik komunis.

"Maka kerana itu, kita tidak menerima bahawa itu adalah perjuangan kerana mereka ingin merampas kuasa secara tidak sah dan tidak legitimate," kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.

chin peng and communist malayaBagaimanapun, beliau mengakui pada peringkat awal ada pejuang kiri Melayu memperjuangkan kemerdekaan daripada British, tetapi selepas itu "bercita-cita ingin menghapuskan sistem kerajaan Melayu, menubuhkan negera republik dan bersubahat dengan komunis".

Sementara itu, kenyataan MPN yang diedarkan dalam majilis itu menyebut, perjuangan kiri tidak diiktiraf sebagai perjuangan kemerdekaan kerana berhasrat membentuk membawa Tanah Melayu menyertai projek Indonesia Raya.

Katanya, penentangan komunis terhadap Jepun pada awalnya melalui Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) dibuat kerana "amat marah dan malu" atas penaklukan Jepun ke atas China pada tahun 1937 hingga 1945.

"Mereka tidak berjuang demi kebebasan Tanah Melayu atau menegakkan negeri Melayu," kenyataan itu dipetik.
Komen Isac;
Biarlah ahli sejarah yang berhujah... Apapun yang jelas Pengganas Komunis bukannya pejuang kemerdekaan negara!!! Sebalik telah menyebabkan rakyat dan negara sengsara dengan kewujudannya!!


2 comments:

  1. btul le tu.UMNO di tubuhkn untuk mmerdekakn England dr Inggeris.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Msa komunis dulu anak dara keluarga orang MELAYU di bunuh dan di rogol. kalau terjadi pada keluarga kita macam mana? itulah komunis bunuh rogol kalau rogol bangsa lain tak per. hampir kesemua mangsa rogol ada MELAYU. Berfikir lah. Tengok Jejak Rasul Bagaimana bangsa tatar bila komunis memengang negara apa dah jadi? sembahyang tak boleh simpan Al-Quran di bunuh. Perjuang ini ker yang mat sabu nak? PAS Perosak Agama Sendiri.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.